Resepi Pulut Tai Tai Anda Kena Cuba (Hantar Bahan Guna Lalamove Je!)

featured image

Tak lengkap rasanya kalau bercakap tentang Hari Malaysia tanpa makanan, kan?

Sempena Hari Malaysia ini, apa kata anda cuba untuk membuat kuih-muih tradisional yang mungkin telah dilupakan.

Kuih tradisional ini bukan sahaja boleh melengkapkan minum petang anda, malah boleh membangkitkan rasa nostalgia!

Kami cadangkan agar anda buat kuih…

Pulut Tai Tai!

 

Apa Itu Pulut Tai Tai?

Pulut Tai Tai adalah sejenis kuih berasal dari masyarakat Baba Nyonya dan Chetti yang popular di negeri Melaka.

Kuih ini disediakan dengan mengukus pulut dan ditekan dalam talam.

 

bunga telang

 

Yang membuatkan kuih ini lebih istimewa adalah campuran pulut dan bunga telang yang menjadikan kuih ini berwarna biru!

Pulut Tai Tai juga dikenali sebagai kuih Pulut Tekan. Sememangnya enak kalau dihidangkan dengan kaya.

 

Resepi Pulut Tai Tai

Jom lihat cara-cara untuk membuat Pulut Tai Tai di rumah anda. 

Bahan-bahan:

  • 500 g beras pulut

  • 35 kuntum bunga telang

  • 2 keping asam gelugor

  • 1 1/4 cawan santan + 3/4 camca teh garam (atau secukup rasa) yang dikacau rata

  • 1 helai daun pandan, disumpul

Cara-cara:

  1. Cuci bersih bunga telang dan toskan. Tumbuk sehingga lumat dan bancuh bersama 2 camca air. 

  2. Cuci beras pulut dengan bersih dan bahagikan kepada dua bahagian: Bahagian pertama direndam dengan air biasa dan dicampur dengan 1 keping asam gelugor. Bahagian kedua direndam dengan air bercampur jus bunga telang dan 1 keping asam gelugor

  3. Kacau rata dan biarkan pulut-pulut tadi berendam semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam atau lebih. Selepas direndam, keringkan air.

  4. Panaskan bahan kukus anda. Alaskan dasar pengukus anda dengan daun pisang yang disapu minyak kelapa. Letakkan daun pandan dahulu dan kemudian pulut anda. Gaulkan pulut berwarna biru dan putih bersama.

  5. Kukus selama 10-12 minit.

  6. Campurkan santan dan garam bersama. Tuang 1/2 bahagian santan ke dalampulut dan campur. Kukus atas api panas selama 20 minit. Selepas 20 minit, kacau rata dan kukus kembali 10 minit atau sehingga mendapat pulut yang lembut.

  7. Siapkan tin, sapu dengan sedikit minyak makan dan alas dasar tin dengan aluminium foil. Sapu sedikit minyak dan alih pulut ke dalam tin, buang daun pandan dan ratakan. Ratakan pulut anda biar padat.

  8. Gunakan barangan yang berat untuk padatkan pulut anda. Biarkan selama 2-3 jam.

  9. Potong dan hidangkan bersama seri kaya karamel.

Lihat video di bawah untuk ambil inspirasi dari Shane Chin dan Ah Ma:

 

Cari Bahan-Bahan Pulut Tai Tai Dengan Lalamove

Tak cukup bahan? Cari je bahan di kedai-kedai (ataupun minta mak di kampung) dan minta Lalamove hantarkan. 

Tak susah pun!

Jangan lupa ya guna kod kupon [LAKUIHKAMI] untuk menikmati diskaun penghantaran 20% bila anda hantar dengan Lalamove tau!

Hantar Bahan Pulut Tai Tai Dan Jimat 20%

Read more