Soalan-Soalan Lazim

icn_banner_faq-01
You are in...
Am
Di manakah kawasan liputan perkhidmatan Lalamove?

Kami boleh menghantar ke mana-mana saja di Lembah Klang. Kami juga mempunyai liputan di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Johor. Jika anda ingin menghantar lebih jauh, anda boleh gunakan 4 x 4, van dan lori kami untuk menghantar dari Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor ke mana-mana saja di Semenanjung Malaysia.

Am
Di mana saya boleh melihat anggaran masa penghantaran?

Anda boleh melihat anggaran masa penghantaran dalam aplikasi sebaik sahaja pesanan anda dipadankan.

Am
Apakah waktu penghantaran Lalamove?

Lalamove beroperasi 24/7 untuk anda. Kami adalah pakar penghantaran on-demand dan servis kurier hari yang sama, memadankan anda dengan rakan penghantar terdekat dalam beberapa saat sahaja.

Pilih Lalamove untuk penghantaran ekspres dan segera, bila-bila masa.

Am
Bolehkah penerima saya membayar untuk penghantaran?

Ya, penerima boleh membayar pesanan. Anda hanya perlu tulis pada bahagian kenyataan untuk memaklumkan rakan penghantar bahawa amaun akan dibayar di lokasi penghantaran. Sila pastikan anda telah memilih bayaran tunai sebagai kaedah pembayaran.

Am
Bolehkah rakan penghantar Lalamove membuat pembelian dari mana-mana untuk saya?

Kami menawarkan perkhidmatan Buy4U. Sila ambil maklum bahawa Buy4U hanya disediakan di Lembah Klang dengan pesanan motosikal sahaja. Anda boleh membuat pilihan seperti di bawah:

Jumlah pembelian antara RM 0 - RM 25
Jumlah pembelian antara RM 25 - RM 50
Jumlah pembelian antara RM 51 - RM 75
Jumlah pembelian antara RM 75 - RM 100

Sila pilih Buy4U bila anda membuat pesanan. Anda juga boleh memaklumkan rakan penghantar mengenai barangan yang ingin dibelikan oleh mereka di bahagian ‘Nota’.

Am
Bagaimana caranya untuk membuat pesanan di aplikasi web?

Layari laman web https://web.lalamove.com/ dan log masuk ke akaun anda. Anda kini boleh membuat pesanan.

Am
Apakah waktu operasi perkhidmatan pelanggan Lalamove?

Waktu operasi perkhidmatan pelanggan kami adalah:

Isnin - Ahad: 8am - 10pm

Am
Bagaimana caranya untuk mendaftar Akaun Perniagaan Lalamove?

Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang di laman perniagaan kami.

Am
Saya ingin menghantar pesanan dalam kuantiti banyak. Bagaimana Lalamove boleh membantu saya?

Kami berpengalaman membantu perniagaan dengan penghantaran dalam kuantiti banyak. Jika anda sedang mencari penyelesaian automatik, penyelesaian teknikal API kami dapat memautkan perisian penghantaran kami dengan sistem anda untuk mengautomasikan penjadualan pesanan.

Am
Bagaimana caranya untuk membuat pesanan dengan lebih dari satu lokasi penghantaran?

Klik “+ Tambahkan lokasi penghantaran” untuk menambah lokasi penghantaran. Anda boleh menambah sehingga 20 lokasi untuk satu pesanan.

Anda juga boleh menyusun semula turutan lokasi penghantaran mengikut keperluan anda.

Am
Saya ingin penerima membayar untuk pesanan. Bagaimana caranya?

Anda hanya perlu tulis pada bahagian kenyataan untuk memaklumkan rakan penghantar bahawa amaun akan dibayar di lokasi penghantaran. Sila pastikan anda telah memilih bayaran tunai sebagai kaedah pembayaran.

Am
Bagaimana caranya untuk menyemak status penghantaran?

Anda boleh semak lokasi rakan penghantar melalui laman pesanan dalam aplikasi. Anda boleh melihat lokasi rakan penghantar pada masa nyata dan mendapat notifikasi segera apabila pesanan anda telah diselesaikan.

Anda juga boleh menghantar maklumat penjejakan pesanan kepada pelanggan anda dengan klik butang kongsi pada laman pesanan. Dengan ini, pelanggan anda boleh mengetahui status penghantaran dan anggaran masa ketibaan.

Am
Bagaimana caranya untuk mengeluarkan resit pesanan?

Anda perlu mengaktifkan ciri “Terima E-resit” dalam laman tetapan anda untuk mendapatkan e-resit untuk setiap pesanan. Sila masukkan e-mel anda untuk menerima e-resit.

Am
Bagaimana caranya untuk menambah staf dalam akaun perniagaan saya?

Staf anda perlu memiliki akaun Lalamove persendirian dulu. Selepas itu, anda perlu memohon dengan perkhidmatan pelanggan untuk menambahkan staf anda dalam akaun perniagaan.

Am
Bagaimana staf saya dapat mengakses rekod untuk semua pesanan?

Hanya staf dengan kelulusan super admin/manager boleh mengakses semua rekod pesanan.

Am
Bagaimana caranya untuk menyambungkan sistem syarikat saya dengan Lalamove menerusi API?

Sila hubungi Pengurus Akaun anda dan kami akan bekerjasama untuk menghubungkan API dengan syarikat anda!

Am
Apakah maksud anggaran masa penghantaran?

Setelah pesanan anda berjaya dipadankan, anda akan melihat anggaran masa ketibaan di lokasi pengambilan pada peta. Sebaik sahaja rakan penghantar mengambil barang anda, masa yang disenaraikan ialah anggaran masa ketibaan ke lokasi penghantaran.

Sila ambil maklum bahawa masa yang disenaraikan adalah untuk rujukan sahaja dan boleh berubah atas sebab-sebab yang tidak dijangka seperti masalah lalu lintas dan cuaca.

Am
Apakah industri yang disokong Lalamove?

Lalamove membantu perniagaan dari pelbagai industri dengan keperluan penghantaran mereka. Dari industri makanan dan minuman (F&B) dan e-Dagang ke perniagaan runcit, perabot, pembinaan, dan lain-lain, kami mempunyai penyelesaian penghantaraan dan flit kenderaan yang bersedia membantu perniagaan anda.

