Pindah Rumah Dengan Perkhidmatan Membuka & Memasang | Lalamove

featured image

Bila anda beli rumah baru, mesti anda tak sabar nak mulakan kehidupan baru, kan?

Tapi itu baru permulaan.

Sekarang anda dah kena mula mengemas perabot, pakaian, barangan rumah dalam masa terdekat. Anda pula memang tiada masa nak buat semua ini!

Jadi apa penyelesaiannya?

Dengan Lalamove, anda tak perlu risau!

Lalamove baru sahaja melancarkan perkhidmatan pindah rumah terbaru untuk mengurangkan beban anda semasa pindah rumah.

Memperkenalkan:

Perkhidmatan Membuka Dan Memasang

Dengan perkhidmatan ini, anda akan mendapat seorang pemandu dan 2 pembantu yang bersedia untuk membuka dan memasang perabot semasa anda pindah rumah!

Pemandu dan pembantu juga akan memuat dan memunggah perabot dan pelbagai barangan lain dari rumah lama ke rumah baru anda.

Kami memperkenalkan perkhidmatan pindah rumah ini sebab kami faham:

Nak membuka dan memasang perabot rumah ini memang memenatkan!

Dengan perkhidmatan ini, anda hanya perlu berehat dan rakan penghantar Lalamove akan uruskan kerja-kerja berat untuk anda.

Tapi bukan itu sahaja.

Selain daripada perkhidmatan membuka dan memasang, perkhidmatan pindah rumah kami juga mempunyai beberapa ciri lain untuk lebih memudahkan proses pindah rumah anda:

 

Tiada Kos Tersembunyi

 

rakan penghantar lalamove untuk perkhidmatan pindah rumah

 

Bila anda dapatkan sebut harga untuk perkhidmatan pindah rumah, mesti anda tak suka bila anda baru perasan anda kena bayar surcaj yang anda tak pernah tahu sebelum ini.

Kos tersembunyi ini boleh jadi perkara yang merunsingkan untuk sesiapa sahaja yang nak pindah rumah, dan selalunya kos ini akan muncul bila anda tak sedar pun!

Tapi kenapa anda perlu merunsingkan diri kalau anda boleh nikmati harga yang telus dan mudah dengan Lalamove?

Harga perkhidmatan pindah rumah Lalamove dikira berdasarkan jarak penghantaran dan kenderaan yang anda pilih. Jangan risau, tiada kos tersembunyi bila anda menghantar dengan kami.

Malah, anda boleh rujuk harga akhir penghantaran dengan mudah setelah anda pilih lokasi dan kenderaan penghantaran.

Anda boleh lihat sendiri betapa mudahnya nak dapatkan harga akhir di aplikasi kami!

Muat Turun Aplikasi Lalamove

Namun, jika anda perlu membatalkan pesanan yang telah disahkan, anda perlu batalkannya secepat mungkin! 

Ini kerana jika anda membatalkan pesanan setelah rakan penghantar tiba di lokasi pengambilan, anda harus membayar tambang asas kepada rakan penghantar kami.

PS. Penghantaran yang ‘disahkan’ bermaksud rakan penghantar kami telah menghubungi anda untuk mengesahkan khidmat penghantaran, sama ada pada hari anda membuat pesanan atau hari penghantaran.

 

Buat Pesanan Dengan Mudah Dan Pantas

 

perkhidmatan pindah rumah bersama lalamove

 

Rakan penghantar kami sentiasa bersedia untuk penghantaran anda, walaupun untuk permintaan saat akhir. Ya, inilah yang kami maksudkan dengan penghantaran on-demand!

Dengan Lalamove, pesanan pindah rumah anda akan terus dipadankan dengan rakan penghantar yang sesuai untuk anda.

Nak pindah dari rumah lama ke rumah baru pada hari yang sama?

Tiada masalah!

Anda juga boleh lihat cara untuk membuat pesanan penghantaran dalam aplikasi kami.

 

Kenderaan Untuk Setiap Saiz Dan Berat

 

flit kenderaan lalamove

 

Sama ada anda nak memindahkan sofa besar, katil saiz single atau rak buku, Lalamove mempunyai pelbagai jenis kenderaan untuk anda pilih.

Anda risau jika perabot anda terlalu besar dan berat? Tak perlu lagi!

Kenderaan yang ditawarkan untuk pindah rumah bersama Lalamove adalah berikut:

  • Pikap 4 x 4
  • Van 7-kaki
  • Van Besar 9-kaki
  • Lori Kecil 10-kaki
  • Lori Sederhana 14-kaki
  • Lori Besar 17-kaki

Malah, anda juga akan menerima cadangan dalam aplikasi Lalamove untuk jenis kenderaan yang sesuai dengan barangan dalam rumah anda.

Lihat Cadangan Kenderaan Untuk Penghantaran Pindah Rumah

 

Pindah Ke Negeri Lain Jadi Lebih Mudah

 

perkhidmatan pindah rumah dengan lori lalamove

 

Lalamove kini berada di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Tetapi liputan kami melangkaui tiga kawasan ini kerana anda boleh menghantar bersama kami di mana-mana sahaja ke serata Semenanjung Malaysia.

Cuma, anda harus pastikan lokasi pengambilan anda berada di Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor.

Jadi kepada penduduk Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor - jangan lupa pilih perkhidmatan penghantaran kami bila anda ingin pindah ke rumah baru nanti!

 

Jejak Penghantaran Anda Pada Masa Nyata 

 

jejak penghantaran masa nyata dengan lalamove

 

Menerusi aplikasi Lalamove, anda boleh menjejaki penghantaran anda pada masa nyata melalui sistem penjejakan GPS kami.

Anda boleh tahu perabot dan barangan rumah anda dalam keadaan selamat kerana anda sentiasa boleh menjejaki lokasi barangan anda bila-bila masa 

Anda juga tidak perlu tertunggu-tunggu bila barangan anda akan tiba, kerana anda boleh memlihat anggaran masa ketibaan menerusi aplikasi kami.

 

Pilih Perkhidmatan Pindah Rumah Dengan Lalamove Hari Ini

Percaya atau tidak, kami juga tak sabar nak membantu anda mulakan kehidupan baru dengan rumah baru anda!

Dengan perkhidmatan Membuka dan Memasang, kami pasti pengalaman pindah rumah anda akan menjadi lebih mudah. Risau sakit belakang kalau angkat barang-barang berat? Sekarang bukan menjadi masalah lagi!

Muat turun aplikasi Lalamove untuk membuat pesanan perkhidmatan pindah rumah hari ini. 

Buat Pesanan Perkhidmatan Pindah Rumah Hari Ini

Read more