Hari Deepavali: Tak Meriah Kalau Tak Balik Kampung!

featured image

Kita semua tahu kalau nak sambut perayaan memang lagi syok kalau sambut di kampung halaman. Kita boleh sambut dengan adik-beradik, nenek dan atuk, dan juga kawan-kawan zaman sekolah. Memang meriah!

Sama seperti salah seorang rider Lalamove kami yang sambut perayaan Deepavali. Siranjeevi A/L Suppiah, atau lebih dikenali sebagai Siran berkata dia rindu nak sambut Deepavali di kampung halaman.

Bukan itu sahaja, Siran juga berkata Deepavali tak lengkap kalau tak masak kari kambing!

Bersempena dengan Hari Deepavali, kami nak kongsi bagaimana Siran sambut Deepavali bersama keluarga dan kisah sebalik tadbir Siran sebagai rider Lalamove. Kalau nak tau apa makna Deepavali untuk Siran, boleh baca di bawah:

 

Kenapa sambut Deepavali di kampung lagi meriah?

Kampung kami dulu di Subang Bestari. Keluarga saya kecil, hanya ada 6 orang tapi bila Deepavali tetap sambut meriah.

Waktu kami duduk di kampung dulu, saudara-mara semua tinggal berdekatan. Jadi memang selalu jumpa. Lagi seronok bila dapat sambut dengan nenek. Saya paling rindu nak sambut dengan jiran dan kawan-kawan. 

Masa itu kita masih budak. Sekarang bila semua dah besar dan dah kerja, dah takda happiness macam Deepavali di kampung dulu. Memang rindu Deepavali dulu! 

 

Apa rutin Siran pada Hari Deepavali?

Keluarga saya bangun awal, pukul 7 pagi kami dah bangun. Mak akan mula masak dan kami akan tolong bersihkan rumah. Pukul 8 pagi kami akan sembahyang sama-sama. 

Lepas makan kami akan pergi lawat saudara dan rakan-rakan. Kami sambut biasa-biasa sahaja. 

 

rakan penghantar lalamove sambut deepavali

 

Apa yang syok sambut Deepavali sekarang?

Makanan waktu Deepavali memang sedap. Saya datang dari keluarga yang memang suka masak.

Mak akan masak kari kambing, kari ayam, nasi kuning dan nasi minyak untuk tengah hari. Kuih murukku pun mak buat sendiri. 

Favourite saya kari kambing. Mak memang pandai masak, tapi kami tak selalu makan. Bukan selalu kami dapat makan sedap, so bila dapat makan sewaktu Deepavali, saya seronok.

 

Pernah tak balik kampung?

Pernah. Tahun ini pun kami beraya di rumah saja. Rutin sama seperti tahun lepas. Saya fikir, daripada duduk rumah tak buat apa, baik saya spend Deepavali dengan kerja Lalamove.

 

Apa makna Deepavali bagi anda?

Bagi saya Deepavali ni hari yang tenang. Bila dah besar, semua busy dengan kerja. Deepavali ni saja yang kami dapat berkumpul satu keluarga. Bila waktu sembahyang, kami doa nak dapatkan kehidupan baik untuk diri sendiri dan keluarga. 

 

rider lalamove sambut deepavali

 

Best ke kerja Lalamove?

Saya dah kerja dengan Lalamove sejak bulan Mac dan so far semuanya okay. 

Paling best ialah rating saya dah 5 bintang!

Setiap hari saya mula ambil pesanan pukul 9 pagi. Selalunya, 11 malam baru saya balik rumah. Sebelum ini, saya kerja dengan syarikat penghantaran lain. Tapi sejak saya masuk Lalamove, memang fokus sepenuhnya di sini sahaja.

Dalam sehari jadi rider dengan Lalamove, saya boleh dapat RM20/sejam. Paling best, saya pernah dapat sehingga 60% dari biasa! Kerja tak susah pun, mana-mana job hantar barang kecil pun saya ambil. Ada order RM5 pun saya ambil. 

Saya selalu hantar barang di kawasan berdekatan je. Tak perlu pergi jauh pun. Lalamove pun senang nak guna, sebab ada e-wallet. 

Customers Lalamove pun baik. Kadang-kadang dorang bagi saya tips dan duit minyak. Makanan macam nasi dan cake pun saya selalu dapat! 

So far, memang seronok kerja rider Lalamove. Kerja pun senang.

Lalamove ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan penghantar kami yang menyambut pesta cahaya ini! Komitmen anda untuk memberi yang terbaik sentiasa dihargai dan kami berterima kasih kepada anda.

Ingin menjana pendapatan sepenuh masa dengan Lalamove seperti Siran? 

Sertai kami sebagai rakan penghantar untuk nikmati faedah seperti waktu kerja fleksibel, jana pendapatan pada bila-bila masa dan ganjaran khas rakan penghantar kami!

Jadi Rakan Penghantar Lalamove Sekarang!

Read more