Am
Apakah ciri-ciri Akaun Perniagaan Lalamove yang dapat membantu perniagaan saya?

Mengurangkan kos operasi:

Tanpa flit kenderaan dan pasukan pemandu, anda dapat berjimat daripada membeli kenderaan, penyelenggaraan kenderaan dan kos overhed. Anda hanya perlu mengupah pemandu kami secara sepenuh atau separuh masa. Dapatkan penjimatan dengan menggunakan kami bila diperlukan saja!

Berjimat lebih dengan penghantaran pelbagai hentian!

Ciri pelbagai hentian kami membolehkan peniaga untuk menghantar barangan mereka ke 20 lokasi berbeza dalam satu perjalanan! Pengurangan pergerakan dan tenaga bermaksud kos operasi yang lebih rendah, membolehkan kami untuk memastikan caj penghantaran rendah untuk anda.

Sistem API (Application Programming Interface) yang mudah


Tiada lagi penyerahan pesanan secara manual kepada kami. Sistem automatik kami menghubungkan sistem anda dengan kami, supaya pesanan boleh diproses 24/7 apabila ia masuk!

Am
Adakah terdapat sebarang promosi istimewa untuk pengguna perniagaan?

Kami membantu anda berjimat dengan ganjaran akaun perniagaan yang tiada tandingan, bila anda berdaftar atau tambah nilai! Baca lebih lanjut tentang ganjaran perniagaan kami.

Klien perniagaan kami juga akan menerima perkhidmatan pengurusan akaun percuma, dan juga sokongan berterusan dari pihak jualan dan perkhidmatan pelanggan kami.

Am
Apakah had saiz dan berat untuk barangan penghantaran?

Had saiz bergantung kepada jenis kenderaan yang anda pilih!

Sila rujuk laman harga kami untuk maklumat lanjut mengenai had saiz dan berat barang penghantaran.

Am
Adakah anda menyediakan penyata bulanan?

Ya, setelah anda mendaftar untuk akaun perniagaan Lalamove, kami akan menyediakan penyata bulanan pada setiap hujung bulan untuk menjejaki semua bayaran kredit anda.

Am
Adakah Lalamove diintegrasi dengan mana-mana platform E-dagang dan menawarkan aplikasi/sambungan?

Ya, kami diintegrasi dengan Shopify dan WooCommerce. Sila muat turun aplikasi Lalamove Shopify. Untuk WooCommerce, sila hubungi kami di channelpartnerships.fd@lalamove.com

Am
Apakah ciri-ciri yang disediakan dengan integrasi API?

1. Boleh digunakan di serata Asia Tenggara dan Amerika Latin
2. Penempatan pesanan yang lancar daripada sistem anda kepada sistem kami
3. Buat pesanan dari satu lokasi ke lokasi lain serta penghantaran pelbagai hentian
4. Buat pesanan dengan segera atau jadualkan masa pengambilan sehingga 30 hari lebih awal
5. Sebut harga segera yang menunjukkan pecahan untuk jarak dan bayaran penghantaran
6. Menyokong pembatalan pesanan
7. Dapatkan kemas kini status penghantaran secara automatik dengan mudah dan segera melalui Webhook
8. ShareLink untuk berkongsi kemaskini status penghantaran kepada pihak ketiga
9. Padanan segera dengan rakan penghantar
10. Dapatkan lokasi masa nyata untuk rakan penghantar
11. Pendaftaran diri yang mudah untuk menggunakan API kami
12. Bukti penghantaran
13. Flit Korporat untuk menguruskan “Rakan Penghantar Kegemaran Sahaja” dan “Flit Kegemaran Didahulukan”

Am
Adakah API Lalamove boleh mengendalikan pesanan pelbagai hentian?

Ya, sistem API kami membolehkan anda untuk membuat pesanan pelbagai hentian dengan menambah lokasi penghantaran dan maklumat untuk dihubungi. Anda boleh menambah sehingga 19 lokasi penghantaran dan 1 lokasi pengambilan. Sila ambil maklum bahawa rakan penghantar akan mengikut susunan lokasi penghantaran yang anda berikan.

Am
Adakah saya akan dimaklumkan apabila terdapat sebarang penukaran status pesanan melalui API?

API kami dapat menyediakan status terkini secara proaktif dengan Webhook yang memberitahu anda apabila terdapat situasi penting supaya anda boleh menerima maklumat dengan mudah dan segera. Buat masa sekarang, kami akan memaklumkan anda untuk 4 situasi berbeza:

1. Apabila status pesanan berubah

2. Bila baki dompet berubah

3. Bila jumlah pesanan diubah (contoh: tip, pelarasan bayaran)

4. Bila pesanan yang sama dibuat semula

Am
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk sokongan teknikal?

Anda boleh hubungi kami di partner.support@lalamove.com atau melalui LiveChat yang berada di bawah bahagian kanan di laman https://partnerportal.lalamove.com

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak membuat pesanan?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat pesanan:

1. Masukkan alamat untuk pengambilan dan penghantaran

Anda boleh pilih untuk membuat pesanan segera atau berjadual sekiranya perlu.
Pesanan segera: Rakan penghantar akan mengambil pesanan dalam masa 30 minit
Pesanan berjadual: Anda boleh menjadualkan masa pengambilan dari 30 minit hingga ke 30 hari

Jika anda ingin menambah pelbagai hentian, klik pada “+ Tambah lokasi penghantaran” untuk menambah hentian. Anda boleh menambah sehingga 20 hentian pada pesanan yang sama.

2 - Pilih jenis kenderaan

Nilaikan saiz penghantaran anda dan pilih jenis kenderaan yang anda inginkan.
Jika anda tidak pasti tentang kapasiti untuk setiap jenis kenderaan, klik butang di sudut kanan atas untuk maklumat lanjut

3 - Pilih perkhidmatan tambahan

Anda juga boleh memilih perkhidmatan tambahan (seperti menambah Lalabag, Buy4U, dan sebagainya) mengikut keperluan anda

4 - Tambah sebarang maklumat dan sahkan tempahan

Sekiranya terdapat sebarang maklumat tambahan yang ingin anda sampaikan kepada rakan penghantar, anda boleh tambah di laman seterusnya! Pastikan anda sahkan maklumat perhubungan dan pilih kaedah pembayaran. Sekiranya anda memiliki kupon atau kod diskaun, anda juga boleh menambah di laman tersebut.

Setelah selesai, klik “Buat pesanan” dan kami akan padankan anda dengan rakan penghantar.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak jadualkan pesanan?

Untuk menjadualkan pesanan, klik “Masa Pengambilan” pada laman membuat pesanan dan pilih “Kemudian”. Anda kini boleh memilih masa pengambilan dari 30 minit sehingga 30 hari kemudian.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak membuat pesanan yang mempunyai lebih daripada satu lokasi penghantaran?

Klik “+ Tambah lokasi penghantaran” untuk menambah lokasi penghantaran. Anda boleh menambah sehingga 20 lokasi untuk satu pesanan.

Anda juga boleh menarik dan menyusun semula turutan lokasi penghantaran berdasarkan keperluan anda.

Membuat Pesanan
Bagaimana rakan penghantar kegemaran saya boleh mengambil pesanan saya?

Jika anda mempunyai rakan penghantar kegemaran yang disimpan dalam akaun anda, anda boleh meminta rakan penghantar kegemaran anda untuk mengambil pesanan anda dahulu.

Untuk berbuat demikian, pada laman “Tambah lebih maklumat”, anda boleh tekan butang “Rakan penghantar kegemaran dahulu” dan pesanan anda akan dilihat oleh rakan penghantar kegemaran anda dahulu. Namun, sekiranya tiada rakan penghantar kegemaran yang online atau tersedia, pesanan anda akan diambil oleh rakan penghantar lain.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak menghubungi rakan penghantar?

Setelah anda dipadankan dengan rakan penghantar, anda boleh melihat maklumat rakan penghantar tersebut. Rakan penghantar juga akan menghubungi anda melalui panggilan telefon untuk sahkan pesanan.

Sekiranya anda ingin menghubungi rakan penghantar, anda boleh klik butang “Chat” atau “Call” di bawah maklumat rakan penghantar untuk menggunakan ciri berbual dalam aplikasi atau menelefon rakan penghantar.

Membuat Pesanan
Berapa lama masa untuk rakan penghantar tiba di lokasi pengambilan?

Setelah pesanan anda berjaya dipadankan, anda akan melihat anggaran masa ketibaan dalam peta. Sebaik sahaja rakan penghantar mengambil barang anda, masa yang disenaraikan ialah anggaran masa ketibaan ke lokasi penghantaran.

Sila ambil maklum bahawa masa yang disenaraikan adalah untuk rujukan sahaja dan boleh berubah atas sebab-sebab yang tidak dijangka seperti masalah lalu lintas dan cuaca.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak menyemak status penghantaran?

Anda boleh semak lokasi rakan penghantar melalui laman pesanan dalam aplikasi. Anda boleh melihat lokasi rakan penghantar pada masa nyata dan mendapat notifikasi segera apabila pesanan anda telah diselesaikan.

Anda juga boleh menghantar maklumat penjejakan pesanan kepada pelanggan anda dengan klik butang kongsi pada laman pesanan. Dengan ini, pelanggan anda boleh mengetahui status penghantaran dan anggaran masa ketibaan.

Membuat Pesanan
Apakah jenis-jenis status penghantaran yang ada?

Setiap status adalah status pesanan pada masa nyata. Beberapa status yang boleh muncul pada pesanan anda adalah:

Pada aplikasi mudah alih:
Mencari rakan penghantar: Kami sedang memadankan rakan penghantar untuk pesanan anda
Menunggu rakan penghantar: Pesanan anda telah dipadankan dengan rakan penghantar dan rakan penghantar sedang menuju ke lokasi pengambilan
Dalam perjalanan: Rakan penghantar telah tiba di lokasi pengambilan
Dalam penghantaran: Rakan penghantar telah tiba di lokasi penghantaran
Mengesahkan Bil: Rakan penghantar telah selesai menghantar pesanan dan mengesahkan bil akhir
Bil Selesai: Rakan penghantar telah menghantar bil akhir
Selesai: Penghantaran telah selesai dan bayaran telah dijelaskan
Dibatalkan: Pesanan anda telah dibatalkan

Pada aplikasi web
Padanan: Kami sedang memadankan rakan penghantar untuk pesanan anda
Sedang berlangsung: Pesanan anda telah dipadankan dengan rakan penghantar dan rakan penghantar sedang menuju ke lokasi pengambilan
Pengambilan Selesai: Rakan penghantar telah mengambil barang anda dan menuju ke lokasi penghantaran
Mengesahkan Bil: Rakan penghantar telah selesai menghantar pesanan dan mengesahkan bil akhir
Bil Selesai" Rakan penghantar telah menghantar bil terakhir dan menunggu pembayaran daripada pelanggan
Selesai: Penghantaran telah selesai dan bayaran telah diselesaikan
Dibatalkan: Pesanan anda dibatalkan

Membuat Pesanan
Bagaimana penerima boleh melihat status penghantaran terkini?

Anda boleh berkongsi pesanan dengan penerima di halaman pesanan. Klik pada butang "Kongsi" pada laman pesanan dan penerima akan menerima penjejakan masa nyata penghantaran.

Membuat Pesanan
Saya memerlukan rakan penghantar untuk membantu saya memindahkan barangan. Apakah perkhidmatan tambahan yang saya perlu ambil?

Pilih perkhidmatan "Pintu-ke-Pintu". Rakan penghantar dan pembantu (jika dipilih) akan memindahkan barang dari kenderaan ke premis dan sebaliknya.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak memberi rating kepada rakan penghantar?

Kami mengambil berat tentang pengalaman penghantaran anda. Oleh itu, setelah pesanan selesai, anda akan diminta untuk menilai rakan penghantar. Sekiranya anda ingin menilai rakan penghantar pada masa lain, anda boleh ke laman pesanan dan menilai rakan penghantar bila-bila masa sahaja.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak mengubah rating rakan penghantar?

Maaf, anda tidak boleh mengubah rating rakan penghantar yang telah dihantar. Sekiranya perlu, sila hubungi  perkhidmatan pelanggan kami untuk perubahan penilaian.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak mendapatkan bukti e-tandatangan pesanan?

Anda boleh buka laman tetapan dalam aplikasi dan aktifkan butang “Terima e-tandatangan”. Pesanan anda kini memerlukan penerima untuk menandatangani resit.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak melihat gambar pesanan yang dimuat naik oleh rakan penghantar dalam aplikasi?

Sekiranya anda ingin melihat gambar yang dimuat naik oleh rakan penghantar, anda boleh klik pada pesanan. Anda akan melihat gambar yang dimuatnaik di bawah lokasi Penghantaran.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Bagaimana hendak mengubah maklumat pesanan?

Sekiranya anda ingin mengubah pesanan, anda hanya dibenarkan untuk mengubah lokasi penghantaran. Anda boleh berbuat demikian dengan klik butang Edit di bawah lokasi penghantaran. Anda akan dapat mengubah maklumat pesanan sekali saja.

Sekiranya anda perlukan bantuan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Bagaimana hendak mengubah rakan penghantar?

Anda boleh klik pada ikon di sudut kanan atas pada laman pesanan dan pilih “Cari Rakan Penghantar Baru”. Setelah diubah, pesanan anda akan sedia untuk diambil oleh rakan penghantar yang lain.

Sila ambil maklum anda hanya boleh mengubah rakan penghantar sekali sahaja untuk setiap pesanan.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Bagaimana hendak membatalkan pesanan?

Bagi pesanan yang belum dipadankan dengan rakan penghantar, anda boleh membatalkan pesanan bila-bila masa dengan klik “Batalkan Pesanan” pada laman pesanan di sudut kanan atas.

Bagi pesanan segera yang telah dipadankan dengan rakan penghantar, anda dibenarkan untuk membatalkan pesanan 5 minit dari masa padanan.

Bagi pesanan berjadual, anda dibenarkan untuk membatalkan pesanan 45 minit dari masa pengambilan yang dijadualkan setelah rakan penghantar dipadankan.

Sekiranya anda ingin membatalkan pesanan 5 minit selepas masa padanan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami. Sila ambil maklum bahawa caj pembatalan mungkin dikenakan selepas tempoh masa ini.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Adakah terdapat sebarang caj pembatalan?

Sekiranya penghantaran telah disahkan oleh rakan penghantaran dan pembatalan dibuat semasa rakan penghantaran dalam perjalanan atau tiba di lokasi penghantaran, anda akan dikenakan caj berikut:

Motosikal: RM 5
Kereta: RM 8 (RM 6 - Pulau Pinang & Johor)
Pikap 4x4 : RM 10
Van 7-kaki/9-kaki : RM 20
Lori Kecil 10-kaki: RM 30
Lori Sederhana 14-kaki: RM 50
Lori Besar 17-kaki: RM 50

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Apakah perkhidmatan tambahan yang memerlukan penambahan bayaran?

Semasa memilih kenderaan, anda boleh melihat perkhidmatan tambahan yang disediakan dan kos yang berkaitan.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Adakah terdapat sebarang caj tempat letak kenderaan atau tol?

Caj tempat letak kenderaan dan tol tidak dikenakan. Sila ambil maklum bahawa rakan penghantar akan menanggung caj ini.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Berapakah caj penghantaran pesanan?

Setiap pesanan dikira berdasarkan keperluan anda untuk pesanan tersebut, seperti jenis kenderaan, perkhidmatan tambahan dan juga jarak antara lokasi pengambilan dan penghantaran.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini atau penjelasan harga penghantaran di sini.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Apa itu surcaj waktu puncak?

Surcaj Waktu Puncak meningkatkan peluang pesanan anda untuk dipadankan semasa waktu puncak. Lalamove akan menilai permintaan dan tawaran semasa dan melaksanakan surcaj ini dan ia akan dipaparkan secara automatik dalam bil anda.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Apakah kaedah pembayaran yang disediakan?

Buat pembayaran tunai dengan tepat kepada rakan penghantar selepas selesai pesanan, atau bayar tanpa tunai dengan e-dompet Lalamove anda untuk transaksi yang mudah!

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk menggunakan dompet Lalamove?

Untuk menggunakan dompet Lalamove anda, anda boleh ubah kaedah pembayaran kepada “Pembayaran Atas Talian” dan buat pesanan. Anda akan dibawa ke laman untuk pilih kaedah pembayaran atas talian menggunakan dompet Lalamove.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana hendak menambah nilai dompet Lalamove saya?

Anda boleh pergi ke bahagian Dompet dalam akaun anda dan pilih “Tambah Nilai”. Anda boleh pilih salah satu pelan yang disenaraikan pada laman tambah nilai.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk mengubah kaedah pembayaran?

Anda boleh memilih kaedah pembayaran dalam laman pembayaran semasa membuat pesanan. Anda boleh pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan dan mengubah kaedah pembayaran untuk setiap pesanan mengikut keperluan anda.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk keluarkan wang daripada dompet Lalamove saya?

Maaf, kredit Lalamove anda tidak boleh dikembalikan.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk dapatkan e-resit untuk pesanan?

Anda perlu mengaktifkan ciri “Terima E-resit” dalam laman tetapan anda untuk mendapatkan e-resit untuk setiap pesanan. Sila masukkan e-mel anda untuk menerima e-resit.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Saya tidak menerima e-resit. Mengapa?

Sila semak terlebih dahulu sama ada anda telah mengaktifkan ciri “Terima E-resit” dalam laman tetapan dan memasukkan e-mel yang tepat.

Sila semak sekiranya e-resit telah dihantar ke dalam peti mel sampah atau spam. Jika mel itu dihantar ke peti mel sampah, sila pastikan anda menanda "Ini bukan sampah" supaya anda boleh menerima e-mel dalam peti mel anda pada masa hadapan.

Sekiranya anda masih tidak menerima resit, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk bantuan lanjut.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Saya mengalami masalah untuk tambah nilai Dompet. Apa yang saya patut buat?

Sekiranya wang anda ditolak tetapi baki tidak didepositkan ke Dompet Lalamove, sila tunggu 24 jam kerana saluran pembayaran yang berbeza mempunyai tempoh menunggu yang berbeza.

