3 Waktu Terbaik Untuk Ambil Job Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan merupakan peluang yang baik bagi rakan pemandu Lalamove untuk memaksimumkan pendapatan.
Dari menghantar makanan berbuka, barang dapur atau makanan moreh, anda boleh memanfaatkan waktu-waktu tertentu di bulan Ramadan untuk menjana lebih pendapatan.
Jom kita lihat waktu terbaik untuk maksimumkan pendapatan sepanjang bulan Ramadan ini!
1. Penghantaran Juadah Berbuka (4pm - 7pm)
Inilah waktu yang paling padu sepanjang bulan Ramadan!
Seperti yang kita tahu, ramai yang akan membeli juadah berbuka dari restoran atau gerai-gerai bazar.
Jadi, lagi dekat dengan waktu berbuka, lagi banyak pesanan yang anda akan dapat.
Gunakan peluang ini untuk maksimumkan pendapatan harian anda!
Tips Tambahan:
✅ Fokus pada kawasan bazar Ramadan dan restoran-restoran terkenal
✅ Jangan lupa bawa air dan kurma sebagai persediaan awal untuk berbuka
✅Elakkan penipuan - Rakan pemandu Lalamove tidak perlu membuat bayaran bagi pihak pelanggan
2. Penghantaran Moreh Dan Keperluan Sahur (8pm - 11pm)
Seperti biasa, selepas berbuka mesti ramai yang ingin memesan makanan manis seperti kuih-muih, kek dan sebagainya.
Selain itu, pada waktu ini juga ramai yang memesan keperluan untuk bersahur secara dalam talian.
Kalau anda masih bertenaga, memang berbaloi untuk mengambil dan menghantar pesanan pada waktu ini!
Tips Tambahan:
✅ Fokus pada kawasan perumahan dan restoran 24 jam
✅ Jangan lupa untuk berehat jika penat
3. Penghantaran Lewat Malam Hingga Subuh (12am - 6am)
Mungkin ada sesetengah rakan pemandu Lalamove tak sanggup untuk bekerja pada waktu ini.
Tapi kalau anda seorang ‘night owl’, ini adalah peluang yang terbaik!
Pada waktu ini, selalunya akan ada pelanggan yang ingin memesan makanan sahur last minute, terutama mereka yang terlajak tidur.
Selain itu, waktu ini juga sesuai untuk penghantaran segera daripada pembekal ke restoran-restoran yang ingin menambah barang mentah.
Tips Tambahan:
✅ Pastikan anda sudah berehat secukupnya sebelum mengambil pesanan
✅ Sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya
Jom Jana Pendapatan Dengan Bijak
Bulan Ramadan memang ada banyak peluang untuk rakan pemandu Lalamove menjana lebih banyak pendapatan, asalkan anda tahu waktu yang tepat.
Jadi, susun jadual anda dengan bijak dan manfaatkan masa yang ada!
Dan jangan lupa juga untuk menjaga kesihatan pada bulan Ramadan ini ya.
Berminat untuk menjadi rakan pemandu Lalamove? Jom daftar sekarang!
P/S: Jangan lupa untuk tonton filem pendek dari Lalamove sempena Ramadan dan Hari Raya ini: