AE_EDM_1200x628 (3)-4

🎉 Pesta Merdeka Dah Bermula!

Setiap kali anda buat pesanan, anda dapat satu penyertaan untuk rebut hadiah-hadiah awesome!

 Jom, serbu sekarang! 🎈 

 Buat Pesanan Untuk Buka Kotak Misteri 

AE_Landing-Page_1000x750 (2)-Aug-03-2026-03-32-42-8681-AM
Apakah hadiah menarik menanti anda?

AE_Landing-Page_1000x750 (2)-Aug-03-2026-03-32-42-8681-AM
prizes-01-1
Hadiah Utama

Meja Ergonomik Pintar Premium (Bernilai RM3,799)

prizes-02-1
Hadiah Kedua

Set Selimut Kapas Mewah (Bernilai RM559)

prizes-03-1
Hadiah Ketiga

E-Kad Hadiah Penjagaan Kulit Premium (Bernilai RM100)

SG_Thumbnail_Coupon_500x500
Hadiah Sagu Hati (Tempat Keempat - Ketujuh)

Pek Kupon Lalamove

Selesaikan Misi, Buka Kotak Misteri:pesta merdeka AE august 2026 malay

*Terms and conditions apply.

Bagaimana Saya Boleh Sertai?

20260803-174034
1
Langkah Pertama
Klik sepanduk ‘Pesta Merdeka' dalam aplikasi Lalamove. Belum ada aplikasi? Muat turun di App Store atau Google Play.
20260803-174044
2
Lengkapkan Misi
Lengkapkan misi dan dapat peluang putar roda bertuah dengan membuat pesanan.
20260803-174040
3
Buka Kotak Misteri
Buka kotak misteri untuk melihat ganjaran anda!
AE_mockup_BM-Aug-03-2026-09-43-54-3851-AM
4
Tebus Kupon/Ganjaran
Menang kupon Lalamove? Klik ‘Tebus Sekarang’ untuk simpan dalam dompet. Pemenang hadiah utama akan dihubungi terus.
1
Langkah Pertama
Klik sepanduk ‘Pesta Merdeka' dalam aplikasi Lalamove. Belum ada aplikasi? Muat turun di App Store atau Google Play.
2
Lengkapkan Misi
Lengkapkan misi dan dapat peluang putar roda bertuah dengan membuat pesanan.
3
Buka Kotak Misteri
Buka kotak misteri untuk melihat ganjaran anda!
4
Tebus Kupon/Ganjaran
Menang kupon Lalamove? Klik ‘Tebus Sekarang’ untuk simpan dalam dompet. Pemenang hadiah utama akan dihubungi terus.

*Kandungan tangkap layar adalah untuk rujukan sahaja

Terma dan Syarat

1. Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti. Dengan mengakses platform Lalamove, menggunakan mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh Lalamove dan/atau menebus kupon atau hadiah utama Lalamove, pelanggan mengesahkan bahawa mereka telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini, Polisi Privasi Lalamove serta Terma dan Syarat LALAMOVE “Pesta Merdeka”.

2.. Untuk menyertai LALAMOVE “Pesta Merdeka”, pengguna mesti menekan banner promosi di dalam aplikasi Lalamove sepanjang tempoh kempen dari 00:00, 3 Ogos 2026 hingga 23:59, 31 Ogos 2026 (“Tempoh Kempen”). Pengguna mesti memenuhi mana-mana misi berikut sepanjang Tempoh Kempen untuk memperoleh tiket unboxing dan mengakses kotak misteri, tertakluk kepada had tiket yang dinyatakan di bawah:

  • Buat 1 pesanan pertama kali dengan mana-mana kenderaan untuk mendapatkan 2 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga dua belas (12) tiket sahaja)

  • Buat 5 pesanan Kereta untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga dua belas (12) tiket sahaja)

  • Buat 2 pesanan Pikap 4x4, Van dan Lori untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga dua belas (12) tiket sahaja)

  • Buat 9 pesanan Motosikal untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga dua belas (12) tiket sahaja)

  • Buat 7 pesanan Kereta, Pikap 4x4, Van dan Lori untuk mendapatkan 1 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga dua belas (12) tiket sahaja)

  • Buat 1 pesanan Ride untuk mendapatkan 3 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga dua belas (12) tiket sahaja)

  • Buat 4 pesanan dengan Van dan Lori untuk mendapatkan 2 tiket (kelayakan mendapatkan sehingga dua belas (12) tiket sahaja)

Untuk mengelakkan sebarang keraguan, hanya pesanan yang lengkap dan layak sepanjang Tempoh Kempen akan dikira bagi memenuhi misi, dan setiap pesanan hanya boleh dikira sekali bagi satu misi sahaja, seperti yang ditentukan oleh Lalamove mengikut budi bicara mutlaknya.

3. Lalamove akan menghubungi pemenang hadiah utama melalui Whatsapp atau emel yang berdaftar dengan akaun Lalamove pemenang selepas kempen tamat (31 Ogos 2026) untuk urusan pemberian hadiah.