Jika baki masih belum dimasukkan ke dalam dompet selepas 24 jam, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami dan sediakan rekod pembayaran sebagai bukti tambah nilai. Pihak kami akan membantu anda dalam pengesahan dan penyelesaian masalah.

Kupon Dan Promosi
Bagaimana caranya untuk menggunakan kupon atau kod promo Lalamove?

Anda boleh menambah kupon pada laman pembayaran dengan memasukkan kod kupon pada bahagian “Tambah kupon”. Setelah kupon dimasukkan, amaun berkaitan akan ditolak dari pesanan anda.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menambah kupon untuk kegunaan masa hadapan. Pergi ke laman “Dompet”, klik “Kupon” dan tambah kupon anda. Anda juga boleh melihat semua kupon anda di sini.

Masalah Dengan Pesanan
Saya tidak dapat rakan penghantar untuk pesanan saya

Kami memohon maaf sekiranya anda tidak dapat rakan penghantar untuk pesanan anda secepat mungkin. Ini mungkin kerana tiada rakan penghantar di kawasan anda atau semua rakan penghantar sedang sibuk dengan pesanan mereka.

Anda boleh cuba untuk menambah tip untuk menggalakkan rakan penghantar mengambil pesanan anda.

Masalah Dengan Pesanan
Saya tidak dapat mencari lokasi saya dalam peta

Sekiranya anda tidak jumpa alamat anda semasa mencari, anda boleh klik “Alamat salah atau tidak dijumpai?” untuk melaporkan lokasi yang tidak dijumpai. Pihak kami akan mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan isu ini.

Masalah Dengan Pesanan
Saya menghadapi isu dengan penghantaran yang sedang berjalan

Sekiranya anda mengalami isu yang tidak dijangka dengan pesanan yang sedang berjalan dan tidak dapat diselesaikan dengan rakan penghantar, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

Masalah Dengan Pesanan
Pesanan saya masih belum diselesaikan

Sekiranya pesanan anda masih belum diselesaikan, sila hubungi rakan penghantar dahulu dan minta status penghantaran dari mereka. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi rakan penghantar atau terdapat isu lain, sila hubungi pihak perkhidmatan pelanggan kami.

Masalah Dengan Pesanan
Saya ingin membuat aduan

Kami memohon maaf kerana pengalaman anda dengan kami tidak memuaskan. Sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk bantuan lanjut.

Masalah Dengan Pesanan
Barangan pesanan saya rosak

Kami memohon maaf kerana pengalaman anda dengan kami tidak memuaskan. Sila kemukakan bukti relevan untuk siasatan lanjut oleh pihak kami.

Masalah Dengan Pesanan
Rakan penghantar saya tidak mengikut laluan yang dicadangkan dalam peta

Rakan penghantar mungkin akan menggunakan laluan lain daripada yang dicadangkan sekiranya terdapat situasi trafik yang tidak dijangka. Sekiranya anda mengesyaki rakan penghantar tidak bergerak ke arah lokasi penghantaran, sila hubungi rakan penghantar untuk semak semula. Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

Masalah Dengan Pesanan
Apakah yang patut saya lakukan jika rakan penghantar tidak responsif?

Untuk mengubah rakan penghantar, anda boleh klik pada ikon di sudut kanan atas laman pesanan dan pilih “Cari Rakan Penghantar Baru”. Setelah diubah, pesanan anda akan diambil oleh rakan penghantar yang lain.

Sila ambil maklum anda hanya boleh mengubah rakan penghantar sekali sahaja untuk setiap pesanan.

Masalah Dengan Pesanan
Mengapakah rakan penghantar saya meminta caj tambahan?

Caj yang dipaparkan di laman pesanan adalah caj yang perlu dibayar. Sekiranya terdapat sebarang caj tambahan yang tidak dipersetujui oleh pengguna, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk bantuan lanjut.

Profil Dan Akaun
Saya terlupa kata laluan

Jika anda terlupa kata laluan, klik “Lupa kata laluan” dan masukkan nombor telefon yang didaftarkan dengan akaun anda. Kami akan menghantar SMS atau menelefon anda untuk mengesahkan dan kemaskini kata laluan anda.

Profil Dan Akaun
Bagaimana hendak menetapkan semula kata laluan saya?

Untuk mengubah kata laluan anda, sila pergi ke Tetapan dan ubah kata laluan. Ikuti langkah-langkah yang diberikan.

Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk kemaskini nombor telefon saya?

Klik gambar profil anda pada bahagian atas sebelah kiri. Di bawah tetapan profil, anda akan dapat mengubah nombor telefon anda setelah melalui pengesahan.

Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk padamkan notifikasi aplikasi?

Bagi pengguna Android, anda boleh menghidupkan/mematikan notifikasi dalam laman tetapan peranti.

Bagi pengguna iOS, anda boleh menghidupkan/mematikan notifikasi dalam halaman tetapan aplikasi.

Namun, kami mengesyorkan anda untuk sentiasa membuka notifikasi agar anda tidak akan terlepas sebarang status pesanan atau promosi kami.

Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk mengubah bahasa dalam aplikasi?

Sila pergi ke “Tetapan” dan pilih Bahasa. Anda boleh mengubah bahasa yang disediakan di kawasan anda.

Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk mendaftar akaun?

Klik “Tiada akaun?” pada laman daftar masuk dan anda boleh mula mendaftar dengan peranti anda.

Secara alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan akaun Facebook, Google atau Apple dengan klik pada ikon yang berkenaan di laman log masuk. Anda akan dibawa kepada prosedur pendaftaran.

Barangan Dan Had Saiz
Apakah barangan yang tidak boleh dihantar dengan Lalamove?

Kami tidak menghantar penumpang atau haiwan. Kami juga tidak menghantar bahan-bahan kimia, bahan-bahan mudah terbakar, atau apa-apa saja barang yang boleh membahayakan rakan penghantar kami. Sila hubungi kami jika anda ingin mengetahui sama ada kami akan menghantar barang anda atau tidak.

Sila lihat senarai kami untuk maklumat lanjut mengenai barang-barang terlarang.

Barangan Dan Had Saiz
Apakah had saiz untuk barang penghantaran?

Had saiz bergantung kepada jenis kenderaan yang anda pilih!

