banner skor kualiti perkhidmatan lalamove-3

Hai Rakan Penghantar Lalamove!

Kami menggalakkan pengalaman interaksi yang selamat dan positif di antara anda dan pengguna Lalamove. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan ciri Skor Kualiti Perkhidmatan. Sistem pemarkahan ini menggabungkan prestasi anda sebagai rakan penghantar dan penilaian pengalaman pengguna.

Skor Kualiti Perkhidmatan ini dibahagikan kepada 4 kategori:

Berikut adalah beberapa tips anda boleh gunakan untuk menambah baik Skor Kualiti Perkhidmatan anda:

  • Jangan batalkan pesanan. Kadar pesanan yang dilengkapkan adalah sangat penting
  • Pastikan anda tepat pada waktu untuk pengambilan dan penghantaran
  • Sentiasa berkomunikasi dengan positif bersama pelanggan. Anda digalakkan untuk memaklumkan kepada mereka tentang status pengambilan dan penghantaran anda
  • Sentiasa patuhi SOP dan peraturan penghantaran
  • Baca dan fahami Garis Panduan Komuniti Lalamove agar anda ambil maklum perkara yang dibenarkan sebagai rakan penghantar Lalamove

Skor Kualiti Perkhidmatan akan mula berkuatkuasa 12 April 2022

img-about-us
Apakah perkara yang boleh mempengaruhi nilai kualiti perkhidmatan?

Secara amnya, nilai kualiti perkhidmatan boleh dipengaruhi oleh perkara berikut:

  • Kadar pesanan yang dilengkapkan
  • Mematuhi SOP dan peraturan yang berkenaan
  • Penilaian daripada pengguna
  • Memastikan keselamatan untuk diri sendiri dan orang lain
Apakah kesan skor rendah untuk kualiti perkhidmatan?

Kami ingin memastikan Platform Lalamove dapat memberikan keselamatan, sifat saling menghormati dan tingkah laku positif kepada semua pengguna, termasuk rakan penghantar dan pelanggan. Penilaian kualiti perkhidmatan yang rendah akan menghadkan akses dan pengalaman anda dalam aplikasi seperti akaun digantung buat sementara waktu atau selamanya.

Bagaimana cara untuk meningkatkan nilai kualiti perkhidmatan?

Memberikan servis terbaik dan menjadi rakan penghantar Lalamove yang aktif seperti:

  • Tidak membatalkan pesanan
  • Sentiasa sopan dan menghormati pelanggan sama ada pelanggan atau peniaga
  • Berkomunikasi dengan baik kepada pelanggan atau peniaga
  • Memastikan penghantaran barangan dapat berjalan baik sehingga diterima oleh penerima
Apakah perbezaan Rating Pengguna dan Kualiti Perkhidmatan?

Rating Pengguna adalah penilaian dari pengguna berdasarkan pengalaman pesanan yang dibuat dan penilaian pengguna diberikan markah antara 0 sehingga 5. Manakala, Kualiti Perkhidmatan adalah gabungan Rating Pengguna serta prestasi menyeluruh rakan penghantar (patuh kepada SOP, kadar pembatalan pesanan, aktiviti penipuan, dan sebagainya) Penilaian Kualiti Perkhidmatan adalah berdasarkan skala pernilaian Tidak Memuaskan, Memuaskan, Bagus dan Cemerlang.