Servis Pintu-ke-Pintu: Penghantaran Lebih Mudah Dengan Lalamove

Tujuan penghantaran adalah untuk memudahkan hidup anda.

Anda memesan penghantaran makanan tanpa perlu memandu ke gerai char kuey teow kegemaran anda.

Anda membeli belah secara online untuk beli baju dan perabot baru kerana anda tidak mahu bersesak di dalam pusat membeli-belah.

Tapi dengan Servis Pintu-ke-Pintu Lalamove, anda akan mengetahui bagaimana penghantaran boleh jadi lebih mudah!

 

Apakah Maksud Servis Penghantaran Pintu-ke-Pintu?

 

door to door delivery with lalamove

 

Dengan penghantaran Pintu-ke-Pintu, kami akan hantar barang anda terus ke depan rumah anda.

Anda tidak perlu keluar dari rumah atau ofis semata-mata nak ambil barang anda dari kami.

Masih ragu-ragu?

Jom, kami tunjukkan kenapa anda perlu cuba penghantaran Pintu-ke-Pintu ini:

 

Harga Mudah Dan Telus

 

delivery right to your doorstep

 

Siapa je yang suka kalau ada kos tersembunyi bila nak bayar, betul tak?

Dengan Lalamove, anda tak perlu risau!

Harga kami sentiasa telus dan mudah untuk difahami.

Anda boleh lihat harga akhir, termasuk caj tambahan bagi Servis Pintu-ke-Pintu, sebelum anda membuat pesanan.

Tiada kos tersembunyi, tiada caj tambahan bila barang anda tiba.

Ya, semudah itu menghantar dengan Lalamove!

Lihat sendiri harga untuk Servis Pintu-ke-Pintu berdasarkan kenderaan pilihan anda di bawah ini: 

 

harga servis pintu ke pintu lalamove

 

Jika anda masih ingin tahu harga akhir untuk penghantaran termasuk Servis Pintu-ke-Pintu, anda boleh lihat sendiri di aplikasi kami:

Muat Turun Aplikasi Lalamove

 

Pindah Rumah Kini Makin Mudah

 

deliver your furniture to your door

 

Susah nak pindah barang sebab tangga rumah sempit?

Perabot terlalu berat dan besar untuk diangkat?

Atau mungkin anda nak elakkan sakit belakang yang selalu datang lepas angkat barang berat?

Jangan buang masa dan tenaga anda. Biar kami yang buat kerja berat untuk anda!

Dengan penghantaran Pintu-ke-Pintu, kami mudahkan kerja-kerja pindah rumah dengan menghantar perabot-perabot anda terus ke depan pintu rumah. 

Tapi, jangan berhenti setakat itu saja.

Tambahkan Perkhidmatan Membuka dan Memasang untuk memudahkan lagi kerja-kerja pindah rumah anda!

Dengan servis ini, pemandu dan pembantu kami bukan setakat hantar barangan rumah anda ke depan pintu rumah.

Mereka juga akan membuka dan memasang semula perabot dan barang-barang lain dari rumah lama ke rumah baru anda!

 

Cuba Penghantaran Pintu-ke-Pintu Dengan Lalamove Hari Ini

Teringin nak cuba penghantaran yang lebih mudah dengan Lalamove?

Semasa anda memilih kenderaan yang sesuai untuk penghantaran anda, jangan lupa untuk pilih Servis Pintu-ke-Pintu!

 

lalamove door to door service in app

 

Walaupun begitu, sila beri perhatian jika anda menetap di rumah bertingkat, seperti kondominium:

Pastikan anda memeriksa dengan pihak pengurusan bangunan jika mereka membenarkan rakan penghantar Lalamove untuk memasuki kompaun dan hantar barang ke depan pintu rumah anda.

Jika langkah ini tidak dibenarkan, anda tidak boleh memilih servis ini (minta maaf!)

Tetapi, jika rakan penghantar kami dibenarkan untuk membuat demikian, kami bersedia untuk berjumpa anda dengan barang anda di depan pintu rumah!

Sama ada anda memesan makan tengah hari atau sofa baru yang selesa, Servis Pintu-ke-Pintu boleh memastikan anda mendapat pesanan anda tanpa perlu bersusah-payah!

Bersedia untuk penghantaran yang lebih mudah?

Buat Penghantaran Dengan Servis Pintu-ke-Pintu

Read more