#TipsRakanLala: 5 Cara Bijak Guna Aplikasi Lalamove Driver Yang Ramai Tak Tahu!
Sebagai rakan pemandu Lalamove, kelancaran setiap penghantaran bukan sekadar tentang sampai ke destinasi tepat pada masanya.
Cara anda menggunakan aplikasi juga boleh membantu hari bekerja anda menjadi lebih teratur.
Untuk #TipsRakanLala kali ini, kami nak kongsi LIMA cara bijak menggunakan aplikasi Lalamove Driver supaya hari anda sebagai rakan pemandu berjalan dengan lebih lancar:
1. Semak Peta Haba Sebelum Mula Terima Job

Nak tahu kawasan mana yang berpotensi mempunyai lebih banyak permintaan?
Bagi rakan pemandu Lalamove yang belum tahu, ciri Peta Haba membantu anda mengenal pasti kawasan yang mempunyai permintaan pesanan yang tinggi.
Jadi, daripada anda tunggu lama untuk job masuk di sesuatu kawasan, anda boleh semak ciri ini dan jadikan sebagai panduan.
🟠 Oren Pekat: Kawasan ini mempunyai permintaan pesanan yang tinggi. Anda boleh jimat lebih banyak masa dan tidak perlu menunggu job masuk dengan lama.
🟡 Kuning Cair: Kawasan ini mempunyai permintaan pesanan yang lebih rendah berbanding kawasan berwarna oren. Anda masih boleh menerima pesanan, tetapi mungkin perlu menunggu lebih lama untuk menerima job yang sesuai.
Tip: Semak Peta Haba setiap kali anda selesai menghantar pesanan.
2. Guna Ciri Penapis Pesanan Untuk Cari Pesanan Yang Sesuai
.jpg?width=350&height=700&name=New%20Lalamove%20Driver%20App%20Feature%20-%20Order%20Filter%20(3).jpg)
Mungkin tak semua pesanan sesuai dengan perjalanan atau kenderaan anda.
Sebab itu ciri Penapis Pesanan boleh jadi kawan baik anda semasa nak mula ambil job!
Dengan ciri ini, anda boleh menapis job yang sepadan dengan keperluan anda sahaja.
Daripada anda skrol dan semak setiap job satu persatu, aktifkan ciri ini untuk memudahkan anda melihat job yang masuk!
3. Cuba Ciri Pesanan Jarak Jauh Untuk Job Lebih Berbaloi
.jpg?width=350&height=700&name=New%20Lalamove%20Driver%20App%20Feature%20-%20Order%20Filter%20(1).jpg)
Kalau anda memang suka ambil job jarak jauh, jangan lupa manfaatkan ciri Pesanan Jarak Jauh ini!
Sebagai contoh, anda boleh menetapkan lokasi yang anda inginkan pada tab ‘Melebihi 50 km’.
Semak tab ini untuk melihat jika ada job yang sesuai dengan rancangan perjalanan anda.
4. Semak Butiran Sebelum Ambil Job

Anda nampak job dengan harga yang menarik? Jangan terus ambil sebelum anda semak perkara ini!
Perhatikan maklumat seperti:
- Lokasi pick-up dan drop-off
- Jenis pembayaran sama ada tunai atau dompet
- Nota daripada pelanggan
Ini membantu anda untuk memastikan job tersebut sesuai dengan keadaan anda.
5. Guna Live Chat Untuk Berhubung Dengan Pelanggan

Apa perlu buat jika anda dah terima job?
Anda boleh sahkan lokasi pick up dan drop off dengan pelanggan sebelum memulakan perjalanan.
Gunakan ruang sembang atau Live Chat di dalam aplikasi untuk menghubungi pelanggan atau hubungi mereka secara langsung melalui nombor telefon yang diberi.
Jika ada sebarang masalah ketika job sedang dijalankan, maklumkan kepada pelanggan dengan segera.
Guna Ciri Pintar, Kerja Jadi Lebih

Sebelum anda mula mengambil job hari ini, beri masa beberapa minit untuk menyemak perkara yang diperlukan seperti di atas.
Jom cuba ciri-ciri baru ini sekarang!
