Terma Perkhidmatan Bantuan Mengangkat dan Membawa
Terma Perkhidmatan Bantuan Mengangkat dan Membawa
Terma Perkhidmatan Pembantu
SILA BACA TERMA INI DENGAN TELITI SEBELUM MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PEMBANTU.
Terma ini terpakai kepada Perkhidmatan Pembantu dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada Terma. Akses dan penggunaan Perkhidmatan Pembantu oleh anda merupakan persetujuan anda untuk terikat dengan kedua-dua terma yang terkandung di sini dan Terma tersebut.
SILA BACA TERMA PERKHIDMATAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MEMINTA ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BANTUAN MENGANGKAT DAN MEMBAWA.
Terma Perkhidmatan Bantuan Mengangkat dan Membawa ini (“Terma Perkhidmatan”) menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat Pengguna Lalamove Malaysia (“Terma” [IK1]). Istilah berhuruf besar yang digunakan tetapi tidak ditakrifkan dalam Terma Perkhidmatan ini mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam Terma Am.
Dengan meminta atau menggunakan Perkhidmatan Bantuan Mengangkat dan Membawa melalui Platform, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan ini dan Terma Am.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara Terma Perkhidmatan ini dengan Terma Am berhubung dengan skop, syarat kelayakan atau caj bagi Perkhidmatan Bantuan Mengangkat dan Membawa, Terma Perkhidmatan ini hendaklah mengatasi Terma Am setakat percanggahan atau ketidakselarasan tersebut. Dalam semua hal lain, Terma Am hendaklah terus terpakai.
1. Bantuan Mengangkat dan Membawa membolehkan Pengguna meminta bantuan pemuatan, pemunggahan dan membawa barangan yang layak daripada Rakan Pemandu berhubung dengan penghantaran yang ditempah melalui Platform. Pilihan yang tersedia mungkin termasuk:
(a) aturan pemuatan dan pemunggahan yang dipaparkan dalam Platform;
(b) membawa barangan melalui tangga apabila lif yang sesuai tidak tersedia atau tidak boleh digunakan (“Bantuan Membawa Melalui Tangga”); dan
(c) bantuan bagi barangan yang layak yang memerlukan lebih daripada seorang untuk dikendalikan dengan selamat disebabkan oleh berat, saiz atau ciri pengendaliannya (“Bantuan Barangan Bersaiz Besar/Berat”).
Bantuan Membawa Melalui Tangga dan Bantuan Barangan Bersaiz Besar/Berat tersedia bagi pesanan yang layak, tertakluk pada pilihan perkhidmatan dan lokasi yang disokong melalui Platform. Pilihan bantuan yang tersedia bagi setiap pesanan akan dipaparkan melalui Platform sebelum pengesahan pesanan.
Hanya bantuan yang dipilih dan disahkan bagi pesanan tersebut akan disertakan. Pemilihan satu pilihan tidak secara automatik merangkumi pilihan yang lain.
Perkhidmatan Pembantu membolehkan anda mengatur dan menjadualkan perkhidmatan pemindahan barangan dengan Rakan Penghantar. Melalui Platform kami, anda boleh mengemukakan permintaan supaya Rakan Penghantar mengambil barangan yang anda nyatakan untuk dimuatkan, dipunggah, dipindahkan, diangkut atau diangkat.
2. Apabila pilihan “Di kenderaan” dipilih, tempat pemuatan dan pemunggahan ialah lokasi yang dipersetujui di kenderaan, tertakluk pada akses yang selamat dan dibenarkan di sisi undang-undang. Bantuan di luar tempat tersebut tidak termasuk melainkan dinyatakan secara nyata sebagai sebahagian daripada pesanan yang disahkan.
Apabila pilihan “Pintu ke pintu” dipilih, bantuan akan diberikan antara kenderaan dengan ambang pintu lokasi pengambilan atau penghantaran yang boleh diakses dan dikenal pasti bagi pesanan tersebut, tertakluk pada pilihan Bantuan Membawa Melalui Tangga yang berkenaan dan akses yang selamat. Bantuan pintu ke pintu tidak termasuk memindahkan barangan antara bilik, pemasangan atau kerja lain di dalam premis melainkan dinyatakan secara nyata dalam skop perkhidmatan yang disahkan.
Anda mengakui bahawa Lalamove tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan, logistik atau pemindahan barangan, dan tidak bertindak sebagai pengangkut bagi pemindahan barangan. Semua perkhidmatan pengangkutan, logistik dan pemindahan barangan tertakluk pada perjanjian kontrak antara anda dengan Rakan Penghantar. Anda bersetuju bahawa Lalamove tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atau liabiliti terhadap anda berhubung dengan apa-apa perkhidmatan pemindahan barangan yang diberikan kepada anda oleh Rakan Penghantar melalui penggunaan Perkhidmatan Pembantu, selain sebagaimana yang dinyatakan secara nyata dalam terma ini.
3. Anda hendaklah mengisytiharkan dengan tepat bilangan tingkat yang memerlukan Bantuan Membawa Melalui Tangga di setiap hentian yang berkenaan mengikut arahan pengiraan tingkat yang dipaparkan dalam Platform. Jika lif tidak tersedia, tidak berfungsi, tidak sesuai untuk barangan tersebut atau tidak boleh digunakan secara sah, anda hendaklah memilih pilihan Bantuan Membawa Melalui Tangga yang berkenaan atau meminta pindaan yang diluluskan kepada pesanan sebelum kerja tambahan bermula. Bantuan Membawa Melalui Tangga tertakluk pada had tingkat, syarat akses dan sekatan pengendalian yang berkenaan yang dimaklumkan sebelum pengesahan pesanan.
