4 Sebab Rakan Pemandu Lalamove Perlu Ambil Job Waktu Moreh

Di bulan Ramadan ini memang banyak waktu-waktu yang sesuai untuk anda ambil job sebagai rakan pemandu Lalamove.
Tapi tahukah anda waktu moreh adalah antara waktu yang syok untuk ambil job?
Ya, betul!
Walaupun kebanyakkan pemandu Lalamove memilih untuk berehat pada waktu moreh, sebenarnya waktu inilah yang boleh membawa keuntungan kepada anda.
Jom kita tengok empat sebab kenapa rakan pemandu Lalamove perlu mengambil job ketika moreh.
1. Permintaan Yang Meningkat
Waktu moreh adalah waktu yang sangat sibuk untuk penghantaran terutama bagi makanan.
Pada jam 10 malam ke atas, ramai yang memilih untuk menikmati hidangan ringan bersama rakan-rakan selepas berbuka puasa secara sederhana di rumah.
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan lebih banyak job dan bawa pulang lebih banyak pendapatan!
2. Kurang Kesibukan Di Jalan Raya
Selepas waktu berbuka, kebanyakan jalan akan menjadi sedikit lengang.
Jadi, inilah masanya anda untuk keluar ambil job!
Masa penghantaran menjadi lebih cepat dan yang paling penting, anda boleh buat lebih banyak job!
3. Kurang Penat
Anda mesti pernah terfikir, kalau nak ambil job pada waktu tengah hari, panas. Kalau nak ambil job pada petang, jalan sesak pula.
Jadi apa pilihan yang anda ada?
Haa, ambillah job pada waktu moreh!
Order masuk dengan banyak, anda pun lebih bertenaga selepas berbuka puasa!
4. Dapat Meningkatkan Rating
Anda bercadang nak naikkan rating anda sebagai rakan pemandu Lalamove?
Mengambil job pada waktu moreh dapat memberi ruang kepada anda untuk melakukan penghantaran dengan lebih cepat kepada pelanggan.
Pelanggan happy, anda pun dapat rating yang tinggi!
Untung Lebih Ambil Job Waktu Moreh
Mengambil job ketika moreh bukan sahaja dapat memberi peluang untuk mendapatkan lebih pendapatan tetapi juga dapat memberikan pengalaman kerja yang lebih memuaskan.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan mulakan perjalanan anda untuk mengambil job ketika moreh!
P/S: Bulan Ramadan ini mesti banyak filem pendek menyentuh hati keluar di media sosial kan? Jom tonton filem pendek Lalamove yang bertajuk "Secukupnya Raya Ini" di bawah: