LYT Order Target (November 2025) BM EDM_1200x628 (3)

Tawaran Terbaik Hujung Tahun 🤯

Anda dah tahu tentang tawaran hebat 11.11? 

Bulan November ini, dapatkan peluang untuk memenangi:

🎁 E-Baucar Beli-Belah Suria KLCC RM100 + 8,000 LalaPoints 🎁

 

Untuk menang, anda hanya perlu lengkapkan pesanan seperti di bawah:

🚀 Buat 2 pesanan untuk jana 800 LalaPoints.

🚀 Buat 3 pesanan untuk jana 2,000 LalaPoints.

🚀 Buat 5 pesanan untuk jana 6,000 LalaPoints.

🚀 Buat 8 pesanan dan ke atas untuk jana 8,000 LalaPoints secara keseluruhan.

 

Jadi lima ahli Ganjaran Lalamove yang terawal melengkapkan misi pesanan dan menangi e-baucar beli-belah Suria KLCC RM100 🎉

Anda juga boleh menebus e-baucar daripada kedai-kedai di bawah dengan LalaPoints yang terkumpul:

Lalamove Rewards (January 2025)

Menangi Baucar RM100 + 8,000 LalaPoints

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Terma dan Syarat

1. Sila baca terma dan syarat berikut dengan teliti, dengan mengakses mana-mana platform Lalamove, menggunakan perkhidmatan berkaitan, pengguna mengesahkan bahawa mereka telah memahami dan bersetuju menerima terma dan syarat serta polisi privasi Lalamove dan “Kempen Misi Pesanan November” Lalamove.

2. Pendaftaran bermula dari 5 November 2025 (12:00 malam). Ahli Program Ganjaran Lalamove yang berjaya mendaftar dan menyelesaikan pesanan dari 5 November 2025 (12:00 malam) hingga 11 November 2025 (11:59 malam) akan menjana LalaPoints.

3. Untuk menyertai Kempen Misi Pesanan Lalamove, pengguna harus klik butang "Daftar" pada tab Ganjaran di dalam app Lalamove.

4. Misi pesanan adalah seperti yang berikut: 

  • Buat 2 pesanan dan jana 800 LalaPoints.

  • Buat 3-4 pesanan dan jana 2,000 LalaPoints.

  • Buat 5-7 pesanan dan jana 6,000 LalaPoints.

  • Buat 8 pesanan dan ke atas dan jana 8,000 LalaPoints secara keseluruhan.

5. LalaPoints akan dikreditkan secara automatik ke Akaun Ganjaran Lalamove yang layak dalam tempoh 1-2 hari bekerja selepas menyelesaikan semua pesanan.

6. LalaPoints tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau dipindahkan ke akaun lain.

7. Lalamove akan memilih 5 ahli Ganjaran Lalamove dengan pesanan terbanyak selepas 25 November 2025.

8. Lalamove akan menghubungi pemenang melalui email atau nombor WhatsApp yang didaftarkan dengan akaun Lalamove pengguna setelah kempen tamat 25 November 2025 untuk proses penyerahan hadiah.

9. Pemenang mesti menebus hadiah dalam masa 7 hari bekerja setelah dihubungi oleh pihak Lalamove melalui email/WhatsApp. Jika pemenang gagal untuk menebus hadiah pada waktu yang ditetapkan, hadiah akan dibatalkan.

10. Pemenang akan menerima hadiah dalam masa 14 hari bekerja selepas dihubungi oleh pihak Lalamove.

11. Promosi ini terpakai untuk semua jenis kenderaan.

12. Sebarang kelakuan penipuan atau penyalahgunaan akan mengakibatkan pengguna hilang kelayakan untuk promosi ini.

13. Lalamove berhak untuk mengubah atau menamatkan promosi di atas, mengubah terma dan syarat pengguna, dan terma dan syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.

14. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, Lalamove berhak untuk membuat keputusan muktamad.