5 Perkara Perlu Tauk Sebelum Jadi Rakan Pemandu Lalamove Di Kuching
Ooooha!
Di bandar Kuching yang sibuk, permintaan untuk khidmat penghantaran yang cekap serta boleh diharap semakin bertambah.
Sebab ya lah Lalamove boleh berkembang di Kuching!
Mun kitak nak nambah pendapatan sebagai rakan pemandu Lalamove, ada beberapa perkara penting yang kitak mesti tauk sebelum start kerja.
1. Faham Perkara Asas
Lalamove adalah platform 24/7 yang menghubungkan pengguna dengan khidmat penghantaran bila-bila masa.
Melalui aplikasi Lalamove, customer boleh mintak macam-macam jenis penghantaran, dari barang kecik ke barang yang besar.
Sebagai rakan pemandu Lalamove, kitak akan dapat pendapatan tambahan dengan menghantar barang customer ke tempat tujuan.
2. Proses Pendaftaran Yang Mudah
Proses daftar jadi rakan pemandu Lalamove senang jak macam A-B-C.
Kitak hanya perlu muat turun aplikasi Lalamove Driver, lepas ya hantar dokumen yang diperlukan seperti:
- Gambar pemandu
- Salinan kad pengenalan biru (MyKad)
- Salinan lesen memandu
- Gambar kenderaan
Ingat, dokumen ya mesti jelas dan terang masa kitak hantar.
Untuk gambar pemandu, jangan pakey cermin mata gelap, topi atau apa-apa yang menutup muka. Elakkan guna flash kamera bila ambil gambar ya!
3. Jenis Kenderaan
Salah satu pertimbangan utama mun maok jadi rakan pemandu Lalamove di Kuching ialah kenderaan kitak mesti ikut syarat platform ya.
Di Kuching, Lalamove terima pemandu Motorsikal, Kereta, 4x4 Pickup, dan Van untuk jadi rakan pemandu.
4. Fleksibiliti & Ketersediaan
Salah satu tarikan menjadi rakan pemandu Lalamove ialah kitak akan dapat fleksibiliti.
Sama ada jadi rakan pemandu secara tetap atau sampingan, Lalamove juak merik kitak kebebasan untuk tentukan jadual ikut kesesuaian kitak.
Maksudnya, kitak boleh pilih masa yang sesuai untuk kitak bekerja, supaya kitak boleh bahagikan masa dengan komitmen lain sama kerja penghantaran tok.
5. Perkhidmatan Pelanggan Terbaik
Dalam ekonomi yang gig tok, layanan pelanggan yang bait boleh buat kitak berbeza dari yang lain.
Jangan lupak bersikap sopan, profesional dan berkomunikasi baik dengan customer.
Mun kitak bagi servis yang bagus, customer akan bagi kitak rating 5 bintang.
Lagik tinggi rating, lagik besar peluang kitak untuk dapat lebih banyak order!
Sertai Lalamove Untuk Tambah Pendapatan Sampingan Di Kuching
Jadi pemandu Lalamove di Kuching akan berik peluang unik untuk kitak raih pendapatan ikut masa kitak.
Bila-bila masa yang kitak maok, on saja aplikasi Lalamove Driver!