Pesara Tentera Buktikan Rezeki Diteruskan Bersama Lalamove

featured image

Kalau sebut tentang tentera, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita biasanya adalah disiplin, ketegasan dan semangat kental. 

Bagi Encik Shelva, seorang pesara tentera, semua itu bukan sekadar kenangan lama tetapi nilai yang terus membentuk siapa dirinya hari ini. 

Bezanya, sekarang beliau bukan lagi di kem tentera, tetapi di jalan raya sebagai pemandu van 7 kaki Lalamove.

Jom baca kisah Encik Shelva yang penuh inspirasi ini:

 

Bermula Dengan Impian Jadi Tentera

Sejak zaman sekolah menengah, Shelva sudah tahu hala tujunya. 

Satu hari, beliau terlihat iklan kemasukan sekolah tentera di Port Dickson dalam surat khabar. Tanpa ragu, beliau mencuba nasib. 

Temuduga demi temuduga dilalui, dan akhirnya, berjaya diterima ketika Tingkatan 4.

 

rakan pemandu lalamove shelva yang merupakan bekas tentera

 

Di situlah segalanya bermula. Hidupnya penuh dengan jadual ketat, latihan fizikal, serta disiplin yang tinggi. 

Namun yang paling manis, ialah persahabatan dengan rakan-rakan dari seluruh Malaysia. Sampai sekarang, mereka masih berhubung melalui persatuan bekas tentera.

Antara kenangan paling berharga? Misi keamanan di Lebanon. Ia pengalaman luar biasa yang kekal segar dalam ingatan.

“Saya pernah pergi misi di Lebanon untuk menjaga keamanan. Itu yang saya rasa susah untuk saya lupakan.”

“Memang memori yang cukup manis,” katanya.

 

Persaraan dan Cabaran Baru

 

rakan pemandu lalamove bernama shelva pesara tentera

 

Selepas bersara pada tahun 2013, Shelva tidak terus berhenti menjadi seorang pelajar. 

Beliau sambung pengajian dalam bidang perniagaan, kemudian bekerja dalam industri runcit.

Namun, bila pandemik melanda, syarikat tempat beliau bekerja terpaksa ditutup.

“Masa tu memang hilang punca pendapatan. Saya kena fikir macam mana nak teruskan hidup dan sara keluarga.”

Shelva mula mencari peluang lain dan ketika itulah beliau terjumpa Lalamove.

 

Permulaan Baru Dengan Lalamove

Pada tahun 2022, Shelva membuat keputusan besar: menggunakan simpanan untuk membeli van 7 kaki khas untuk bekerja dengan Lalamove. 

Risiko itu nyata berbaloi kerana pendapatannya stabil.

“Pendapatan saya dengan Lalamove memang baik sebab saya boleh menyara keluarga.”

Walaupun kerja penghantaran ini fleksibel, beliau percaya disiplin tetap perlu. 

Baginya, ketepatan masa dan sasaran harian adalah asas untuk memastikan pendapatan stabil. 

“Kalau nak berjaya, kena ada disiplin. Tak kira kerja di mana pun,” tambahnya.

Lebih daripada sekadar mencari rezeki, kerja ini juga membuatnya gembira. 

Bertemu pelanggan yang menghargai usahanya dan peluang menghantar ke bandar serta kampung menjadikan rutin hariannya lebih bermakna. 

“Kerja ni tak boring. Saya seronok dapat pergi merata tempat,” katanya.

 

Disiplin Sebagai Panduan Hidup

Daripada padang tentera ke jalan raya, satu perkara kekal sama dalam hidup Encik Shelva: disiplin. 

Prinsip yang diasah semasa berkhidmat dahulu kini menjadi senjata utamanya untuk berjaya sebagai pemandu Lalamove dan menyara keluarga dengan penuh tanggungjawab.

Kalau anda juga sedang mencari peluang kerja yang fleksibel tetapi stabil, mungkin inilah masanya untuk ikut jejak Encik Shelva. 

Dengan Lalamove, anda bukan sahaja boleh menjana pendapatan sendiri, malah berpeluang menikmati pengalaman baru setiap hari.

Daftar Sebagai Rakan Pemandu Sekarang

Read more