7 Tips Penghantaran Pengumpulan Bagi Rakan Pemandu Lalamove

Hai rakan pemandu Lalamove! Kami kembali lagi dengan siri #TipsRakanLala yang terbaru.
Untuk #TipsRakanLala kali ini, kami ingin menjelaskan perkara yang rakan pemandu perlu tahu tentang pesanan Pengumpulan atau lebih dikenali sebagai Pooling.
Apa Itu Penghantaran Pengumpulan?
Sebagai rakan pemandu, anda perlu tahu terdapat tiga jenis pilihan penghantaran yang tersedia di dalam aplikasi Lalamove.
Antaranya ialah penghantaran Biasa, Keutamaan dan juga Pengumpulan. Ketiga-tiga jenis penghantaran ini mempunyai ciri dan keperluan yang berbeza.
Jadi, apa itu penghantaran Pengumpulan?
Penghantaran Pengumpulan bermaksud penghantaran yang lebih santai dan jimat bagi pengguna. Ini kerana harga pesanan lebih murah dan pengguna harus menunggu sedikit lama berbanding jenis penghantaran yang lain.
Jom kita baca lebih lanjut tentang apa yang boleh dan tidak boleh rakan pemandu Lalamove lakukan ketika ingin menghantar job Pengumpulan.
Apa Yang Perlu Anda Buat?
1. Hanya Terima Pesanan Yang Anda Inginkan
Sebelum anda mengambil pesanan Pengumpulan, semak butiran harga dan jarak lokasi pengambilan dan penghantaran.
Jika harga dan lokasi berkenaan sesuai dengan keinginan, anda boleh terus menerima pesanan Pengumpulan tersebut.
2. Sahkan Waktu Pengambilan Dan Penghantaran
Pesanan Pengumpulan boleh dihantar dalam tempoh 4-6 jam, bergantung kepada perjalanan yang anda ambil.
Jadi, perkara pertama yang perlu anda lakukan setelah menerima pesanan adalah mengesahkan waktu pengambilan dan penghantaran dengan pelanggan.
Tujuan komunikasi ini adalah untuk mengelakkan kesalahfahaman antara rakan pemandu dan juga pelanggan.
Dengan cara ini, kedua belah pihak boleh menetapkan waktu penghantaran yang telah dipersetujui bersama.
Ingin berhubung dengan pelanggan? Hubungi mereka melalui sistem chat yang disediakan di dalam aplikasi Lalamove Driver.
3. Terima Pesanan Pengumpulan Satu Hala
Dengan harga pesanan Pengumpulan yang lebih murah, rakan pemandu dibolehkan untuk mengambil beberapa pesanan dalam satu masa.
Pastikan anda mengambil pesanan yang menghala ke laluan yang sama supaya anda dapat memaksimukan pendapatan.
Apa Yang Anda Perlu Elakkan?
1. Elakkan Menerima Pesanan ‘Urgent’
Apabila anda ingin mengambil pesanan Pengumpulan, pastikan untuk menyemak bahagian nota yang diletakkan oleh pelanggan.
Jika ada pelanggan yang meletakkan nota “Barang Urgent/Nak Cepat/Hantar Cepat”, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil pesanan tersebut.
Bagi pesanan Urgent atau cepat, pelanggan tersebut dinasihatkan untuk menggunakan jenis pesanan Keutamaan atau Biasa.
2. Elakkan Mengambil Terlampau Banyak Pesanan Pengumpulan
Untuk menjaga keadaan kenderaan, rakan pemandu dinasihatkan untuk tidak mengambil pesanan Pengumpulan yang melebihi had kapasiti kenderaan yang telah ditetapkan oleh Lalamove.
Untuk had kapasiti kenderaan, rakan pemandu boleh menyemak di laman web utama Lalamove.
3. Elakkan Menyimpan Barang Pelanggan Melebihi Waktu Yang Ditetapkan
Bagi pesanan Pengumpulan, barang pelanggan hendaklah dihantar dalam masa 4 hingga ke 6 jam selepas barang diambil dari lokasi pengambilan dan bergantung kepada laluan.
Para rakan pemandu dinasihatkan untuk tidak menyimpan barang pelanggan melebihi waktu di atas.
Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pengguna jika terdapat sebarang masalah dengan waktu penghantaran.
Jika anda menghadapi sebarang masalah, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Lalamove di dalam aplikasi Lalamove Driver.
Maksimumkan Pendapatan Anda Hari Ini
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih jenis penghantaran yang anda ingin lakukan.
Sama ada anda ingin melakukan penghantaran Pengumpulan, Biasa atau Keutamaan, semuanya bergantung kepada anda.
Yang penting adalah komunikasi dan persetujuan antara anda sebagai rakan pemandu dan juga pelanggan.
Dengan perancangan yang baik, anda boleh memaksimumkan pendapatan harian dengan penghantaran Pengumpulan.
Jadi anda tunggu apa lagi? Mari jadikan setiap penghantaran Pengumpulan anda berbaloi!