6 Tips Untuk Rakan Pemandu Lalamove Memudahkan Kerja Mereka Semasa Bulan Ramadan
Bila dah masuk bulan Ramadan, mestilah nak cari duit lebih sempena sambutan Hari Raya kan?
Buka aplikasi pemandu Lalamove, terus mengambil pesanan penghantaran. Senang je! Tapi…
Chup!
Jom tengok dulu cara-cara untuk memudahkan kerja rakan pemandu semasa bulan Ramadan!
1. Caj Telefon Anda
Bulan Ramadan ni memang banyak pesanan akan masuk! Sampai tak menang tangan anda nak ambil job!
Anda juga mungkin akan guna beberapa aplikasi seperti GPS, aplikasi pemandu Lalamove dan panggilan telefon secara serentak.
Oleh itu, anda perlu cas bateri telefon sehingga penuh untuk membuat lebih pesanan waktu bulan Ramadan.
Jangan lupa bawa powerbank bila buat job, okey?
2. Tanya Customer Tentang Barang Yang Akan Dihantar
Ini adalah tips yang anda boleh gunakan bila-bila masa, bukan di bulan puasa sahaja.
Kami cadangkan untuk anda pastikan semua info tentang barang yang akan dihantar dengan bertanya customer dahulu sebelum sampai ke lokasi pengambilan.
Tak semua barang semua muat dalam Proton X70 anda (ehem, kereta baru ke tu?)
Ini juga dapat membantu anda menilai sama ada barang-barang tersebut dapat muat ke dalam kenderaan anda.
3. Susun Barang
Jika abang atau kakak Lalamove ingin buat penghantaran multistop dengan hantar barang ke beberapa tempat secara serentak.
Memang ada caranya yang betul.
Janganlah terus muatkan semua barang dalam kenderaan sampai penuh sebab nanti susah nak keluarkan barang.
Dah puasa, mungkin senang letih kan?
Kami ada tips yang best:
Letakkan barang yang akan dihantar awal dulu berhampiran pintu kenderaan pacuan 4 roda dan barang yang akan dihantar kemudian ke dalam ruang but.
Cara ini dapat membantu anda mencari barang dengan mudah selepas sampai di lokasi drop-off.
4. Merancang Perjalanan Dengan Cekap
Merancang perjalanan anda dengan cekap adalah kemahiran yang penting bagi seorang rakan pemandu Lalamove.
Ia bukan sahaja dapat membantu anda menjadi lebih teratur dalam semua penghantaran, tetapi anda juga boleh mengelakkan jalan yang paling jem selepas memulakan perjalanan.
Tips kami:
Kira jarak perjalanan menggunakan GPS seperti Google Maps atau Waze.
Ini dapat menentukan kos untuk membuat pesanan dan dapat membantu anda jimat tol dan minyak.
5. Standby Waktu 'Peak Hour'
Kalau anda rajin bertanya kepada ‘otai’ rakan pemandu Lalamove, mereka mesti ada tips-tips best untuk anda!
Antaranya:
"Daripada pengalaman saya.. terdapat banyak job masuk waktu berbuka pada pukul 4pm hingga 8pm."
"Bulan puasa ni, selalu banyak job untuk hantar alat ganti, makanan dan bunga akan masuk."
"Lepas pukul 4pm, banyak order masuk. Sebab tu, anda mesti standby dalam aplikasi pemandu Lalamove."
6. Utamakan Keselamatan
Kepada Abang atau kakak Lalamove, ini tips terakhir yang paling penting.
Ia bukan sahaja dapat membantu anda menjadi lebih teratur dalam semua penghantaran, tetapi anda juga boleh mengelakkan jalan yang paling jem selepas memulakan perjalanan.
Bagi pemandu Motosikal, jangan lupa pakai topi keledar.
Jika anda ingin terima pesanan, sila berhenti di tepi jalan yang selamat untuk menggunakan telefon bimbit anda.
BONUS tips untuk anda:
Kalau ada pesanan kuih Raya, gerak perlahan-lahan ya sebab kuih muih mudah pecah.
Biar lambat, asal selamat, kan?