4 Sebab Peniaga Bazar Ramadan Perlu Guna Lalamove
Setiap kali bulan Ramadan menjelma, bazar Ramadan menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
Dari makanan viral ke kuih-muih tradisional, semuanya ada peminat yang tersendiri.
Bagi peniaga pula, Ramadan adalah peluang untuk menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan kecil.
Kalau anda bakal berniaga di bazar Ramadan tahun ini, anda perlu lihat empat sebab Lalamove dapat membantu peniaga-peniaga seperti anda untuk berniaga dengan lebih lancar.
1. Penghantaran Pantas Untuk Bahan Mentah

Dalam dunia perniagaan bazar, situasi “barang mentah tak cukup” bukanlah perkara yang baru.
Kadang-kadang santan habis, rempah tak cukup dan macam-macam boleh berlaku.
Dengan Lalamove, peniaga boleh buat penghantaran segera untuk mendapatkan bahan mentah dari pembekal atau pasar berdekatan.
Anda hanya perlu:
➡️ Pesan barang basah secara online
➡️ Tempah penghantaran Lalamove
➡️ Tunggu barang basah anda sampai ke destinasi
2. Sokong Jualan Online Peniaga

Ramai peniaga bazar Ramadan sekarang bukan sahaja berniaga di gerai, tetapi juga menerima tempahan melalui WhatsApp, Facebook atau Instagram.
Pelanggan nak berbuka di rumah, pejabat atau hantar makanan kepada keluarga, semuanya perlukan penghantaran pantas dan boleh dipercayai.
Lalamove memudahkan peniaga dengan menghantar makanan terus kepada pelanggan tanpa perlu meninggalkan gerai.
Jadi, peniaga boleh fokus dengan gerai di bazar Ramadan sambil menambah pendapatan melalui pesanan online!
3. Fleksibel Untuk Peniaga Kecil Dan Sederhana

Tak semua peniaga bazar ada lori sendiri atau ada bajet besar untuk logistik.
Lalamove menawarkan pelbagai pilihan kenderaan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan:
- Motosikal - Makanan berbungkus saiz kecil untuk dihantar kepada pelanggan
- Kereta - Makanan atau minuman dalam kuantiti banyak
- Pikap 4x4, Van atau Lori - Bahan mentah seperti ayam, beras, santan dan lain-lain

Tip: Gunakan penghantaran Keutamaan dalam app untuk penghantaran ekstra pantas. Pemandu akan dipadankan dengan pesanan anda lebih laju dan pesanan anda akan diutamakan.
4. Jimat Masa Dan Tenaga Peniaga

Berniaga sambil berpuasa bukan perkara mudah. Dengan cuaca yang panas, tenaga pun cepat berkurang.
Jika anda buka tempahan makanan online, anda pasti memerlukan bantuan untuk menguruskan penghantaran.
Dan segalanya boleh diurus dengan aplikasi Lalamove!
Dari penjejakan penghantaran hingga ke pengesahan barang sampai, semuanya anda boleh lihat di dalam aplikasi yang sama.
Anda jimat masa dan tenaga, pelanggan pun gembira!
Raih Kepuasan Pelanggan Bersama Lalamove
Dengan sokongan logistik, peniaga dapat menjimatkan masa dan memaksimumkan potensi jualan sama ada di gerai atau secara online.
Jom raih kepuasan pelanggan dengan Lalamove dan jadikan perniagaan di bulan Ramadan ini lebih berbaloi.
Selamat menyambut bulan Ramadan!

