5 Perkara Anda Perlu Sediakan Untuk Rumah Terbuka Hari Raya | Lalamove
Rumah terbuka hari Raya sememangnya tradisi istimewa yang sering ditunggu-tunggu setiap perayaan Aidilfitri. Inilah masanya untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk merayakan kegembiraan dan kasih sayang!
Kalau anda inginkan majlis rumah terbuka yang berjalan dengan lancar, pastikan anda bersedia dengan lima perkara di bawah:
1. Pilih Tarikh Sesuai
Rumah terbuka selalunya akan dibuat pada hujung minggu.
Jadi pastikan anda pilih minggu yang sesuai dan memudahkan tetamu anda untuk hadir. Ingat, Raya hanya sebulan, jadi elakkan daripada memilih tarikh yang terlalu lewat.
2. Senaraikan Tetamu Jemputan
Membuat senarai tetamu yang akan dijemput ke rumah terbuka anda adalah perkara penting untuk memastikan perjalanan majlis anda lebih lancar.
Dengan senarai ini, anda dapat membuat anggaran untuk makanan, kerusi, kanopi dan pelbagai barangan penting lain. Tiada jumlah tetamu yang ditetapkan, semuanya terpulang kepada anda sama ada ingin menjemput 20 atau 200 orang tetamu.
Jadi, berapa jumlah tetamu anda?
3. Kemas Rumah
Mengemas rumah sememangnya aktiviti yang sering kita lakukan.
Tapi untuk rumah terbuka, anda perlu letakkan usaha lebih untuk memastikan rumah anda ekstra berkilat dan bersih! Barulah mak cik dan pak cik anda tertawan bila masuk ke rumah anda!
4. Pesan Catering Atau Masak Sendiri?
Ini sememangnya soalan paling penting!
Menempah makanan di catering sememangnya lebih pantas dan mudah untuk diuruskan.
Tapi jika anda terikat dengan bajet kecil, masak sendiri lebih menjimatkan. Walaupun memenatkan, anda akan rasa lebih puas dengan usaha sendiri!
Cuma pastikan anda jangan jadi seperti Gordon Ramsay bila masak sendiri ya 🤭
5. Bahagikan Tugas Sesama Keluarga
Rumah terbuka yang meriah sudah tentu dijayakan oleh semua ahli keluarga.
Oleh itu, anda perlu membahagikan tugas kepada setiap ahli keluarga agar majlis anda lebih teratur.
Antara tugas penting di hari rumah terbuka adalah menjaga makanan, menyambut tetamu, dan menjaga kebersihan rumah. Pastikan ahli keluarga anda menjalankan tugas masing-masing dengan baik!
Beri Tetamu Memori Indah Di Rumah Terbuka Anda
Tujuan sebenar rumah terbuka adalah untuk merapatkan silaturrahim di antara keluarga dan rakan-rakan anda.
Jadi, pastikan anda menganjurkan rumah terbuka yang meriah dan lengkap dengan segala keperluan penting. Barulah tetamu pulang dengan perut yang kenyang dan senyuman!
Kalau anda terlalu sibuk menguruskan rumah terbuka anda, Lalamove sentiasa bersedia untuk menghantar apa saja anda perlukan. Kanopi? Kerusi? Kuih muih? Lalamove kan saja!
Jangan lupa gunakan kod kupon [LALANOW] untuk jimat sehingga RM13 untuk penghantaran pertama anda.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!