Sila lihat laman harga kami untuk maklumat lanjut mengenai had saiz barang yang bergantung kepada jenis kenderaan.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana saya boleh menetapkan semula kata laluan saya?

Pergi ke “Tetapan” dan log keluar. Klik “Lupa kata laluan?” di halaman log masuk aplikasi. Selepas anda mengesahkan nombor telefon anda, anda akan menerima pin 4 angka melalui SMS. Gunakan nombor pin ini untuk mengemas kini kata laluan anda.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai rakan penghantar Lalamove?

Untuk mendaftar, klik borang di atas halaman ini atau klik di sini. Isikan maklumat anda dan anda akan diwajibkan untuk mengikuti Latihan Maya kami. Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu lulus Latihan Maya kami. Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan. Jika anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, anda perlu menghubungi Admin Operasi Pemandu di 011-25387688 atau 017-2617688 untuk membantu dengan permohonan anda.

Akaun rakan penghantar
Apakah lesen yang diperlukan untuk menjadi rakan penghantar Lalamove?

Anda perlu mempunyai lesen memandu yang penuh atau sekurang-kurangnya lesen “P” untuk menghantar dengan motosikal, kereta atau 4 x 4. Jika anda ingin menghantar dengan van dan lori, anda juga perlu mempunyai lesen GDL. Kami tidak menerima pemandu dengan lesen memandu “L” atau lesen yang sudah tamat tarikh luput.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana caranya untuk mengemaskinikan maklumat kenderaan saya?

Sila isikan borang ini dan kepilkan gambar kenderaan anda dari depan atau belakang. Kami akan mengambil masa dua hari untuk mengemaskinikan maklumat ini dalam profil anda.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana caranya untuk mengemaskinikan maklumat bank saya?

Pergi ke “Dompet” dalam aplikasi, dan klik “Maklumat bank”. Anda boleh mengemaskinikan maklumat bank di situ.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana caranya untuk mengemaskinikan nombor telefon saya?

Anda boleh menghubungi Bahagian Operasi Pemandu melalui panggilan telefon atau WhatsApp di 017-8009518. Anda juga boleh mengunjungi kami di Lalamove Driver Centre @ The Earth, Bukit Jalil untuk urusan ini.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana saya boleh menyertai latihan rakan penghantar?

Jika anda belum memilih jadual latihan, klik “Jadual Sekarang” dalam aplikasi Lalamove Driver dan pilih di antara latihan di Bukit Jalil atau latihan maya. Jika anda ingin menghadiri latihan di Bukit Jalil, sila pilih tarikh dan masa yang bersesuaian dengan anda.

Walaupun begitu, kami tidak dapat menjalankan latihan di Bukit Jalil buat masa ini kerana PKP.

Jika anda memilih latihan maya, anda akan menerima SMS dengan pautan untuk membuka latihan maya. Anda perlu lulus latihan maya kami untuk tujuan pengesahan akaun. Markah minimum untuk lulus latihan tersebut ialah 28, dan anda mempunyai 3 percubaan dalam latihan tersebut. Jika anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, anda perlu menghubungi admin Bahagian Operasi kami di 011-25387688 atau 017-2617688 untuk bantuan dengan permohonan anda.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana caranya untuk menyahaktifkan akaun penghantar saya?

Jika anda ingin berhenti dari berkhidmat dengan kami, sila isikan borang ini dan klik “Submit”.

Pesanan
Bagaimana harga penghantaran dikira?

Harga dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke penghantaran dan juga jenis kenderaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat “Standard Bayaran” dalam aplikasi.

Pesanan
Bolehkah saya menerima lebih dari 1 pesanan sekaligus?

Anda tidak dibenarkan untuk mengambil lebih dari 1 penghantaran on-demand sekaligus, tetapi anda boleh mengambil beberapa pesanan berjadual dalam masa yang sama. Sila pastikan yang pesanan-pesanan berjadual tersebut tidak bertembung sesama sendiri.

Pesanan
Apakah maklumat-maklumat penghantaran yang boleh saya lihat?

Setelah anda menerima pesanan, anda boleh melihat alamat dan nombor telefon pelanggan untuk pesanan tersebut.

Pesanan
Bagaimana caranya untuk menghubungi pelanggan?

Apabila anda meleret butang “Slaid untuk mengambil pesanan”, pesanan tersebut akan diberikan kepada anda. Anda boleh melihat nombor telefon pelanggan dengan menekan ikon telefon. Jika anda klik ikon tersebut, telefon anda akan menghubungi pelanggan tersebut secara automatik. Anda juga boleh menghubungi pelanggan melalui teks dalam aplikasi.

Pesanan
Bagaimana hendak membatalkan pesanan yang sudah diterima?

Anda hanya boleh membatalkan pesanan dengan alasan yang munasabah. Jika alasan anda tidak dikira munasabah, kami akan menggantung akaun anda selama 2 hari. Jika anda ingin membatalkan pesanan, anda perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan dengan ciri “Berbual secara langsung”.

Dompet Lalamove
Bagaimana caranya untuk mengeluarkan wang dari dompet Lalamove saya?

Klik “Dompet” dan “Maklumat kad bank”. Isikan nombor akaun bank, nama bank dan nama penuh, dan klik “Simpan”. Anda akan diminta untuk isikan kata laluan akaun Lalamove, bukan kata laluan akaun bank anda. Klik “Sahkan”.

 

Selepas anda menyimpan maklumat bank anda, klik “Dompet” dan “Keluarkan wang”. Masukkan jumlah wang yang anda perlukan dan sahkan transaksi. Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

Pesanan
Apa yang saya perlu buat jika penerima belum bersedia untuk menerima pesanan?

Anda perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan dengan ciri “Berbual secara langsung”.

Pesanan
Mengapa saya tidak boleh menerima pesanan?

Cuba padamkan aplikasi dahulu dan memasukkan semula aplikasi dalam telefon. Kemudian, log masuk ke dalam aplikasi seperti biasa. Jika masalah ini masih berlanjutan, sila hubungi Bahagian Operasi Pemandu kami.

Pesanan
Bagaimana saya boleh melihat rekod pesanan saya yang lepas?

Pergi ke “Rekod” dan lihat rekod anda melalui status “Dalam proses”, “Selesai”, dan “Telah dibatalkan”.