4. Pemenang hadiah utama boleh menjangkakan untuk menerima hadiah mereka dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas dihubungi oleh Lalamove, tertakluk kepada kejayaan usaha menghubungi dan penyempurnaan sebarang pengesahan atau pengaturan penghantaran yang diperlukan oleh Lalamove.

5. Hadiah mesti dituntut dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh Lalamove pertama kali cuba menghubungi pemenang menggunakan e-mel atau butiran WhatsApp yang didaftarkan. Kegagalan menuntut hadiah dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan hadiah dilucutkan, dan Lalamove berhak untuk memilih pemenang alternatif atau menguruskan hadiah tersebut mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai.

6. Setiap pengguna hanya layak memenangi satu (1) hadiah utama di bawah kempen ini, tanpa mengira bilangan tiket unboxing yang diperoleh.

7. Jika pengguna memenangi kupon Lalamove, pengguna mesti menekan butang “Tebus Sekarang” (“Redeem Now”) sepanjang Tempoh Kempen untuk menyimpan kupon ke dalam Lalamove Wallet mereka. Kupon lazimnya akan dipaparkan di bawah “Ganjaran Saya” (“My Rewards”) dalam tempoh sekitar sepuluh (10) hingga lima belas (15) minit selepas penebusan.

8. Masa pemprosesan penebusan lazimnya adalah sekitar sepuluh (10) hingga lima belas (15) minit. Walau bagaimanapun, masa sebenar mungkin berbeza bergantung kepada perkhidmatan rangkaian pengguna, prestasi peranti dan masa yang diperlukan untuk menyegarkan sistem. Lalamove tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang berpunca daripada faktor-faktor di luar kawalan munasabah Lalamove.

9. Bagi hadiah tempat keempat hingga ketujuh, nilai dan konfigurasi kupon adalah seperti berikut (setiap kupon tertakluk kepada tempoh sah dan amaun had yang dinyatakan):

  • Hadiah Keempat (Sah untuk 14 hari): 

Kupon diskaun 2x29% untuk penghantaran Kereta, terhad pada RM6 setiap satu

Kupon diskaun 2x29% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM36 setiap satu

Kupon diskaun 1x29% untuk penghantaran Kereta, Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM16

  • Hadiah Kelima (Sah untuk 14 hari): 

Kupon diskaun 2x26% untuk penghantaran Kereta, Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM9 setiap satu

Kupon diskaun 2x26% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM29 setiap satu

  • Hadiah Keenam (Sah untuk 14 hari): 

Kupon diskaun 1x16% untuk penghantaran Kereta, terhad pada RM3

Kupon diskaun 1x19% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM26

  • Hadiah Ketujuh (Sah untuk 14 hari):

Kupon diskaun 1x16% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM6

10. Semua kupon tertakluk kepada tempoh sah masing-masing, peratus diskaun, amaun had dan jenis kenderaan yang terpakai seperti yang dinyatakan, dan hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan yang layak di platform Lalamove di Malaysia, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

11. Promosi ini hanya terpakai untuk pengguna akaun Lalamove bukan perniagaan. Akaun korporat atau perniagaan, dan mana-mana jenis akaun lain yang ditetapkan oleh Lalamove sebagai tidak layak, adalah dikecualikan.

12. Kupon dan hadiah adalah tidak boleh ditukar ganti, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik, serta tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau apa-apa bentuk nilai yang lain.

13. Bilangan cabutan maksimum bagi setiap pengguna di bawah kempen ini dihadkan kepada empat puluh satu (41) cabutan, tanpa mengira bilangan misi yang disempurnakan atau tiket unboxing yang diperoleh.

14. Lalamove boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menyemak dan mengesahkan pesanan, rekod transaksi, log sistem, log masa, cap masa, aktiviti akaun dan data lain yang berkaitan dengan kempen ini bagi tujuan mengesahkan kelayakan dan memastikan ganjaran dikira serta diberikan dengan tepat. Jika sebarang kelakuan penipuan, penyalahgunaan, manipulasi atau aktiviti mencurigakan, atau apa-apa aktiviti yang tidak selaras dengan Terma dan Syarat ini dikenal pasti, kelayakan pengguna untuk menyertai promosi akan dilucutkan. Lalamove berhak untuk menarik balik mana-mana hadiah utama dan untuk menyemak semula, mengira semula, menahan, membatalkan atau menolak mana-mana kupon atau ganjaran yang telah dikreditkan atau yang akan dikreditkan di bawah promosi ini daripada Wallet atau akaun pengguna, tanpa notis terlebih dahulu.

15. Lalamove berhak untuk meminda, mengemas kini atau mengubah Terma dan Syarat, Polisi Privasi dan Terma dan Syarat Lalamove 2026 “Pesta Merdeka” pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Penyertaan berterusan dalam promosi selepas sebarang perubahan tersebut akan dianggap sebagai penerimaan terhadap terma dan syarat yang telah dikemas kini.

16. Jika promosi tidak dapat dijalankan atau perlu diselaraskan akibat force majeure, perubahan undang-undang yang terpakai, keperluan pengawal selia, isu sistem atau sebarang pertikaian, Lalamove berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan, menamatkan, mengubah, memendekkan, memanjangkan atau menggantung promosi pada bila-bila masa.

17. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan Lalamove adalah muktamad dan mengikat.