Cara Tambah Pendapatan Lalamove Anda Dengan Pesanan Keutamaan
Berita baik untuk semua rakan pemandu Lalamove!
Nak maksimumkan pendapatan harian anda?
Memperkenalkan: Pesanan Keutamaan.
Dengan pesanan Keutamaan yang baru ini, anda boleh menjana pendapatan dengan lebih banyak. Anda juga boleh memberikan khidmat penghantaran yang jauh lebih cepat kepada pelanggan.
Jom lihat EMPAT fakta yang anda perlu tahu sebelum menerima pesanan Keutamaan ini:
4 Fakta Tentang Pesanan Keutamaan
1. Tambang Asas Yang Lebih Tinggi
Pesanan Keutamaan ini adalah pesanan yang terbaru pelanggan boleh pilih.
Pesanan Keutamaan datang dengan tambang asas yang lebih tinggi daripada penghantaran ‘Biasa’.
Jadi sebagai pemandu Lalamove anda akan dapat menjana lebih duit untuk setiap pesanan Keutamaan yang anda lakukan.
Ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk menambah pendapatan anda!
2. Pesanan Keutamaan = Pesanan Segera
Apabila anda menerima pesanan Keutamaan ini, anda perlu segera menghantar barang ke destinasi yang pelanggan telah tetapkan tanpa sebarang gangguan!
Maksudnya pesanan ini mempunyai keutamaan yang lebih tinggi!
Ingat: Hantar barang sejurus anda menerima pesanan ya!
3. Pilihan Yang Fleksibel
Dengan pesanan ini, semua rakan pemandu Lalamove mempunyai pilihan untuk memilih pesanan yang mereka ingin hantar.
Sama ada pesanan Biasa, Keutamaan atau Pengumpulan, semuanya tergantung kepada anda.
Bezanya adalah dari segi tambang, dimana pesanan Keutamaan mempunyai tambang yang lebih tinggi berbanding dengan pesanan ‘Biasa’ dan ‘Pengumpulan’.
4. Lihat Pada Label Keutamaan
Tertanya-tanya bagaimana untuk membezakan pesanan yang pelanggan inginkan?
Lihat pada label Keutamaan yang tertera pada pesanan.
Pastikan anda melihat label Keutamaan ini sebelum anda mengambil pesanan.
Peringatan: Keutamaan = Fokus!
Label ini menunjukkan bahawa pesanan tersebut memerlukan perhatian yang penuh dan datang dengan tambang yang tinggi.
Lagi cepat anda hantar, lagi banyak yang anda boleh dapat.
Jom Jana Lebih Pendapatan Dengan Pesanan Keutamaan Sekarang!
Sekarang anda dah faham macam mana pesanan Keutamaan berfungsi?
Apa yang penting adalah anda perlu semak label Keutamaan sebelum menerima mana-mana pesanan.
Jom sama-sama kita tambah pendapatan harian dengan pesanan Keutamaan!