Dompet Lalamove
Bagaimana caranya untuk menambah nilai dompet Lalamove saya?

Klik “Dompet” dan “Tambah nilai”. Pilih nilai yang anda perlukan dan klik “Tambah Nilai Sekarang”. Seterusnya, klik “Pembayaran atas talian”. Isikan maklumat bank, alamat emel dan nombor telefon untuk menambah nilai.

Dompet Lalamove
Berapa lama masa yang diperlukan untuk menerima wang dalam akaun bank saya?

Jika anda klik “Keluarkan wang” untuk permohonan keluarkan wang dari hari Isnin sehingga Rabu, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun anda pada malam hari Khamis/pagi hari Jumaat. Jika permohonan dilakukan dari hari Khamis sehingga Ahad, anda akan terima wang tersebut dalam akaun anda pada malam hari Isnin/pagi hari Selasa. Secara purata, kami memerlukan masa 3 hari untuk memproseskan permohonan pengeluaran wang.

Insentif
Adakah saya layak untuk mendapatkan bonus/insentif jika saya memenuhi kriteria yang diperlukan?

Ya, tetapi program insentif kami hanya disediakan untuk kereta dan motosikal saja. Anda boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai program insentif kami.

Insentif
Adakah Lalamove menawarkan program insentif yang lain?

Ya, ada! Kami mempunyai program sticker untuk semua jenis kenderaan, kecuali motosikal. Kami akan membayar RM100 kepada anda sebulan jika anda melekatkan sticker Lalamove atas kenderaan anda. Ini adalah pendapatan pasif kerana anda tidak perlu melengkapkan sebarang pesanan penghantaran.

Jika anda berminat dengan program sticker kami, sila isi borang ini. Kami akan menghubungi anda untuk membuat temu janji pemasangan sticker.

Insentif
Adakah sticker tersebut akan merosakkan cat kenderaan saya?

Sticker kami selamat digunakan untuk semua jenis badan kenderaan. Kemungkinan cat kenderaan untuk rosak disebabkan sticker kami adalah sangat tipis. Jika anda ingin menanggalkan sticker tersebut, anda boleh melawat pejabat kami supaya kami dapat melakukannya untuk anda.

Insentif
Bagaimana caranya untuk membeli Lalabag dan Lalajacket?

Anda perlu melawat kami di Lalamove Driver Centre, Bukit Jalil untuk membeli Lalabag dan Lalajacket. Kami hanya menerima pembayaran melalui pemindahan atas talian.

Rating
Bagaimana caranya untuk menyemak rating semasa?

Klik “Profil” dan “Rating” untuk melihat rating purata anda. Perbaiki rating dengan memohon jasa baik dari pelanggan anda untuk memberikan anda rating 5 bintang jika dia berpuas hati dengan perkhidmatan anda.

Rating
Bagaimana saya boleh menjadi penghantar kegemaran di kalangan pelanggan-pelanggan saya?

Mudah saja. Berikan perkhidmatan yang cemerlang untuk semua pelanggan anda. Dalam masa yang singkat, anda akan mempunyai ramai “Peminat” yang telah memilih anda sebagai penghantar kegemaran mereka!

Rating
Bagaimana caranya untuk menilai pelanggan saya?

Selepas pesanan telah dilengkapkan, klik “Rekod”. Anda boleh menilai pelanggan anda berdasarkan maklumat penghantaran mereka.

Am
Apakah Pengurusan Flit Lalamove?

Pengurusan Flit Lalamove ialah platform untuk pemilik flit mendaftar dan menguruskan pemandu dan kenderaan. Dengan ciri-ciri platform yang eksklusif, pemilik flit dapat melihat aktiviti-aktiviti harian pemandu dan kenderaan. Portal Pengurusan Flit boleh digunakan dengan aplikasi Lalamove Driver.

Am
Bagaimana saya boleh mendaftar?

Pemilik flit boleh mendaftar dengan mengisi borang di atas. Selepas anda menghantar borang tersebut, kami akan menghubungi anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan dimaklumkan melalui SMS yang mengandungi maklumat untuk log masuk. Seterusnya, anda boleh mula mendaftar kenderaan dan pemandu.

Am
Apakah syarat-syarat untuk menyertai Flit Lalamove?

Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai Flit Lalamove:

- Pemilik Flit mesti mempunyai minimum () kenderaan dan pemandu dalam

 

Flit Maklumat Yang Diperlukan:

- Nama Pemilik Flit atau Pengurus

- Nombor Telefon Pemilik Flit atau Pengurus

- Bandar

- Jenis Kenderaan dalam Flit

- Jumlah Pemandu dalam Flit

- Jumlah Kenderaan dalam Flit

 

Sila ambil maklum yang dokumen-dokumen lain mungkin diperlukan mengikut keperluan undang-undang

Am
Adakah saya perlu mendaftar pemandu saya secara individu?

Ya.Setiap pemandu akan memiliki akaun peribadi dalam aplikasi Lalamove Driver. Pemilik flit perlu memulakan pendaftaran untuk setiap pemandu dari portal. Seterusnya, pemandu sendiri perlu mengisi maklumat peribadi dan menyertakan dokumen yang berkaitan. Setelah akaun pemandu diluluskan, mereka akan dimasukkan ke dalam Flit secara automatik.

Am
Adakah saya masih perlu menggunakan aplikasi Lalamove seperti biasa?

Ya. Portal Pengurusan Flit berfungsi seperti biasa dengan aplikasi Lalamove Driver

Am
Saya sudah menyertai Lalamove sebagai pemandu. Bolehkah saya menyertai Flit?

Pemandu Lalamove yang sedia ada boleh menyertai Flit. Tetapi, mereka perlu dikeluarkan dulu sebelum didaftarkan semula sebagai pemandu Flit. Sila hubungi (contact details) untuk meneruskan pendaftaran

Pendaftaran Kenderaan
Bagaimana caranya untuk mendaftar kenderaan saya?

Pemilik flit boleh mendaftar kenderaan mereka dalam portal. Pendaftaran kenderaan adalah kategori yang berasingan dari pengurusan pemandu. Anda boleh mendaftar seberapa banyak kenderaan yang anda mahukan walaupun kenderaan anda lebih banyak dari pemandu yang bekerja untuk anda

Pendaftaran Kenderaan
Apakah kelebihan atau perbezaan Flit Lalamove?

