Ain Shafinarz, Rakan Penghantar Wanita Hebat Penuh Inspirasi

featured image

Terma "Keluarga Lalamove" bukan sekadar melambangkan flit rakan-rakan penghantar Lalamove yang mempunyai hubungan akrab antara satu sama lain.

Terma ini juga dipakai kerana terdapat beberapa rakan penghantar kami dengan ahli keluarga yang menggunakan Lalamove sebagai sumber pendapatan mereka.

Ain Shafinarz , seorang rakan penghantar Lori Kecil 10-kaki, adalah salah seorang di antara mereka!

 

Ber-Lala Seiring Dengan Ahli Keluarga

Hari-hari Ain sebagai seorang rakan penghantar Lori tidak selalunya bersendirian.

Jika job yang diterima memerlukan tenaga kerja tambahan, contohnya job pindah rumah atau penghantaran Jarak Jauh, Ain selalunya ditemani oleh adik-adiknya sebagai pembantu.

Tapi bukan itu sahaja:

Adik-beradik Ain juga merupakan rakan penghantar Lalamove dengan Motosikal dan Kereta mereka!

“Kami memang family Lalamove!” Ain berseloroh.

Menurut Ain, beliau mulakan kerjaya sebagai rakan penghantar Lalamove lebih kurang setahun lalu. Selepas ayah Ain yang juga seorang pemandu lori mengalami kemalangan jalan raya, Ain memutuskan untuk mengambil alih tugas ayahnya dan meneruskan legasi keluarganya.

 

lori kecil 10-kaki milik ain shafinarz rakan penghantar lalamove yang dilengkapi sticker

 

“Lori ayah tidak digunakan selepas ayah mengalami kemalangan.”

“Jadi, saya membuat keputusan untuk mengambil lesen GDL dan gunakan Lori ini sebaik mungkin,” kata Ain sambil mengangkat perabot pelanggan Lalamove.

Semasa kami bertemu Ain, beliau sedang sibuk melengkapkan job pindah rumah di bandaraya Kuala Lumpur.

 

Pengalaman Manis Bersama Pelanggan

 

ain bersama adik-beradiknya yang membantu sebagai pembantu semasa memindahkan barang pelanggan

 

Sebagai seorang rakan penghantar wanita, pelbagai cabaran yang Ain hadapi dalam kerjayanya. Namun, ini langsung tidak mematahkan semangatnya. 

Malah, Ain sememangnya seronok menjadi rakan penghantar!

Kata Ain, beliau dapat berkongsi cerita dan kenangan manis yang dialami sebagai rakan penghantar bersama para pelanggan.  

“Saya pun dapat jalan-jalan ke pelbagai tempat dan jumpa ramai orang,” tambahnya.

 

Inspirasi Kepada Para Wanita

Antara kelebihan menjadi rakan penghantar yang dianggap sebagai tarikan utama buat Ain adalah masa yang fleksibel dan pendapatan yang tinggi.

Sebagai anak sulung dalam keluarga, Ain dapat membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya dengan baik tanpa mengganggu pendapatannya.

Selesai memindahkan barangan pelanggan, Ain berkata beliau berharap dapat menjadi sumber inspirasi kepada para wanita di luar sana yang ingin menjadi rakan penghantar Lalamove.

“Jangan rasa takut, semua orang boleh jadi rakan penghantar.”

“Saya nak buktikan kepada rakan penghantar wanita yang lain. Kalau saya boleh, anda pun boleh!” tambah Ain.

Jika anda ingin menyertai rakan penghantar Lalamove, pendaftaran hanya semudah A-B-C! Anda cuma perlu memuat turun aplikasi Lalamove Driver di Google PlayStore atau iOS App Store. Jom daftar sekarang!

Daftar Sebagai Rakan Penghantar Lalamove

Sudah menjadi rakan penghantar? Dah tiba masa untuk anda kongsikan kegembiraan menjadi rakan penghantar Lalamove dengan rakan-rakan anda.

Anda boleh mendapat ganjaran sehingga RM1000 jika anda mengajak ahli keluarga atau rakan untuk menjadi rakan penghantar Lalamove!

Jemput Rakan Untuk Sertai Lalamove

Read more