5 Tips Mudah Lulus Bila Mendaftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove

Nak permohonan anda sebagai rakan pemandu Lalamove lulus dengan mudah?
Jom baca beberapa tips ini sebelum anda mula mendaftar!
Tips Maklumat Diri
Untuk memudahkan proses pendaftaran, anda dinasihatkan untuk menyemak segala maklumat yang diberikan:
✅Pastikan nama, nombor kad pengenalan dan maklumat lain dieja dengan betul
✅Pastikan nombor telefon anda aktif
✅Berumur 18 tahun ke atas bagi pendaftaran akaun penghantaran
✅Berumur 21 tahun ke atas bagi permohonan Lalamove Ride
❌Jangan gunakan nama pendek atau nama samaran
Tips Gambar Profil
Bagi gambar profil, anda mestilah menghantar gambar yang sesuai. Inilah gambar yang digunakan untuk pelanggan mengenal pasti anda sebagai pemandu mereka!
✅Gambar selfie dibenarkan
✅Muka harus terlihat jelas
✅Mata memandang kamera
❌Tidak dibenarkan untuk memakai pelitup muka, topi atau cermin mata gelap
❌Tidak dibenarkan menggunakan filter
Tips Gambar Kad Pengenalan
Gambar Kad Pengenalan
Untuk gambar kad pengenalan pula, anda perlu mengikuti garis panduan seperti:
✅Gambar kad pengenalan mestilah diambil menggunakan kamera
✅Maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat mesti jelas dipaparkan
✅Hanya kad pengenalan berwarna BIRU dan KELABU sahaja yang diterima
❌ Kad pengenalan sementara tidak dibenarkan
❌Kad pengenalan berwarna MERAH atau HIJAU tidak dibenarkan
Tips Gambar Lesen
Gambar Lesen Memandu
Gambar Lesen Memandu dan Lesen GDL
✅Tarikh lesen masih sah
✅Gambar lesen mestilah diambil menggunakan kamera
✅Lesen memandu Malaysia sahaja
✅Bagi lesen digital, anda boleh menghantar screenshot dari aplikasi MyJPJ bersama gambar lesen yang lama
✅Bagi permohonan yang memerlukan lesen GDL, anda perlu menghantar sekali gambar lesen memandu
✅Bagi permohonan Lalamove Ride, anda perlu menghantar lesen PSV beserta lesen memandu
❌Lesen L tidak dibenarkan
Tips Gambar Kenderaan
Gambar Kenderaan
Inilah bahagian yang mungkin ramai rakan pemandu terlepas! Anda perlu memastikan untuk mengikuti tips ini supaya permohonan anda diterima.
✅Gambar kenderaan diambil dari sudut 45 darjah
✅Nombor plat kenderaan kelihatan dengan jelas
✅Badan kenderaan kelihatan dengan jelas
✅Bagi kenderaan 4x4, Van atau Lori, cop pada pintu harus terlihat jelas
❌Gambar kenderaan yang kabur tidak akan diterima
Mudah Lulus, Boleh Mula Bekerja!
Senang je kan nak jadi rakan pemandu Lalamove kalau ikut tips yang kami bagi?
Kami harap tips-tips di atas dapat membantu memudahkan proses pendaftaran anda sebagai rakan pemandu Lalamove.
Proses kelulusan akan mengambil masa kurang seminggu. Lebih lengkap pendaftaran anda, lebih pantas permohonan anda akan diproses!
Siapa dekat sini masih belum mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove?
Jom daftar sekarang!