Bulan Puasa, Job Masuk Banyak? Ini Tips Dari Otai Lalamove!

featured image

Bulan Ramadan dah nak dekat! 

Ada sesiapa yang pertama kali nak jadi pemandu Lalamove masa bulan puasa ni? Kalau ada, anda kena bersedia sebab bulan Ramadan salah satu bulan paling menguntungkan untuk jadi rakan pemandu Lalamove! 

Lagi-lagi waktu petang. Confirm job masuk macam air!

Untuk persiapan anda, kami minta tips dari Hairul Samsul, seorang pemandu Motosikal Lalamove sejak 2019. 

Hairul ini bukan calang-calang tau, rating dia steady 4.98. Untuk tahun 2024 sahaja, dia dah hantar 2,075 pesanan, bersamaan dengan perjalanan sejauh 35,706 kilometer!

Wow, memang hebat!

Jom kita korek rahsia dan tips dari Hairul sendiri:

 

hairul samsul rakan pemandu lalamove dengan rating 4.98 beri tips untuk ambil job di bulan ramadan

 

Bagaimana anda kekalkan rating 4.98 selama 6 tahun?

Biasalah, rating naik turun tu benda biasa. Tapi saya memang jaga rating sebab tu macam reputation kita. Yang penting, kena respect customer sebab mereka yang bagi kita job. Buat kerja macam biasa, janji ikhlas!

 

Adakah mencabar untuk hantar pesanan semasa bulan puasa?

Sangat mencabar! Sebab tu saya start lambat sikit bulan puasa. Biasanya saya mula pukul 11 pagi atau 12 tengah hari, lepas sahur rehat dulu. Saya akan kerja sampai sebelum berbuka, dalam pukul 6.30 - 7 petang stop. Kalau start pagi, memang tak mampu.

 

Pernah ambil job betul-betul semasa waktu berbuka?

Pernah, dan itu biasa. Kadang-kadang kesian tengok customer yang tengah tunggu barang untuk berbuka. Asalkan dapat minum air sikit masa berbuka, dah cukup okay!

 

Apa tips penting untuk ambil job masa bulan puasa?

Jangan skip sahur! Kalau tak, memang lemau satu hari.

 

Kenangan paling seronok semasa bulan puasa?

Bila dekat nak raya, ramai customer yang baik hati bagi tips lebih. Saya pernah dapat lebih RM100 dalam tips sehari sebelum Hari Raya! Alhamdulillah, rezeki.

 

Bazar Ramadan yang anda selalu kunjungi?

Bazar Wangsa Maju. Dekat dengan rumah saya, jadi senang untuk pergi.

 

Berikan satu tips untuk rakan pemandu baru?

Jangan banyak melepak! Lagi-lagi kalau dekat port ramai-ramai, memang jadi malas. Cari job, jalan, repeat!

 

Jangan Lepaskan Rezeki Ramadan

Walaupun mencabar, tetapi mencari rezeki di bulan Ramadan sememangnya pengalaman yang menguntungkan!

Di Lalamove, anda boleh kerja bila-bila masa anda mahukan. Sebelum berbuka? Dalam perjalanan balik kampung? Semua pilihan di tangan anda.

Anda boleh mendaftar sebagai rakan pemandu Delivery atau Ride. Yang seronok tentang Ride, rakan pemandu boleh bawa pulang sehingga 99% pendapatan bagi setiap pesanan!

Fuh, rugi lah kalau tak join Lalamove.

Jom daftar sekarang!

Daftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove

 

Anda dah tonton belum filem pendek dari Lalamove sempena Ramadan dan Hari Raya ini? Kalau belum, jom tonton sekarang!

 

Read more