7 Kedai Lemang Terbaik Yang Boleh Deliver Sempena Hari Raya | Lalamove

featured image

Ada sesiapa di sini sambut Hari Raya tanpa lemang?

Mesti tak ada, sebab Hari Raya memang tak lengkap tanpa lemang!

Kalau anda nak cari lemang terbaik, tak perlu susah-susah. Kami senaraikan 7 kedai lemang terbaik yang boleh deliver ke rumah anda pada Hari Raya.

Bukan lemang biasa-biasa, lemang periuk kera, pulut hitam, daun lerek, semua ada!

Jom kita tengok senarai kedai untuk anda tempah lemang sempena Hari Raya nanti:

 

 

Kedai-Kedai Lemang Di Lembah Klang

Lemang 12

Lemang Ustaz by Achey

Lemang Tok Abah

Lemang Sahabat

Lemang Power

Kedai-Kedai Lemang Di Melaka Dan Pulau Pinang

Lemang Dino Taboh Naning (Melaka)

Lemang Daun Lerek (Pulau Pinang)

 

 

Lemang 12

lemang 12 taman medan

Lemang 12 merupakan antara kedai lemang yang confirm viral setiap musim Raya. Menurut Lemang 12, pengunjung boleh beratur sepanjang 500 meter semata-mata nak beli lemang mereka!

Paling menarik, lemang di sini datang dalam pelbagai jenis saiz. Dari saiz S sehinggalah saiz XXL, semuanya ada. Jadi senang untuk anda pilih saiz lemang yang sesuai untuk seisi keluarga, baru tak membazir kan?

Disebabkan kedai ini viral, jadi anda kena buat pesanan dengan cepat, selewat-lewatnya tiga hari sebelum Hari Raya. Jadi pastikan anda buat pesanan dengan awal!

Promosi Hari Raya

Lemang 12 menjual lemang pelbagai saiz dengan harga serendah RM16 sebatang untuk lemang saiz S sehingga RM24 sebatang untuk lemang saiz XXL. Lemang jagung juga dijual dengan harga RM18 sebatang.

Lokasi: Lemang 12, PJCC, Jalan PJS 2, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Beli Lemang Di Lemang 12

Kembali ke atas

Lemang Ustaz by Achey (Lembah Klang)

promosi lemang ustaz by achey sempena hari raya boleh dihantar dengan lalamove

Kalau nak tau, pemilik dan duta Lemang Ustaz ini adalah selebriti terkenal Achey Raja Lawak! 

Bertempat di Sungai Buloh, Lemang Ustaz menjual lemang berperisa asli dan jagung sepanjang tahun, bukan semasa musim perayaan Aidilfitri sahaja. 

Tapi yang paling best, Lemang Ustaz juga menjual rendang ayam dan daging serta nasi briyani yang confirm boleh buat anda termimpi!

Lemang Ustaz juga menerima tempahan last minute. Jadi anda tak perlu risau kalau lemang tak cukup pagi Hari Raya nanti.

https://www.instagram.com/p/CqufjU0AV9l/?hl=en

Promosi Hari Raya

Lemang Ustaz dijual pada harga RM15 sebatang untuk lemang asli dan RM18 sebatang untuk lemang jagung.

Lokasi: Persiaran Delima, Kampung Paya Jaras Hilir, 40160 Sungai Buloh, Selangor

Beli Lemang Di Lemang Ustaz by Achey

Kembali ke atas

 

Lemang Tok Abah (Lembah Klang)

lemang tok abah

Lemang Tok Abah sememangnya kedai lemang yang tidak asing lagi di kawasan Wangsa Melawati. Perniagaan yang bermula sejak 2013 ini fokus kepada jualan lemang semasa musim perayaan sahaja.

Antara lemang yang boleh anda dapati di sini ialah lemang asli, jagung dan pulut hitam. Memang padu rasanya!

Mereka juga menawarkan rendang dan serunding daging dan ayam. Jangan lupa beli, barulah lengkap juadah Hari Raya nanti!

Promosi Hari Raya

Dapatkan lemang dari Lemang Tok Abah dengan harga serendah RM15 sebatang untuk lemang asli dan RM23 sebatang untuk lemang jagung atau pulut hitam. Rendang pula dijual pada harga RM16 (200g) dan serunding pada harga RM15 (100g).

