Perkhidmatan Pindah Rumah Yang Murah Di Lembah Klang | Lalamove

featured image

Nak pindah rumah ini bukan perkara mudah, betul tak?

Anda perlu kemas barang, pindahkan perabot, ucapkan selamat tinggal kepada jiran-jiran. Memang banyak perkara yang anda perlu lakukan!

Bukan itu sahaja, nak upah perkhidmatan pindah rumah juga boleh memeningkan kalau anda tak cari betul-betul!

Tapi anda tak perlu risau, Lalamove kan ada! Kami faham jika harga berpatutan adalah perkara utama yang anda mahukan bila cari perkhidmatan pindah rumah.

Jadi, kenapa anda nak bersusah payah mencari perkhidmatan pindah rumah yang paling murah di Lembah Klang sedangkan kami boleh lakukannya untuk anda?

Biar kami carikan untuk anda!

 

Bagaimana Kami Bandingkan Harga Perkhidmatan Pindah Rumah?

Untuk jimatkan masa (dan bajet) anda, kami sediakan jadual yang mudah untuk anda bandingkan harga perkhidmatan pindah rumah di antara kami dan pesaing kami. 

Sebelum itu, kami ingin maklumkan yang perbandingan kami dibuat mengikut beberapa kriteria tertentu.

Kriteria utama adalah kami hanya membuat perbandingan jarak penghantaran sehingga 30km dalam Lembah Klang.

Berikut ialah kriteria-kriteria lain yang mempengaruhi perbandingan kami:

  • Kenderaan yang terlibat adalah Lori 1-Tan, 3-Tan dan 5-Tan, yang bersamaan dengan Lori Kecil 10-kaki, Lori Sederhana 14-kaki dan Lori Besar-17 kaki kami
  • Jarak antara lokasi pengambilan dan penghantaran adalah sama untuk semua perkhidmatan pindah rumah
  • Waktu perkhidmatan adalah hari minggu pada 10 pagi
  • 3 pekerja (Pemandu + 2 Pembantu) diperlukan untuk semua perkhidmatan pindah rumah
  • Hanya perkhidmatan pindah rumah yang berikan sebut harga segera dalam aplikasi/laman web dipilih

Dari sini, anda boleh memilih perkhidmatan yang paling murah untuk anda (Spoiler: jawapannya ialah Lalamove!)

Berikut adalah jadual-jadual ringkas yang menunjukkan perbezaan harga di antara Lalamove dan pesaing kami:

 

Lori 1 Tan/Lori Kecil 10-kaki

jadual lori 1 tan

 

Lori 3 Tan/Lori Sederhana 14-kaki

jadual lori 3 tan

 

Lori 5 Tan/Lori Besar 17-kaki

jadual lori 1 tan

* NB = Tiada sebut harga untuk perkhidmatan lori berkenaan 

*Harga perkhidmatan pindah rumah yang ditunjukkan adalah tepat pada Mac 2022. Harga ini mungkin berbeza dari semasa ke semasa mengikut budi bicara penyedia perkhidmatan.

Sekarang, anda dah lihat sendiri perbezaan harga perkhidmatan pindah rumah. Setuju tak Lalamove menawarkan perkhidmatan pindah rumah dengan harga paling berpatutan?

Tapi, bukan itu sahaja. 

Harga berpatutan bukanlah satu-satunya faktor kenapa anda perlu pilih perkhidmatan kami bila anda nak pindah rumah nanti.

Kami juga memiliki ciri-ciri lain yang menawarkan pengalaman pindah rumah yang sememangnya memudahkan anda!

 

1. Penghantaran on-demand atau berjadual

schedule your delivery in the lalamove app-1

Sama ada anda inginkan perkhidmatan lori secara on-demand atau berjadual, Lalamove boleh sediakan untuk ada! Dengan Lalamove, anda boleh membuat tempahan perkhidmatan lori serta merta atau anda boleh jadualkan perkhidmatan 30 hari lebih awal!

 

2. Harga telus 

select lorry type in  lalamove app-1

Kami tahu betapa anda sukakan harga telus bila nak gunakan perkhidmatan pindah rumah. Sebab itu kami akan memberikan sebut harga serta merta bila anda membuat tempahan pesanan dengan kami. Tiada kos tersembunyi, anda hanya perlu membayar jumlah yang tertera dalam aplikasi.

 

3. Sistem penjejakan GPS masa nyata

gps tracking for lalamove delivery-1

Sistem penjejakan GPS kami membolehkan anda jejak barangan berharga anda pada masa nyata, bila-bila masa melalui aplikasi kami.

 

4. Perkhidmatan tambahan mengikut keperluan anda

house moving delivery service with lalamove-1

Percaya atau tidak, Lalamove menawarkan perkhidmatan tambahan selain menghantar perabot ke rumah baru anda. Jika anda memerlukan bantuan untuk menguruskan perabot anda, apa kata anda cuba Perkhidmatan Membuka dan Memasang kami?

Jika anda nak cuba perkhidmatan pindah rumah dengan harga berpatutan dan lengkap mengikut keperluan anda, muat turun aplikasi kami untuk mula hari ini!

Jimat Lebih Bila Pindah Rumah Dengan Lalamove

Bukan sahaja kami menawarkan harga berpatutan bila anda pindah rumah. Tapi kami juga boleh memudahkan proses pindah rumah untuk anda! 

Pindah rumah jadi lebih mudah bila anda ada 1 Pemandu + 2 Pembantu. Sebab itu kami menawarkan promosi 2x 20% untuk Perkhidmatan Membuka dan Memasang kali pertama anda dengan Lalamove! Layari laman di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut.

Cuba Perkhidmatan Membuka dan Memasang Hari Ini 

Read more