Inilah Tips Untuk Memenangi Lalamove Driver Bonanza (Sambil Menjana Pendapatan Tambahan!)

featured image

TUK TRUK TUK CHANG! 🥁㊗️

Musim perayaan seperti Tahun Baru Cina sememangnya adalah musim yang memerlukan pendapatan lebih untuk membeli pelbagai barangan. 

Sebagai persediaan untuk menghadapi musim perayaan, sepuluh pemandu Lalamove dari Lembah Klang, Johor, Penang dan Melaka bekerja keras untuk menjana pendapatan danmemenangi peraduan HUAT A Driver Bonanza.

Kami menjemput tiga pemenang dari Lembah Klang  untuk berkongsi tips kemenangan  dalam blog ini. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut! 

 

Leong Chun Tuck, Pikap 4x4

Leong Chun Tuck 4x4 Pickup

Leong Chun Tuck, 49, mula bekerja sebagai pemandu pasar raya dan beliau memandu sebuah Pikap 4x4.

Pada bulan Januari 2024, Chun Tuck menyertai Lalamove sebagai rakan pemandu apabila dirujuk oleh kawannya. 

Kawannya juga merupakan seorang rakan pemandu Lalamove!


Bagaimana anda membahagikan masa antara kerjaya sepenuh masa  dan menjadi rakan pemandu Lalamove?

Anak-anak saya dah jadi besar dan saya sering meluangkan masa untuk membantu isteri menjalankan perniagaan pasar raya kami.

Pada masa lapang, saya akan mula buat penghantaran Lalamove pada pukul 7 pagi dan habis kerja pada pukul 11 malam.

 

Mengapa anda ingin cari duit lebih dengan Lalamove?

Saya memiliki sebuah Pikap 4x4 dan ia mempunyai ruang bonet yang besar.

Oleh itu, saya terfikir nak menggunakan kenderaan saya untuk membuat penghantaran Lalamove.

Saya menyertai peraduan Huat A Driver Bonanza sebelum Tahun Baru Cina kerana saya ingin menjana pendapatan tambahan untuk musim perayaan ini.

Saya bekerja keras untuk melengkapkan pesanan penghantaran sebanyak mungkin. Ini dapat memberi saya lebih pendapatan untuk sambut Tahun Baru Cina yang lebih meriah!

Bagaimana pengalaman anda menjadi seorang rakan pemandu
Lalamove setakat ini?

Semasa saya membuat penghantaran Lalamove, saya menggunakan peluang ini untuk belajar  tentang perniagaan pelanggan, pembekal, harga jualan dan pelbagai peluang rangkaian perniagaan. 

Tujuan saya mendapatkan ilmu perniagaan tersebut adalah untuk mempelbagaikan pendapatan saya.


Kydd Azrul, Van Besar 9-kaki

Mohd Azrul Van 9-ft
Kydd Azrul, 32, seorang bapa kepada dua anak, mula bekerja sebagai pemandu van di sebuah syarikat e-dagang dan memiliki sebuah Van Besar 9-kaki. 


Mengapa anda ingin cari duit lebih dengan Lalamove?

Ini kerana saya yakin saya dapat mencapai potensi pendapatan yang stabil.

Saya juga mempunyai pengalaman yang luas sebagai rakan pemandu sepenuh masa di sebuah syarikat e-dagang. 

Walaupun kerjaya ini mempunyai cabaran tersendiri, saya dapat menghadapi cabaran dengan baik oleh kerana fleksbiliti yang diberikan oleh Lalamove.

Apakah strategi anda untuk memenangi peraduan ini?

Bagi saya, saya akan mula kerja pada pukul 7 pagi dan habis kerja pada pukul 5 petang.

Selain itu, saya juga akan kerja pada hari Sabtu dan Ahad kerana terdapat banyak pesanan penghantaran dalam aplikasi Lalamove.

Nasihat saya adalah:

"Kalau nak berjaya, anda mesti rajin bekerja dan berusaha untuk memberi perkhidmatan 5 bintang!"



Govindasamy A/L Kannusamy, Small Lorry 10-ft

Govindasamy Lorry 10-ft

Govindasamy A/L Kannusamy, 36, seorang bapa kepada dua anak, mula bekerja sebagai pemandu lori besi buruk.

Govindasamy mempunyai seorang kawan baik yang merujuk Lalamove kepada dia untuk menyertai Lalamove sebagai rakan pemandu. 

Apakah kenangan yang paling diingati sebagai rakan pemandu Lalamove?

Beberapa minggu lalu pada Januari 2024, saya menerima pesanan penghantaran yang memerlukan saya menghantar makanan haiwan peliharaan kepada pelanggan. 

Apabila saya tiba di lokasi penghantaran, saya berjumpa dengan pelanggan dan beliau merupakan seorang penaja pusat perlindungan haiwan.

Saya rasa tersentuh dengan perbuatan baik terhadap semua haiwan jalanan yang diselamatkan. 

Mengapakah anda memilih Lalamove untuk bekerja sebagai seorang rakan pemandu?

Saya perlu menyara keluarga untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan baju. 

Selain itu, saya juga membayar sewa rumah, bil utiliti, yuran sekolah anak saya dan kos penyelenggaran kenderaan.

Nasihat saya kepada rakan pemandu Lalamove adalah:

"Hidup ini pasti ada pasang surutnya. Kadang kita di atas kadang kita di bawah. Oleh itu, jangan berputus asa demi mencapai matlamat anda!"


Jana Pendapatan Mudah Dengan Lalamove

Tahniah kepada semua pemenang Lalamove HUAT A Driver Bonanza!

Jika anda ingin menjana pendapatan tambahan sebagai rakan pemandu Lalamove, inilah peluang anda!

Tahukah anda akan pemandu Lalamove boleh menikmati ganjaran eksklusif dengan Program Ganjaran Rakan Pemandu Lalamove?  

Tunggu apa lagi? 🤩

Jom, muat turun driver app Lalamove dan daftar sekarang.

 

Daftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove Hari Ini

Read more