Lokasi: 59, Jalan Wangsa Perkasa 6, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beli Lemang Di Lemang Tok Abah

Kembali ke atas

 

Lemang Sahabat (Lembah Klang)

poster gerai lemang sahabat di bukit kapar klang beserta nombor telefon untuk pelanggan hubungi

Kalau nak rasa lemang yang lembut dan berlemak yang menggunakan santan asli dan daun lerek, anda wajib cuba Lemang Sahabat.

Terletak di Bukit Kapar, Klang, Lemang Sahabat menawarkan lemang dengan tiga perasa menarik iaitu asli, jagung dan pulut hitam.

Anda juga disarankan untuk buat tempahan awal. Tapi jangan risau, lemang dari Lemang Sahabat boleh tahan selama seminggu kalau simpan dalam peti ais.

Kalau nak beli lemang untuk open house, cari je Lemang Sahabat!

Promosi Hari Raya

Lemang Sahabat menawarkan tiga jenis lemang termasuk lemang original, jagung dan pulut hitam yang boleh didapati dari serendah RM16 sebatang.

Lokasi: Taman Desa Bukit Permata, Jalan 5B/KU11, Jln Iskandar, Kampung Bukit Kapar, 42200 Kapar, Selangor

Beli Lemang Di Lemang Sahabat

Kembali ke atas

 

Lemang Power (Lembah Klang)

gerai lemang power berdekatan masjid saidina

Lemang Power memang terkenal dengan lemang mereka yang berlemak dan lembut. Sebab itu mereka boleh menjual sehingga 20,000 batang sepanjang musim perayaan Aidilfitri. Wow!

Kalau nak tau, mereka juga sangat terkenal dengan ‘rendang hijau’ daging atau ayam yang menggunakan cili hijau. Memang pedas!

Kalau nak tau betapa sedapnya (dan pedasnya) Lemang Power, anda kena try sendiri!

Promosi Hari Raya

Harga Lemang Power bermula dari RM13 sebatang.

Lokasi: Jalan Budiman, Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur berdekatan Masjid Saidina Othman

Beli Lemang Di Lemang Power

Kembali ke atas

 

Lemang Dino Taboh Naning (Melaka)

lemang sedang dibakar sempena hari raya oleh lemang dino

Lemang Dino bukan sahaja terkenal di Melaka. Malah, pelanggan mereka datang dari pelbagai lokasi, terutama sekali Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Dari Singapura pun ada!

Keistimewaan Lemang Dino terletak pada resepi turun temurun serta kelapa yang diperah sendiri.

Kalau nak rasa keistimewaan Lemang Dino, anda boleh buat pesanan dengan mereka dan hantarkan saja dengan Lalamove. Tak perlu bersusah untuk ke Melaka!

Promosi Hari Raya

Dapatkan Lemang Dino dengan harga serendah RM15 sebatang.

Lokasi: 1652 A Jalan, Kg Lanjut, 78000 Alor Gajah, Melaka

Beli Lemang Di Lemang Dino Taboh Naning

Kembali ke atas

 

Lemang Daun Lerek (Pulau Pinang)

deretan lemang daun lerek di teluk kumbar pulau pinang

Menurut warga Pulau Pinang, Lemang Daun Lerek sememangnya terkenal kerana lemang mereka mempunyai aroma daun lerek yang cukup wangi. 

Jadi kalau anda teringin nak rasa Lemang Daun Lerek, pastikan anda buat tempahan sehari awal. Anda juga boleh mencuba rendang, serunding dan nasi daging buluh yang merupakan menu istimewa sempena musim perayaan. Gerenti puas!

Promosi Hari Raya

Dapatkan Lemang Daun Lerek dengan harga sekitar RM15 hingga RM35 sebatang.

Lokasi: Di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Penang

Beli Lemang Di Lemang Daun Lerek

Kembali ke atas

 

Lemang Dah Ada, Baru Lengkap Hari Raya!

Dah tahu mana satu lemang pilihan hati? 

Jangan lupa share blog ini dengan saudara mara anda! 

Yang penting, Lalamove boleh hantarkan lemang dari semua kedai di atas ke mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia.

 

Kami juga akan menawarkan diskaun penghantaran lemang dalam bulan April nanti. Nantikan pengumuman di media sosial kami!

Read more