Flit Lalamove menawarkan lebih banyak ciri-ciri yang direka khas untuk menemui keperluan operasi pemilik flit:

- Kenderaan Flit boleh didaftarkan tanpa pemandu

- Pemilik Flit boleh mengurus kenderaan dan pemandu di bawah satu portal

- Pemilik Flit boleh mengoptimumkan penggunaan kenderaan dengan memadankan kenderaan dan pemandu bila-bila masa

- Pemilik flit akan mempunyai lebih banyak kawalan ke atas operasi Flit

- Flit boleh menjana lebih banyak pendapatan dengan mengambil pesanan dalam aplikasi Lalamove Driver

Pendaftaran Kenderaan
Bolehkah pemandu berkongsi kenderaan di antara mereka?

Kenderaan yang didaftarkan dalam Flit boleh dikongsi di antara pemandu. Walaupun begitu, sebuah kenderaan hanya boleh dikendalikan oleh seorang pemandu pada sesuatu masa. Jika kenderaan tidak tersedia, pemilik flit boleh memadankan mana-mana kenderaan dengan pemandu untuk mengelakkan isu operasi

Pendaftaran Kenderaan
Apakah syarat-syarat untuk mendaftar kenderaan saya?

Berikut adalah senarai dokumen kenderaan dan gambar yang diperlukan semasa pendaftaran:

- Jenama dan model kenderaan

- Nombor plat kenderaan

- Tahun pembuatan kenderaan

- Gambar kenderaan

Dokumen-dokumen lain akan diminta, jika perlu, untuk pengesahan

Pendaftaran Kenderaan
Di mana saya boleh dapatkan bantuan sekiranya saya mempunyai masalah dengan pendaftaran kenderaan?

Jika anda mempunyai masalah, sila hubungi () untuk bantuan

Ajak Pemandu
Apa langkah seterusnya selepas saya mengajak pemandu?

Selepas anda mengajak pemandu baru, pemandu tersebut akan menerima SMS untuk memenuhi langkah-langkah seterusnya. Pemilik Flit juga boleh klik menu dengan tiga titik untuk menyalin pautan jemputan dan berkongsi dengan pemandu yang berkenaan. Pemilik Flit boleh memantau kemajuan pendaftaran dan status pemandu dalam seksyen Senarai Pemandu di portal.

Ajak Pemandu
Apa itu jenis kenderaan?

Jenis kenderaan adalah kategori kenderaan yang boleh dipandu oleh seseorang (seperi van,trak). Semasa pendaftaran pemandu, pemandu harus menyediakan dokumen sokongan yang berkaitan dengan jenis kenderaan yang dipilih (seperti lesen)

Ajak Pemandu
Bolehkah pemandu saya memandu pelbagai jenis kenderaan?

Buat masa ini, seorang pemandu hanya boleh memandu satu jenis kenderaan. Ciri pelbagai kenderaan untuk pemandu akan dilancarkan tidak lama lagi

Pendaftaran Pemandu
Apakah dokumen/syarat-syarat untuk mendaftar pemandu saya?

- Kad pengenalan

- Lesen GDL

- Lesen memandu

Pendaftaran Pemandu
Apa yang saya perlu buat jika saya sudah melebihi had gagal untuk latihan maya?

Sila hubungi kami di 017-2459211 untuk bantuan.

Pendaftaran Pemandu
Apa langkah seterusnya selepas saya menghantar permohonan?

Lalamove akan mengkaji setiap permohonan pemandu dan keputusan akan dimaklumkan kepada pemilik Flit melalui SMS

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Saya memiliki pelbagai kenderaan dalam Flit. Bolehkah saya menukar pasangan kenderaan dan pemandu?

Ya, boleh. Kebiasaannya, terdapat banyak pemandu dan kenderaan dalam Flit. Anda boleh melihat Senarai Pemandu dalam portal Flit dan padankan pemandu dengan kenderaan yang anda inginkan, asalkan jenis kenderaan masih sama.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Bagaimana saya boleh menukar kenderaan pemandu saya?

Pastikan status pemandu dalam aplikasi Driver ialah 'Berehat sebentar'. Jika status tersebut dipatuhi, pemandu tersebut akan ditunjukkan dengan status 'Berehat sebentar' dalam portal Flit. Anda boleh memadankan atau memisahkan pemandu dari kenderaan asalkan mereka tiada penghantaran aktif.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Apakah kenderaan yang boleh dipandu oleh pemandu saya?

Setiap pemandu boleh dipadankan dengan mana-mana kenderaan berdaftar yang sama jenis dengan jenis kenderaan mereka. Sebagai contoh, pemandu van boleh melihat senarai van dalam 'Senarai Kenderaan'. Jenis-jenis kenderaan yang lain tidak akan ditunjukkan dalam senarai ini.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Kenapa saya tidak boleh memisahkan kenderaan dari pemandu saya?

Anda tidak boleh memisahkan kenderaan dari pemandu yang sedang memenuhi pesanan atau mempunyai status 'Bekerja'. Anda harus menunggu mereka menyelesaikan pesanan tersebut atau mereka menukar status kepada 'Berehat sebentar'.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Kenapa saya tidak dapat melihat kenderaan untuk digunakan?

Hanya kenderaan berdaftar yang sama dengan jenis kenderaan pemandu akan ditunjukkan dalam senarai padanan. Jika kenderaan anda masih berada dalam tab 'Pending' di Senarai Kenderaan, kenderaan tersebut belum bersedia untuk dipadankan.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Bagaimana pemandu saya boleh tahu sekiranya kenderaan sudah ditukar?

Pemandu perlu menukar status ke 'Berehat sebentar' dalam aplikasi sebelum menukar kenderaan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memberitahu pemandu anda dulu sebelum membuat sebarang perubahan. Kami akan mengaktifkan notifikasi dalam aplikasi Driver untuk memudahkan pemberitahuan kepada pemandu jika terdapat perubahan kenderaan.

Bersedia Untuk Menghantar?

Muat turun aplikasi kami untuk penghantaran yang pantas dan mudah