7 Peralatan Pindah Rumah Anda Perlukan Sebagai Rakan Penghantar
Sebagai rakan penghantar, anda mesti mencari cara-cara untuk memudahkan penghantaran anda.
Apatah lagi jika anda rakan penghantar 4x4 Pikap, Van atau Lori yang sering dapat job pindah rumah, kan?
Di sini, kami senaraikan 7 peralatan pindah rumah yang boleh memudahkan kerja anda sebagai rakan penghantar.
1. Tali Pengikat Barang
Tali pengikat barang ini juga dikenali sebagai tali kargo. Inilah cara paling selamat untuk mengikat barangan berat agar tidak bergerak dalam kenderaan anda.
2. Kain Pelindung
Kain ini sesuai untuk melindungi perabot dan barangan berat yang mudah rosak. Contohnya, anda boleh membalut almari kayu mahogani dengan kain pelindung ini agar almari tersebut tidak calar atau terkopak.
3. Troli
Troli sememangnya peralatan yang ideal untuk memindahkan barangan berat seperti mesin basuh atau peti sejuk. Ia juga melindungi barangan dan lantai daripada kesan calar atau sebarang kerosakan lain!
4. Tali Bungee
Jika anda mempunyai troli, anda harus memiliki tali bungee. Peralatan ini penting untuk mengikat barangan dan memastikan ia tidak bergerak di atas troli.
5. Plastik Pembalut
Plastik pembalut ini sememangnya berguna jika anda ingin membalut perabot seperti sofa dan tilam.
6. Ramp
Bagaimana caranya menurunkan barangan dari bahagian kargo lori ke lantai? Mestilah dengan ramp! Ramp dapat memudahkan proses menaikkan dan menurunkan barangan dari atau ke dalam kenderaan anda.
7. Sarung Tangan
Sarung tangan boleh melindungi tangan anda dari kecederaan semasa mengangkat barangan berat, tajam atau kotor. Sarung tangan yang mempunyai lapisan getah di tapak tangan dan jari juga boleh membantu anda mengangkat barang dengan cengkaman yang lebih kuat!