3 Cara Untuk Penghantaran Lebih Mesra Alam Sebagai Rakan Pemandu Lalamove

featured image

Anda mungkin pernah mendengar suara ini:

“Paper lama..surat khabar lama, sao kao po chi!

Ibu bapa anda mungkin pernah mengumpul surat khabar lama untuk tujuan kitar semula.

Ini adalah inisiatif yang baik untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan melindungi bumi!

Jom kami tunjukkan cara untuk anda melindungi bumi sebagai rakan pemandu Lalamove!

1. Merancang Perjalanan Anda Dengan Cekap

Rakan Pemandu Lalamove menjaga alam sekitar dalam semua penghantaran mereka

Merancang perjalanan anda dengan cekap adalah kemahiran yang penting bagi seorang rakan pemandu Lalamove.

Ia bukan sahaja dapat membantu anda menjadi lebih teratur dalam penghantaran, tetapi anda juga boleh mengurangkan kesan terhadap alam sekitar!

Apakah caranya?

Apabila anda mengoptimumkan penghantaran dengan menghantar beberapa pesanan di lokasi yang berdekatan, kenderaan akan menggunakan minyak yang minimal dan mengurangkan pelepasan karbon dari ekzos ke udara.

Yang paling best, anda juga dapat menjimatkan minyak kenderaan dan masa sepanjang perjalanan!

 

2. Susun Barang Terdapat Di Kenderaan

Rutin harian sebagai rakan pemandu Lalamove

Ambil masa untuk anda mengukur ruang dan kapasiti kargo kenderaan anda.

Caranya?

Letakkan barang yang akan dihantar awal dulu berhampiran pintu dan barang yang akan dihantar kemudian ke dalam ruang but.

Ini dapat membantu anda mengambil barang dengan mudah selepas tiba di lokasi penghantaran.

 

3. Matikan Enjin Anda

Menjaga alam sekitar sebagai rakan pemandu Lalamove

Tahukah anda, enjin hidup boleh melepaskan karbon ke udara yang boleh mengisi 150 belon setiap minit?

Oleh itu, jangan lupa matikan enjin selepas keluar dari kenderaan anda!

Cara ini dapat mengurangkan kos minyak dan meningkatkan kualiti udara!

 

Pastikan Penghantaran Anda Meninggalkan Kesan Positif Terhadap Alam Sekitar

Kami harap semua tips ini dapat membantu penghantaran anda untuk menyumbang kepada bumi yang lebih hijau.

Bersedia untuk menjadi lebih mesra alam dalam perjalanan anda?

Ambil Pesanan Dalam App Sekarang

 

Jap, adakah anda telah daftar sebagai rakan pemandu? 

Inilah peluang untuk anda menjana lebih pendapatan dan nikmati ganjaran pemandu Lalamove!


Daftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove Hari Ini

Read more