Notis Deposit Keselamatan Lalamove

Tarikh dikemaskini: 10 April 2026

Deposit keselamatan bertujuan untuk melindungi hak rakan pemandu yang komited bekerja dengan Lalamove berdasarkan nilai yang dikongsi bersama. Sebagai platform e-hailing atas permintaan, kami memberikan fleksibiliti kepada pemandu untuk menjana pendapatan dan oleh itu, kami mencari rakan pemandu yang menyokong visi kami serta membantu memperluaskan pangkalan pelanggan dengan penuh semangat.

Deposit keselamatan juga melindungi kepentingan bersama kedua-dua pihak daripada tingkah laku yang tidak wajar oleh pemandu yang boleh menjejaskan sumber pendapatan kami. Dengan mematuhi peraturan asas ini, kita dapat mencipta platform yang selamat dan menyenangkan untuk pelanggan serta rakan pemandu.

 

1. Penggunaan Deposit Keselamatan:

a) Deposit Keselamatan digunakan untuk melindungi manfaat bersama antara rakan pemandu dan platform.

b) Deposit Keselamatan bukanlah komisen atau yuran keahlian; ia boleh digunakan untuk tujuan lain atas persetujuan bersama.

c) Kontrak Deposit Keselamatan bermula pada tarikh tandatangan pemandu dan sah sehingga ia ditamatkan secara bersama oleh Lalamove dan pihak yang menandatangani.

d) Rakan pemandu mesti membayar jumlah penuh Deposit Keselamatan selepas proses pengesahan akaun. Setiap rakan pemandu (akaun pemandu yang disahkan) hanya perlu membayar Deposit Keselamatan sekali sahaja.

e) Sekiranya rakan pemandu tidak membuat deposit keselamatan ke dalam platform kami, rakan pemandu akan disekat daripada mengambil pesanan dan menukar kenderaan. Rakan pemandu akan ditukar secara automatik kepada status luar tugas (off-duty) untuk mengelakkan sebarang pesanan masuk.

f) Dari semasa ke semasa, Lalamove mungkin memperkenalkan program percubaan yang membenarkan Rakan Pemandu untuk menyerahkan deposit dalam tempoh penangguhan (grace period) yang ditentukan. Rakan Pemandu yang menyertai program sedemikian mengakui dan bersetuju secara nyata bahawa Lalamove akan memotong secara automatik dana yang diperoleh daripada baki akaun dalam aplikasi Rakan Pemandu yang berdaftar untuk menampung amaun deposit yang tertunggak. Pemotongan ini akan dilaksanakan apabila baki dalam akaun aplikasi Rakan Pemandu menyamai atau melebihi amaun deposit yang diperlukan. Jika, pada akhir tempoh penangguhan, baki dalam akaun aplikasi Rakan Pemandu tidak mencukupi untuk menampung deposit yang perlu dibayar, Rakan Pemandu mesti menjelaskan baki amaun tersebut dengan membuat pembayaran terus kepada Lalamove. Jika tidak, seksyen (e) dalam Notis ini akan terpakai.



2. Jumlah Deposit Keselamatan:

Anda hendaklah menyemak aplikasi untuk mengetahui jumlah semasa Deposit Keselamatan, memandangkan ia mungkin berubah dari semasa ke semasa. Semua akaun rakan pemandu yang aktif harus mempunyai deposit keselamatan minimum dalam akaun masing-masing; mana-mana akaun dengan jumlah di bawah tahap tersebut akan dibekukan atau dinyahaktifkan.


3. Pemulangan:

Anda berhak untuk meminta pemulangan deposit selepas penamatan Akaun Rakan Penghantaran anda, tertakluk kepada terma dalam polisi ini. Pemprosesan pembayaran akan mengambil masa 30 hari bekerja untuk pemulangan penuh.