Notis Privasi Calon

Tarikh: Disember 2025

Notis privasi ini (“Notis”) terpakai sekiranya anda sedang memohon pekerjaan dengan Lalamove. “Lalamove”, “kami”, “kita” dan “milik kami” merujuk kepada entitas tertentu dalam Kumpulan yang mencadangkan untuk mengambil anda sebagai pekerja pada tarikh anda menerima dokumen ini.


Apabila kami menggunakan istilah "Permohonan" anda dalam Notis ini, kami merujuk kepada permohonan anda untuk bekerja di Lalamove.

Untuk tujuan Notis ini, “Kumpulan” bermaksud Entiti Lalamove yang disenaraikan di https://www.lalamove.com/lalamove-entities (termasuk cawangan dan pejabat perwakilan), serta anak syarikat dan entiti gabungan berkaitan mereka di seluruh dunia.

Kami komited untuk melindungi dan menghormati privasi anda. Notis ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul dan wujudkan mengenai anda, tujuan kami menggunakan data tersebut, serta kepada siapa data itu boleh didedahkan. Notis ini juga menjelaskan hak anda berhubung data berkenaan serta siapa yang boleh anda hubungi untuk maklumat lanjut atau pertanyaan. Dalam Notis ini, maklumat anda dan maklumat lain yang anda berikan dirujuk sebagai “Data Peribadi”.

 

A.TENTANG NOTIS INI

Untuk tujuan undang-undang perlindungan data, kami adalah pengawal data/pengguna data berkenaan dengan Data Peribadi anda. Kami bertanggung jawab untuk memastikan bahawa penggunaan Data Peribadi anda mematuhi dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai di bidang kuasa tempat entiti majikan yang berkaitan berada.
     
Notis ini menetapkan asas Data Peribadi yang a nda berikan kepada kami, yang kami hasilkan, atau yang kami peroleh mengenai      anda dari sumber lain akan diproses ole kami. Sila luangkan masa untuk membaca dan memahami Notis ini.     

B.MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL TENTANG ANDA

Tertakluk kepada hak kami untuk menggunakan Data Peribadi anda atas sebab-sebab yang dinyatakan di bawah seksyen "PENGGUNAAN DATA PERIBADI / MAKLUMAT PERIBADI ANDA" di bawah, kami akan mengumpul dan memproses Data Peribadi anda seperti berikut:

(a) Maklumat Yang anda berikan kepada kami secara langsung. Anda mungkin memberikan maklumat kepada kami ketika anda membuat Permohonan awal. Maklumat ini boleh merangkumi: nama, usia, tarikh lahir, kewarganegaraan , nombor pengenalan, pihak berkuasa pengeluar ID, alamat, jantina, status perkahwinan, alamat e-mel dan nombor telefon peribadi, gambar, maklumat gaji atau jangkaan gaji, resume dan CV serta apa-apa maklumat berkaitan termasuk butiran pendidikan anda (contohnya nama dan lokasi institusi, jurusan, ijazah), pengalaman kerja, jawatan, kelayakan profesional, kemahiran bahasa, dan sebab anda memohon untuk bekerja dengan Lalamove, dan sebagainya.     

 

(b) Maklumat yang kami kumpulkan tentang anda. Ini termasuk maklumat yang dikumpulkan berkaitan dengan Permohonan           anda yang mungkin merangkumi:

  1.  Data Peribadi yang kami kumpulkan melalui komunikasi dan surat-menyurat anda dengan kami (termasuk kandungan, tarikh dan masa korespondensi e-mel Anda); dan

  2. maklumat yang diperoleh melalui sesi temu duga dan penilaian dengan anda.

 

(c) Informasi yang kami terima dari sumber lain. Kami juga bekerja sama rapat dengan pihak ketiga dan mungkin menerima maklumat mengenai anda daripada mereka. Maklumat ini lazimnya boleh termasuk: Data Peribadi yang kami perolehi melalui saringan, semakan latar belakang dan/atau semakan rujukan yang mungkin kami jalankan sebagai sebahagian daripada proses permohonan atau pengambilan, termasuk sejarah alamat anda, sejarah kredit anda, kelayakan akademik dan profesional, pengalaman memegang jawatan pengarah terdahulu (jika ada), serta maklumat rekod jenayah dan litigasi sivil.     


