Insurans kemalangan diri percuma untuk rakan penghantar Lalamove

Perlindungan Insurans Kemalangan Percuma Dengan Setiap Job Penghantaran

Lalamove telah bekerjasama dengan Chubb Insurance Malaysia Berhad (Chubb) untuk menawarkan polisi insurans kemalangan dengan setiap pesanan penghantaran untuk anda.

 

Bilakah Anda Akan Dilindungi Di Bawah Polisi Ini?

Perlindungan dari polisi ini akan diaktifkan jika anda menerima tugas penghantaran dari aplikasi Lalamove dan memenuhi penghantaran tersebut.

Sila rujuk rajah berikut untuk melihat tempoh perlindungan:

Tempoh perlindungan insurans Lalamove

Jadual Manfaat

Jadual manfaat Chubb untuk rakan penghantar Lalamove

Nota: Kejadian berikut mesti terjadi dalam jangkamasa dua belas (12) bulan dari tarikh insiden

 

Bagaimana Caranya Untuk Membuat Tuntutan Insurans?

Pastikan anda membuat tuntutan dalam masa 30 hari dari tarikh insiden.

Sila isikan borang tuntutan Chubb yang boleh didapati di sini dan sediakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

Dokumen sokongan untuk tuntutan Chubb

Serahkan borang tuntutan anda yang lengkap kepada A&HClaimsConnect.MY@Chubb.com

Soalan-Soalan Lazim

img_FAQ (1)
Adakah anda perlu mempunyai penghantaran Lalamove yang aktif untuk menerima perlindungan insurans ini?

Ya, hanya rakan penghantar Lalamove dengan status 'Bekerja' dan sedang memenuhi penghantaran layak menerima polisi perlindungan insurans ini.

Apakah pengecualian-pengecualian yang terkandung dalam polisi ini?

Chubb tidak akan membayar manfaat termasuk kehilangan, kerosakan, liabiliti, kejadian atau kecederaan tubuh yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh:

- Peperangan, pemberontakan, atau pencerobohan

- Sebarang kecederaan diri yang disengajakan, bunuh diri, salah laku cuai atau sebarang tindakan yang haram atau jenayah yang dilakukan oleh Pemegang Polisi atau Orang Tertanggung

- Orang Tertanggung terlibat dalam perkhidmatan atau operasi tentera laut, tentera atau tentera udara

- Keganasan

Bilakah anda akan menerima status penerimaan atau penolakan tuntutan?

Chubb akan mengambil masa sehingga 10 hari untuk memberitahu anda sama ada tuntutan anda diterima atau ditolak.

Siapakah yang anda perlu hubungi untuk sebarang pertanyaan mengenai polisi insurans ini?

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Chubb di 1 800 88 2846. Anda juga boleh menghubungi Lalamove melalui Live Chat dalam aplikasi Lalamove Driver.

Daftar Sebagai Rakan Penghantar Lalamove