AE_EDM_1200x628 (1)-Nov-28-2025-08-07-34-7724-AM

✨ Buka Magis LalaBox ✨

Disember ni, kami bawa vibe festive luar biasa dengan kempen LalaBox!

Setiap blind box menawarkan plushie yang comel tapi yang mana akan jadi milik anda? 👀

Buat pesanan = dapat tiket untuk buka kotak misteri.

💥 Menang satu plushie atau kesemua 5 plushies!

⚡ Chonky ialah plushie rahsia dengan peluang hanya 1 dalam 12.5. Yang betul-betul bertuah je boleh jumpa.

Jadi… dah sedia untuk menang?

Buat Pesanan dan Menang

AE_Landing-Page_1000x750 (1)-3
Apakah hadiah menarik menanti anda?

AE_Landing-Page_1000x750 (1)-3
prizes-05-Nov-28-2025-07-40-29-9259-AM
Hadiah Utama (x20)

Set Koleksi Lengkap LalaBox

prizes-06-Nov-28-2025-07-40-28-4172-AM
Hadiah Kedua (x80)

1 Plushie dari Koleksi LalaBox

SG_Thumbnail_Coupon_500x500
Hadiah Sagu Hati (Tempat Ketiga - Ketujuh)

Pek Kupon Lalamove

Lengkapkan Misi Untuk Buka Kotak Misteri

lalabox delivery contest malay

Bagaimana Saya Boleh Sertai?

20251201-114236
1
Langkah Pertama
Klik sepanduk "LalaBox" dalam aplikasi smartphone atau aplikasi web Lalamove. Jika anda belum memiliki aplikasi Lalamove, sila muat turun di App Store atau Google Play Store.
20251201-114014
2
Lengkapkan Misi
Lengkapkan misi untuk dapat 1 peluang putar roda bertuah dengan membuat pesanan.
20251201-114010
3
Buka Kotak Misteri
Buka kotak misteri untuk melihat ganjaran anda!
AE_mockup_BM-3
4
Tebus Kupon/Ganjaran
Jika anda memenangi kupon Lalamove, klik 'Tebus Sekarang' untuk menyimpan kupon tersebut dalam dompet Lalamove. Jika anda memenangi hadiah utama, kami akan menghubungi anda untuk berkongsi maklumat pemberian hadiah.
1
Langkah Pertama
Klik sepanduk "LalaBox" dalam aplikasi smartphone atau aplikasi web Lalamove. Jika anda belum memiliki aplikasi Lalamove, sila muat turun di App Store atau Google Play Store.
2
Lengkapkan Misi
Lengkapkan misi untuk dapat 1 peluang putar roda bertuah dengan membuat pesanan.
3
Buka Kotak Misteri
Buka kotak misteri untuk melihat ganjaran anda!
4
Tebus Kupon/Ganjaran
Jika anda memenangi kupon Lalamove, klik 'Tebus Sekarang' untuk menyimpan kupon tersebut dalam dompet Lalamove. Jika anda memenangi hadiah utama, kami akan menghubungi anda untuk berkongsi maklumat pemberian hadiah.

*Kandungan tangkap layar adalah untuk rujukan sahaja

Terma dan Syarat

1. Sila baca terma dan syarat dengan teliti, dengan mengakses platform Lalamove, menggunakan perkhidmatan Lalamove dan/atau menebus kupon Lalamove atau hadiah utama, pengguna mengesahkan dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan Dasar Privasi Lalamove dan Terma & Syarat “LalaBox”.

2. Pengguna mesti klik sepanduk promosi di dalam aplikasi Lalamove untuk menyertai “LalaBox”. Pengguna mesti melengkapkan misi-misi berikut dari 00:00, 1 Disember 2025 sehingga 23:59, 31 Disember 2025 (tempoh kempen) untuk mendapatkan tiket dan mengakses kandungan roda bertuah:

  • Buat 8 pesanan Motosikal untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga 10 tiket sahaja)

  • Buat 10 pesanan Motosikal atau Kereta untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga 10 tiket sahaja)

  • Buat 5 pesanan dengan Kereta untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga 10 tiket sahaja)

  • Buat 6 pesanan dengan Kereta, Pikap 4x4, Van dan Lori untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga 10 tiket sahaja)

  • Buat 2 pesanan dengan Pikap 4x4, Van dan Lori untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga 10 tiket sahaja)

  • Buat 1 pesanan Jarak Jauh untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga 10 tiket sahaja)

  • Buat 1 pesanan penghantaran pertama kali dengan mana-mana kenderaan untuk mendapatkan 3 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga 10 tiket sahaja)

  • Buat 1 pesanan Ride untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga 10 tiket sahaja)

3. Lalamove akan menghubungi 3 pemenang hadiah utama melalui Whatsapp atau emel yang berdaftar dengan akaun Lalamove pemenang selepas kempen tamat (31 Disember 2025) untuk urusan pemberian hadiah.

4. Pemenang hadiah utama mestilah menuntut hadiah mereka dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pemenang dihubungi oleh Lalamove menerusi emel/WhatsApp. Jika pemenang gagal menuntut hadiah mereka mengikut tempoh yang ditetapkan, hadiah akan ditarik.

5. Selepas dihubungi oleh Lalamove, para pemenang hadiah utama dijangka akan menerima hadiah mereka dalam tempoh 30 hari bekerja.

6. Setiap pengguna hanya layak memenangi satu (1) hadiah utama sahaja.

7. Jika pengguna memenangi kupon Lalamove, pengguna mesti klik "Tebus Sekarang" dalam tempoh kempen untuk menyimpan kupon dalam dompet Lalamove. Kupon akan disimpan dalam "Ganjaran Saya" selepas 10-15 minit.

8. Tempoh penebusan adalah sekitar 10-15 minit.

9. Untuk hadiah tempat ketiga sehingga ketujuh, nilai hadiah adalah seperti berikut:

  • Hadiah Ketiga: Kupon diskaun 2x35% untuk penghantaran Kereta, terhad pada RM5 dan kupon diskaun 3x35% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM25 (Sah untuk 14 hari)

  • Hadiah Keempat: Kupon diskaun 2x30% untuk penghantaran Kereta, terhad pada RM5 dan kupon diskaun 2x30% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM20 (Sah untuk 14 hari)

  • Hadiah Kelima: Kupon diskaun 1x20% untuk penghantaran Kereta, terhad pada RM3 dan kupon diskaun 3x20% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM16 (Sah untuk 14 hari)

  • Hadiah Keenam: Kupon diskaun 2x20% untuk penghantaran Kereta, Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM14 (Sah untuk 14 hari)

  • Hadiah Ketujuh: Kupon diskaun 2x20% untuk penghantaran Kereta, Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM5 (Sah untuk 14 hari)

10. Promosi ini hanya terpakai bagi pengguna akaun bukan perniagaan.

11. Kupon tidak boleh ditukar, diganti atau dipindah hak milik.

12. Jumlah cabutan maksimum untuk setiap pengguna dihadkan kepada 41 cabutan.

13. Pengguna akan hilang kelayakan untuk menyertai promosi ini jika terdapat bukti penipuan dan penyalahgunaan dari pihak pengguna. Lalamove mempunyai hak untuk menarik balik hadiah-hadiah utama dan membatalkan kupon yang diberi tanpa notis awal.

14. Lalamove mempunyai hak untuk mengubah Terma dan Syarat, Dasar Privasi dan Terma dan Syarat “LalaBox” Lalamove tanpa notis awal.

15. Jika terdapat sebarang pertikaian, Lalamove mempunyai hak untuk membuat keputusan muktamad.