Sebagai subjek data, anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang lengkap, benar, dan tepat, bekerjasama sekiranya berlaku pelanggaran maklumat peribadi, dan bertanggungjawab ke atas perlindungan data peribadi anda. Anda juga hendaklah      memenuhi kewajiban lain seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

 

 

C. PENGGUNAAN DATA PERIBADI ANDA/ MAKLUMAT PERIBADI

Setakat yang perlu, kami boleh mengumpul, mendedahkan, dan memproses Data Peribadi anda dengan cara dan untuk tujuan berikut:


(a) untuk mempertimbangkan Permohonan anda (termasuk, dalam sesetengah keason mengesahkan kelayakan anda serta menjalankan semakan rujukan atau semakan latar belakang dengan pihak ketiga yang anda namakan);


(b) untuk memenuhi kewajiban undang-undang dan peraturan kami;


(c) untuk memudahkan pemantauan peluang sama rata; dan


(d) untuk mengekalkan hubungan dengan anda pada masa hadapan serta memaklumkan tentang kekosongan jawatan yang berkaitan dalam kalangan ahli Kumpulan yang mungkin menarik minat anda. Sila ambil perhatian bahawa jika anda tidak lagi ingin kami menyimpan maklumat anda, atau ingin mengemas kininya pada bila-bila peringkat, sila hubungi kami mengikut seksyen “HUBUNGI KAMI”.

 

 

Apabila kami menggunakan Data Peribadi anda, kami akan memastikan penggunaan tersebut mematuhi undang-undang yang terpakai dan undang-undang membenarkan serta memerlukan kami untuk menggunakan Data Peribadi bagi pelbagai sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada:


(a) anda telah memberikan persetujuan yang dimaklumkan kepada kami;


(b) kami perlu menggunakan Data Peribadi anda untuk mengambil langkah persediaan sebelum memasuki kontrak dengan anda, khususnya bagi mempertimbangkan anda untuk sesuatu jawatan di Lalamove;


(c) kami perlu menggunakan Data Peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan;


(d) kami perlu menggunakan Data Peribadi anda bagi memenuhi kepentingan sah kami, dan alasan kami untuk menggunakannya mengatasi sebarang prejudis terhadap hak perlindungan data anda, seperti untuk:

 

  1. membolehkan kami menilai kemahiran, kelayakan dan/atau kekuatan serta merit Permohonan anda serta kesesuaian anda untuk jawatan tersebut dengan berkesan;

  2. membolehkan kami mengesahkan maklumat anda dengan berkesan;

  3. membolehkan kami mentadbir dan mengurus operasi perniagaan kami dengan berkesan dan cekap;

  4. memastikan pendekatan yang konsisten terhadap pengambilan calon dalam Kumpulan di seluruh dunia;

  5. mengekalkan pematuhan terhadap dasar dan prosedur dalaman; atau

  6. membolehkan kami menghubungi anda berhubung Permohonan anda dan proses pengambilan;

(e) Data Peribadi anda diperlukan bagi tujuan mempertahankan, memulakan atau membuat tuntutan terhadap anda, kami atau pihak ketiga.


Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Permohonan anda berjaya dan anda kemudiannya ditawarkan serta menerima pekerjaan di Lalamove, maklumat yang dikumpulkan semasa proses permohonan dan pengambilan akan menjadi sebahagian daripada rekod pekerjaan anda.

 

D. KATEGORI KHUSUS DATA PERIBADI 

Jenis-jenis Data Peribadi terlakluk kepada perlindungan atau sekatan khusus oleh undang-undang di wilayah tertentu, dimana data tersebut dirujuk sebagai “Kategori Khusus dari Data Pribadi” atau istilah lain yang serupa. Sebagai contoh, rekod jenayah boleh dianggap sebagai Kategori Khusus Data Peribadi berdasarkan undang-undang yang berkenaan dan kami mungkin menggunakan data tersebut untuk tujuan semakan latar belakang anda.


Tertakluk pada undang-undang yang berkenaa, Kategori Khusus Data Peribadi mungkin merangkumi data yang pemrosesannya boleh    menimbulkan risiko ketara  terhadap hak dan kebebasan asas individu.


