5 Tips Untuk Bertahan Dalam Cuaca Panas

featured image

Cuaca panas di Malaysia memang bukan benda yang baru.

Bahang ini amat terasa terutama bagi rakan pemandu Lalamove yang sentiasa berada di jalan raya.

Panas terik, trafik sesak dan jadual penghantaran yang padat boleh membuatkan rakan pemandu menjadi lebih letih.

Ini lima tips untuk membantu rakan pemandu bertahan dalam cuaca panas sambil menjana pendapatan!

 

1. Bawa Air Mineral Yang Mencukupi

 

stok air minuman berbuka

 

Bila cuaca panas, badan kita cepat kehilangan air melalui peluh.

Pastikan anda sentiasa bawa botol air dalam kenderaan dan minum secara berkala.

Jangan tunggu haus baru nak minum ya!

💡 Tip: Elakkan minum minuman berkafein atau bergas secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

 

2. Pakai Pakaian Yang Sesuai

 

rakan pemandu memakai pakaian berwarna cerah

 

Pilih pakaian yang longgar dan berwarna cerah seperti putih, kuning, kelabu atau merah jambu.

Selain itu, pakaian yang terbuat dari bahan seperti kapas sangat membantu menyerap peluh dan memberi keselesaan.

💡 Tip: Elakkan memakai pakaian dari bahan poliester, nilon atau fabrik berkilat kerana fabrik ini tidak menyerap peluh dan haba.

 

3. Ambil Masa Untuk Berehat

 

rakan pemandu berehat dan tidur sebentar

 

Walaupun anda sibuk mengejar job, jangan lupa untuk beri masa untuk berehat.

Cari tempat untuk berteduh atau pulang sebentar ke rumah untuk berehat.

💡 Tip: Tidur selama 10 hingga 20 minit antara jam 1 hingga 3 petang untuk membantu badan anda reset dan memberi tenaga.

 

4. Jaga Kenderaan Anda

 

check your car regularly

 

Cuaca panas bukan sahaja memberi kesan kepada badan tetapi juga pada kenderaan anda.

Pastikan enjin tidak overheat, air radiator mencukupi dan tayar berada dalam keadaan baik supaya anda tidak menghadapi sebarang masalah ketika mengambil job.

Tip: Parking kenderaan di tempat teduh untuk bantu kurangkan bahang dalam kenderaan.

 

5. Rancang Perjalanan Dengan Bijak

 

guna aplikasi GPS

 

Elakkan keluar pada waktu panas terik terutama pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

Anda boleh gunakan waktu ini untuk berehat dan cas semula tenaga.

💡 Tip: Gunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps untuk mencari laluan yang lebih lancar dan cepat.

Lagi kurang masa terperangkap dalam trafik, lagi kurang anda terdedah kepada cuaca panas!

 

Kekal Cool, Kekal Produktif

 

dua rakan pemandu Lalamove melihat telefon

 

Memandu dalam cuaca panas memang mencabar, tetapi dengan strategi yang betul, anda boleh terus kekal selesa dan produktif untuk mengambil job.

Kesihatan anda adalah yang paling utama. Bila badan fit, kerja pun jadi lebih mudah!

Dah daftar jadi rakan pemandu Lalamove? Kalau belum, jom daftar sekarang:

Daftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove

 

Jangan Lepaskan Peluang: Sertai Peraduan Misi Poket Penuh!

 

Panduan Lengkap Untuk Misi Poket Penuh Lalamove

 

Sambil anda bekerja keras di jalan raya, anda juga berpeluang untuk menang hadiah menarik sehingga RM25,000 melalui peraduan Misi Poket Penuh.

Apa yang anda perlu buat:

1️⃣ Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove

2️⃣ Daftar peraduan Misi Poket Penuh

3️⃣ Lengkapkan pesanan sebanyak yang anda boleh

Jom rebut peluang ini sekarang sebelum peraduan tamat!

Sertai Peraduan Misi Poket Penuh

 

Read more