newsbanner_1640x750-1

Serlahkan Hustle Anda

Daftar sebagai rakan pemandu 4x4, Van, atau Lori baharu musim perayaan ini. Setiap perjalanan yang anda selesaikan memberi peluang untuk memenangi wang tunai dan percutian ke Bali.

CTA button (3)

Siapa Yang Layak?

Khas untuk individu yang memiliki kenderaan sendiri. Peraduan ini menawarkan anda ganjaran ekstra selain tambang biasa.

light up your hustle (6)light up your hustle (5)light up your hustle (4)

Syarat Penyertaan

Drive a Vehicle-Sep-05-2023-09-24-07-2174-AM
Pemilik Kenderaan

Memiliki Pikap 4x4, Van atau Lori

icon-card
Umur & Lesen

Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas & ada lesen sah. Pemandu Van/Lori wajib ada lesen GDL

Phone-Line-Icon
Umur & Lesen

iOS 11 ke atas atau Android 6.0 ke atas

Cara Sertai

light up your hustle (10)

light up your hustle (11)

light up your hustle (12)

 

Hadiah

20261005-155122

Terma & Syarat

Kelayakan:

  1. Lalamove Light Up Your Hustle (“Pertandingan”) dianjurkan oleh Lalamove Malaysia Sdn. Bhd. (“Lalamove”) dan terbuka kepada Rakan Pemandu Lalamove baharu di Malaysia (“Rakan Pemandu”), tertakluk kepada terma dan syarat ini.
  2. Pertandingan ini terbuka kepada Rakan Pemandu Lalamove berdaftar dan disahkan yang menetap di Malaysia.
  3. Untuk menyertai, semua Rakan Pemandu mestilah mendaftar dan disahkan sebagai Rakan Pemandu Lalamove bagi kenderaan Pickup 4x4, Van, atau Lori sepanjang Tempoh Pertandingan.
  4. Rakan Pemandu berikut tidak layak untuk menyertai Pertandingan ini:

(a) Rakan Pemandu yang mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove sebelum atau selepas Tempoh Pertandingan;

(b) Rakan Pemandu yang telah disenaraihitamkan, disekat, atau digantung daripada platform Lalamove.

Tempoh Pertandingan:

  1. Pertandingan ini akan berlangsung dari 5 Oktober 2026, 12:00 AM hingga 6 November 2026, 11:59 PM (GMT+8, Waktu Malaysia) (“Tempoh Pertandingan”).
  2. Sebarang pesanan yang diselesaikan sebelum atau selepas Tempoh Pertandingan tidak akan dikira sebagai penyertaan.
  3. Lalamove berhak secara mutlak untuk meminda, mengubah, menghentikan, atau menamatkan Tempoh Pertandingan pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat tanpa sebarang notis terlebih dahulu, dan tiada pampasan dalam bentuk tunai atau barangan akan diberikan.

Penyertaan:

  1. Pertandingan ini akan dijalankan menerusi Aplikasi Pemandu Lalamove (Lalamove Driver App).
  2. Untuk layak menyertai Pertandingan ini, Rakan Pemandu mestilah:

(a) Mendaftar dan menerima pengesahan sebagai Rakan Pemandu Lalamove bagi Pikap 4x4, Van, atau Lori dalam Tempoh Pertandingan; dan

(b) Melengkapkan pembayaran deposit yang diperlukan.

  1. Setelah semua syarat di atas dipenuhi, Rakan Pemandu akan dianggap layak dan secara automatik dimasukkan ke dalam Pertandingan.
  2. Pesanan Selesai merujuk kepada pesanan yang berjaya disempurnakan oleh Rakan Pemandu, di mana barangan dihantar ke lokasi penurunan yang ditetapkan tanpa sebarang permintaan pemulangan wang (refund) atau aduan yang dikemukakan oleh pengguna Lalamove berhubung penghantaran tersebut.

Pemilihan & Pengumuman Pemenang:

  1. Lalamove boleh menerbitkan butiran peserta teratas, termasuk nama Rakan Pemandu dan jumlah pesanan yang diselesaikan sepanjang Tempoh Pertandingan. Rakan Pemandu dengan jumlah pesanan selesai yang lebih tinggi mempunyai peluang yang lebih besar untuk dipilih sebagai pemenang di akhir Pertandingan.
  2. Pemenang akan diumumkan di Aplikasi Pemandu Lalamove, laman web rasmi, dan platform media sosial Lalamove dalam tempoh lima belas (15) hari selepas Tempoh Pertandingan tamat.
  3. Sebanyak enam puluh satu (61) hadiah akan dianugerahkan. Walaupun pemenang biasa hanya layak menerima satu (1) hadiah, satu (1) pemenang yang dipilih berhak memenangi kedua-dua Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati.
  4. Pengumuman pemenang boleh merangkumi nama, nombor kad pengenalan separa, gambar, bandar/wilayah akaun Rakan Pemandu, serta butiran hadiah bagi setiap pemenang.
  5. Semua pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon atau WhatsApp sebelum pengumuman rasmi dibuat. Pemenang mestilah mengesahkan penerimaan notifikasi hadiah tersebut. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan kelayakan, dan Lalamove berhak untuk menganugerahkan hadiah tersebut kepada pemenang lain yang layak.
  6. Lalamove tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua alasan sekalipun.