Kami hanya akan memproses Kategori Khusus Data Peribadi anda jika dibenarkan oleh undang-undang dan hanya jika salah satu darpadai syarat berikut dipenuhi:

  1. anda telah memberi persetujuan nyata dan jelas kepada kami untuk memproses data tersebut;

  2. pemrosesan diperlukan untuk melaksanakan kewajiban dan hak khusus kami di bidang undang-undang pekerjaan     , keselamatan sosial atau undang-undang perlindungan sosial (termasuk kewajiban berkaitan kesihatan dan keselamatan, diskriminasi kecacatan, kesahihan pekerja berkhidmat di bidang kuasa tertentu, yang mungkin pemrosesan data berkaitan dengan kewarganegaran, permit kerja dan visa, pemantauan kesamarataan rawatan dan peluang berasaskan kaum atau etnik, erta pemeriksaan later bila perlu);

  3. pemrosesan diperlukan untuk melindungi kesi hatan atau keselamatan anda dalam situasi kecemasan (atau orang lain) dimana a     nda tidak berupaya berupaya memberikan persetujuan secara fizikal atau sah;

  4. databerkenaan telah didedahkan kepada umum oleh anda;     

  5. pemprosesan diperlukan untuk tujuan berkaitan prosiding undang-undang sebenar atau yang berpotensi berlaku, bagi mendapatkan nasihat undang-undang atau bagi tujuan mewujudkan, melaksanakan atau mempertahankan hak undang-undang selaras dengan undang-undang tempatan yang berkenaan atau apabila mahkamah bertindak dalam kapasiti kehakiman;

  6. pemrosesan diperlukan atas alasan kepentingan awam yang besar berdasarkan undang-undang tempatan yang seimbang dengan tujuan yang dicapai danmengandungi langkah perlindungan yang sesui     ; atau

  7. pemrosesannya dibenarkan oleh undang-undang.

 

E. ENGUNGKAPAN MAKLUMAT ANDA

(a) Pengungkapan dalam Grup

Kami boleh      berkongsi Data Peribadi a     nda dengan      mana-mana ahli kumpulan kami untuk tujuan berikut:

  1. pengurusan dan pentadbiran perniagaan Kumpulan, termasuk penyelenggaran  pangkalan data berpusat yang menyimpan Data Peribadi;

  2. memungkinkan pelaksanaan fungsi yang dapat dilakukan oleh setiap entiti dalam Kumpulan berkait dengan keputusan Sumber Manusia di peringkat serantau atau global;      

  3. menilai pem atuhan terhadap undang-undang, peraturan serta dasar dan prosedur dalaman yang berkenaan berlaku, di seluruh perniagaan kami.

  4. mengekalkan amalan dan prosedur yang konsisten berhubung pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemindahan dan pemprosesan Data Peribadi di semua syarikat dalam Kumpulan di seluruh dunia, termasuk rakaman, pengurusan dan pentadbiran Data Peribadi secara berkesan;

  5. mengekalkan amalan dan prosedur yang konsisten berhubung pengambilan pekerja di seluruh Kumpulan, termasuk pelaksanaan fungsi sumber manusia dan fungsi lain dalam Kumpulan.Kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda hanya diakses oleh kakitangan kami yang mempunyai keperluan sah bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini dan bahawa mereka tertakluk kepada kerahasiaan yang sewajarnya dan hanya menggunakan data untuk tujuan yang dijelaskan dalam Notis  ini.

 

(b) Pengungkapan kepada pihak ketiga

Kami juga boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga terpilih di luar Kumpulan kami dalam keadaan berikut:

  1. sejauh yang diwajibkan oleh undang-undang, jika kami perlu mendedahkan atau berkongsi Data Peribadi anda untuk mematuhi kewajiban undang-undang, menetapkan, melaksanakan, atau mempertahankan hak undang-undang kami atau untuk menguatkuasakan dasar dasar privasi dan perjanjian lain kami, atau untuk melindungi hak, atau harta Kumpulan kami. Ini termasuk pertukaran maklumat dengan syarikat dan organisasi lain untuk tujuan pencegahan risiko penipuan atau perlindungan jenayah dan pengurangan risiko; dan