Hadiah:

  1. Hadiah Utama: Satu (1) Pemenang Hadiah Utama akan memenangi percutian ke Bali untuk dua (2) orang termasuk tiket penerbangan dan penginapan. Hanya satu (1) Rakan Pemandu yang berhak memenangi hadiah ini.
  2. Hadiah Saguhati: Pemenang Hadiah Saguhati akan menerima RM150 setiap seorang, yang akan dikreditkan terus ke dalam dompet Lalamove pemenang.
  3. Rakan Pemandu terhad kepada satu (1) hadiah sahaja setiap seorang, dengan kelonggaran khusus untuk satu (1) Rakan Pemandu teratas memenangi kedua-dua Hadiah Utama dan satu (1) Hadiah Saguhati.
  4. Lalamove berhak untuk membatalkan hadiah mana-mana pemenang yang gagal memberikan butiran yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Pertandingan.
  5. Semua hadiah adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan, ditukar, dikumpul, dipindah milik, atau ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain.
  6. Hadiah disediakan atas dasar "sebagaimana adanya" (as is) tanpa sebarang jaminan, sama ada tersurat atau tersirat. Lalamove tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang timbul daripada penggunaan atau pemilikan hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kecacatan atau kerosakan pada hadiah. Pemenang bersetuju untuk melepaskan, menanggung rugi, dan membebaskan Lalamove daripada sebarang tuntutan, liabiliti, ganti rugi, kos, dan perbelanjaan (termasuk yuran peguam yang munasabah) yang timbul daripada atau berkaitan dengan penerimaan, penggunaan, atau pemilikan hadiah, terlepas daripada sama ada tuntutan tersebut timbul akibat kecuaian Lalamove, kemungkiran kontrak, atau apa-apa sebab tindakan lain.

Terma dan Syarat Umum:

  1. Dengan menyertai Pertandingan ini, Rakan Pemandu mengakui, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
  2. Lalamove berhak secara mutlak untuk menarik balik, meminda, mengubahkan, dan/atau mengubah mana-mana bahagian daripada terma dan syarat Pertandingan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Rakan Pemandu bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut.
  3. Lalamove berhak, atas budi bicarnya sendiri, untuk membatalkan penyertaan mana-mana Rakan Pemandu dalam Pertandingan tanpa sebarang sebab atau notis, terutamanya jika:

(a) Rakan Pemandu bukan peserta yang layak atau memenuhi syarat;

(b) Rakan Pemandu gagal memenuhi mana-mana atau semua Terma & Syarat yang ditetapkan di sini;

(c) Rakan Pemandu terlibat dalam tingkah laku yang dianggap tidak wajar atau tidak boleh diterima oleh Lalamove;

(d) Rakan Pemandu melanggar mana-mana Terma & Syarat atau peraturan Pertandingan atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa;

atau (e) Atas apa-apa sebab lain yang difikirkan wajar oleh Lalamove atas budi bicarnya sendiri.

  1. Lalamove mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, mengedit, menerbitkan, atau memaparkan bahan/maklumat yang dikemukakan oleh Rakan Pemandu—termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar, dan bandar atau wilayah—dalam apa jua cara yang difikirkan wajar bagi tujuan pemasaran, pengiklanan, publisiti, atau tujuan lain tanpa sebarang notis atau pampasan lanjut kepada Rakan Pemandu.
  2. Keputusan Lalamove mengenai semua perkara berkaitan Pertandingan adalah muktamad dan mengikat. Sebarang surat-menyurat atau cubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
  3. Lalamove tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan oleh Rakan Pemandu atau pihak ketiga bagi kerugian dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, ganti rugi punitif, tidak langsung, khas, sampingan, atau turutan yang terbit daripada atau berkaitan dengan Pertandingan ini.
  4. Sekiranya berlaku sebarang ketidakselarasan, percanggahan, kekaburan, atau perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dengan mana-mana versi bahasa lain bagi terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah terpakai pada setiap masa.
  5. Dengan menyertai Pertandingan ini, Rakan Pemandu memberi kebenaran kepada Lalamove untuk mengumpul, mengguna, mendedah, dan memproses data peribadi Rakan Pemandu bagi memudah cara perjalanan Pertandingan (termasuk memaklumkan pemenang, mengumumkan pemenang di platform dalam talian Lalamove, dan penghantaran/penebusan hadiah) serta untuk tujuan promosi, pemasaran, dan tujuan berkaitan tanpa sebarang pampasan, selaras dengan undang-undang privasi yang berkuat kuasa dan Notis Privasi Lalamove.
  6. Rakan Pemandu bersetuju untuk tidak mempertikaikan keputusan Lalamove tanpa had atau kelayakan. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada Pertandingan ini, semua keputusan Lalamove adalah muktamad dan konklusif.