  2. kepada agen dan kontraktor pihak ketiga, yang  terikat oleh kewajiban kerahasiaan, berhubungan pemrosesan Data Peribadi      anda bagi tujuan-tujuan yang dijelaskan dalam Notis ini. Ini boleh termasuk penyedia perkhidmatan dan perunding SDM yang       disumbar luar, pemeriksaan latar belakang dan rujukan, penyedia layanan IT dan komunikasi, firma guaman, akauntan, dan juruaudit          

F. DI MANA KAMI MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA / PEMINDAHAN ANTARABANGSA

Data Peribadi anda mungkin dipindahkan antara entiti Kumpulan kami dan kepada pelbagai entiti dalam rangkaian kami serta boleh  diakses oleh kakitangan yang dibenarkan oleh kami dan dalam keadaan terhad oleh pihak ketiga yang berkaitan, di luar bidang kuasa asal tempat Data Peribadi tersebut dikumpulkan (“Bidang Kuasa Asal”) serta di dalamnya, bagi tujuan yang dinyatakan di atas.

 

Apabila kamai memindahkan Data Peribadi anda ke luar Bidang Kuasa Asal, data tersebut akan dilindungi dengan tahap perlindungan    yang serupa dengan perlindungan yang diberikan oleh kami di Bidang Kuasa Asal. Perlindungan ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara, antaranya:


(a) destinasi pemindahan Data Peribadi anda telah diluluskan oleh pihak berkuasa di Bidang Kuasa Asal sebagai mempunyai tahap perlindungan yang mencukupi  ;


(b) penerima telah menandatangani kontrak berdasarkan format standard yang diluluskan atau disyorkan oleh pihak berkuasa Bidang Kuasa Asal,  yang mewajibkan mereka untuk melindungi Data Peribadi anda; atau


(c) pendekatan lain yang diluluskan atau disyorkan oleh oleh pihak berkuasa Bidang Kuasa Asal.


Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda juga dapat diproses oleh individu yang beroperasi di luar Bidang Kuasa Asal dan      bekerja dengan kami atau dengan penyedia perkhidmatan kami.


Dalam semua keadaan , kami akan memastikan bahawa setiap pemindahan Data Peribadi anda mematuhi dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan.


Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Data Peribadi anda apabila ia dipindahkan ke luar Bidang Asal dengan menghubungi kami mengikut butiran yang dinyatakan di bahagian “HUBUNGI KAMI” di bawah ini.

 

G. KESELAMATAN DATA PERIBADI

Kami telah melaksanakan standard teknologi dan keselamatan operasi yang diterima secara umum bagi melindungi Data Peribadi      anda dari akses, penggunaan, pemrosesan, perubahan, pendedahan, pemindahan, pemadaman, atau kehilangan yang tidak disengaja, tidak dibenarkan, atau menyalahi undang-undang. Walaupun kami menggunakan langkah-langkah keselamatan yang sesuai setelah kami menerima Data Peribadi anda, penghantaran data melalui internet (termasuk melalui e-mel) tidak pernah benar-benar selamat. Kami berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda tetapi kami tidak dapat menjamin keselamatan data yang dihantar kepada atau oleh kami. 


Kami akan bertanggung jawab atas sebarang kegagalan sistem fizikal, teknologi, atau kesilapan pengurusan yang dapat mengakibatkan pendedahkan tanpa kebenaran atau kompromi terhadap Data Peribadi anda. Kami juga akan memaklumkan kepada      anda sekiranya berlaku pelanggaran yang boleh menjejaskan privasi atau keselamatan Data Peribadi anda, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.
               .
Kami akan menilai impak keselamatan Data Peribadi secara berkala untuk memastikan pematuhan prinsip  asas keselamatan data           serta apabila terdapat keperluan baharu yang berkuat kuasa dan mengikat secara undang-undang. Tindakan yang sesuai akan diambil bagi melindungi Data Peribadi.


Semua maklumat yang anda berikan kepada kami disimpan di pelayan selamat kami atau maklumat oleh penyedia layanan pihak ketiga yang boleh dipercayai. Jika kami telah memberikan kepada anda (atau jika anda telah memilih) kata laluan yang membolehkan   anda untuk mengakses perkhidmatan tertentu dalam sistem IT kami, anda bertanggung jawab untuk memastikan kerahasiaan kata laluan tersebut dan ia tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa.

 

H. JANGKA WAKTU PENYIMPANAN

Menjadi dasar kami untuk tidak menyimpan Data Peribadi lebih lama dari yang diperlukan untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan atau digunakan.


Tempoh penyimpanan akan ditentukan berdasarkan kriteria berikut:


(a) tujuan penggunaan Data Peribadi anda – kami akan menyimpan data selama diperlukan untuk tujuan tersebut; dan


(b) kewajiban perundangan – undang-undang atau peraturan mungkin menetapkan minimum menyimpan Data Peribadi anda.


Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mengekalkan maklumat anda bagi mempertimbangkan l anda untuk jawatan atau peluang pekerjaan lain di Lalamove pada masa hadapan yang mungkin sesuai atau relevan untuk anda. Jika anda tidak lagi ingin kami menyimpan maklumat anda atau ingin mengemaskininya pada bila-bila masa, silakan hubungi kami mengikut kaedah yang dinyatakan   dalam seksyen "HUBUNGI KAMI" di bawah.

I. HAK ANDA

Anda mempunyai beberapa hak di bawah undang-undang berhubung Data Peribadi yang kami simpan mengenai anda. Hak ini mungkin berbeza mengikut bidang kuasa, namun lazimnya merangkumi perkara berikut:


(a) hak untuk mendapatkan maklumat mengenai pemrosesan Data Peribadi anda serta hak mengakses Data Peribadi yang kami  simpan mengenai anda;


(b) hak untuk menarik  balik persetujuan anda atas pemrosesan Data Peribadi oleh kami pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin masih berhak untuk memproses Data Peribadi anda jika terdapat asas sah (selain persetujuan) yang kami gunakan bagi tujuan tersebut;


(c) hak untuk meminta pembetulan Data Peribadi anda jika ia tidak tepat atau tidak lengkap;


(d) hak untuk meminta penghapus Data Peribadi anda dalam keadaan tertentu. Namun, terdapat keadaan tertentu di mana anda meminta penghapusan Data Peribadi tetapi kami secara sah berhak untuk mengekalkannya;
                         
(e) hak untuk membantah dan hak untuk meminta pembatasan pemrosesan Data Peribadi oleh kami dalam keadaan tertentu. Sekali lagi, mungkin ada keadaan dimana anda membantah, atau meminta  pembatasan, pemrosesan tetapi kami berhak secara sah untuk terus memproses Data Peribadi anda dan/atau menolak permintaan i tersebut; dan


(f) hak untuk membuat aduan kepada pengawal selia perlindungan data yang berwibawa sekiranya anda percaya bahawa hak anda telah dilanggar oleh kami.


Anda dapat menggunakan hak anda pada bila-bila masa selaras dengan undang-undang yang terpakai dengan menghubungi kami melalui butiran yang dinyatakan dalam seksyen “HUBUNGI KAMI” di bawah ini. Namun, sila ambil perhatian bahawa mungkin terdapat keadaan dimana kami secara sah berhak untuk menolak permintaan anda (contohnya, jika anda meminta kami memadam Data Peribadi tetapi undang-undang mewajibkan kami untuk mengekalkannya).


Tiada apa-apa dalam Notis ini yang boleh mengehadkan atau menjejaskan hak anda berkaitan Data Peribadi di bawah undang-undang yang terpakai.

 

J. PERUBAHAN PADA NOTIS PRIVASI KAMI

Kami berhak untuk mengemas kini Notis ini pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, kami akan memastikan versi terkini tersedia dan boleh diperoleh dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.                    

K. HUBUNGI KAMI

Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai pengumpulan, penggunaan, pendedahkan, pemindahan atau pemrosesan Data Peribadi anda atau ingin melaksanakan mana-mana hak yang dinyatakan dalam Notis ini, silakan hubungi kami di hr.dataprivacy@lalamove.com

 

L. BAHASA YANG DIGUNA PAKAI

Notis ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, perbezaan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan, versi Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan dan akan mengatasi versi terjemahan tersebut. Terjemahan hanya disediakan untuk kemudahan serta tujuan maklumat sahaja.