Lalamove tidak menjamin pelaksanaan perkhidmatan oleh Rakan Penghantar. Dengan menggunakan Perkhidmatan Pembantu, anda mengakui bahawa penggunaan khidmat Rakan Penghantar yang diatur atau dijadualkan melalui Perkhidmatan Pembantu adalah atas risiko dan pertimbangan anda sendiri. Lalamove tidak menanggung apa-apa liabiliti yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara berkaitan dengan urus niaga atau hubungan anda dengan Rakan Penghantar. Lalamove tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan, termasuk kerosakan fizikal, kehilangan hasil, kecederaan diri, kerugian atau kerosakan kewangan, atau apa-apa kerugian atau kerosakan lain, yang dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga akibat pelaksanaan perkhidmatan oleh Rakan Penghantar semasa menyediakan Perkhidmatan Pembantu.
4. Anda hendaklah mengisytiharkan bilangan barangan yang memerlukan Bantuan Barangan Bersaiz Besar/Berat dan memberikan maklumat yang tepat tentang dimensi, berat dan keperluan pengendaliannya apabila diminta. Pemilihan pilihan ini tidak meningkatkan kapasiti kenderaan yang dipilih atau menjamin bahawa mana-mana barangan tertentu boleh dikendalikan dengan selamat. Barangan hendaklah mematuhi had kenderaan yang terpakai dan sekatan pengendalian khusus bagi barangan yang dimaklumkan melalui Platform. Mana-mana tenaga kerja atau peralatan yang termasuk dalam pilihan ini adalah sebagaimana yang dinyatakan secara nyata sebelum pengesahan pesanan.
Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda ialah pemilik barangan atau ejen yang diberi kuasa oleh pemilik barangan, dan bahawa anda mempunyai segala hak, hak milik dan kebenaran untuk meminta dan membenarkan pemuatan, pemunggahan, pemindahan atau pengangkatan mana-mana barangan. Anda juga menyatakan dan menjamin bahawa pelaksanaan Perkhidmatan Pembantu oleh Rakan Penghantar tidak akan mengakibatkan pelanggaran hak pemilikan atau privasi mana-mana pihak ketiga.
5. Anda hendaklah memberikan arahan yang mencukupi, tepat dan boleh dilaksanakan serta memastikan bahawa barangan sedia untuk diambil, dibungkus dengan sewajarnya dan selamat untuk dikendalikan. Anda hendaklah memaklumkan sekatan akses yang berkaitan, termasuk tangga, laluan sempit, sekatan tempat letak kenderaan, peraturan bangunan dan batasan penggunaan lif, serta mendapatkan kebenaran yang semunasabahnya diperlukan untuk pengambilan dan penghantaran. Anda menyatakan bahawa anda memiliki barangan tersebut atau diberi kuasa oleh pemiliknya untuk meminta perkhidmatan dan membenarkan akses ke premis yang berkaitan.
Rakan Penghantar tidak akan membantu membalut barangan atau membungkus barangan ke dalam kotak. Anda dikehendaki memastikan bahawa semua barangan telah dibungkus dengan sewajarnya dan sedia untuk diangkut sebelum Rakan Penghantar tiba. Rakan Penghantar juga tidak menawarkan perkhidmatan pemasangan, pembongkaran atau penanggalan apa-apa perkakas. Lalamove dan Rakan Penghantar tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan, termasuk kerosakan fizikal, kehilangan hasil, kecederaan diri, kerugian atau kerosakan kewangan, atau apa-apa kerugian atau kerosakan lain, yang dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga akibat pembungkusan yang tidak sempurna.
6. Melainkan dinyatakan secara nyata dalam penerangan perkhidmatan, Bantuan Mengangkat dan Membawa tidak termasuk pembungkusan atau pembalutan, pembongkaran atau pemasangan perabot, pemutusan sambungan atau pemasangan perkakas, penanggalan kelengkapan tetap, pengangkatan barangan melalui tingkap atau balkoni, atau kerja pengangkatan khusus. Sebarang permintaan untuk kerja tambahan hendaklah termasuk dalam perkhidmatan yang dibenarkan melalui Platform dan mematuhi proses kelulusan dalam klausa 7.
Jika anda memerlukan perlindungan tambahan untuk barangan anda atau mempunyai keperluan khas lain, sila berkomunikasi dengan Rakan Penghantar terlebih dahulu. Anda memahami bahawa Rakan Penghantar mempunyai budi bicara mutlak untuk memutuskan sama ada menerima keperluan tersebut atau tidak. Jika Rakan Penghantar memutuskan untuk menerima keperluan tersebut, caj tambahan bagi keperluan itu mungkin dikenakan mengikut budi bicara mutlak Rakan Penghantar. Anda hendaklah memberikan arahan atau pesanan yang mencukupi, tepat dan boleh dilaksanakan kepada Rakan Penghantar. Sebarang kos tambahan yang timbul daripada perbezaan antara maklumat yang anda berikan dengan keadaan atau fakta sebenar yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh anda.
7. Caj yang terpakai dikira berdasarkan pilihan perkhidmatan yang dipilih dan parameter perkhidmatan yang diisytiharkan, dan akan dipaparkan sebelum pengesahan pesanan. Jika keperluan sebenar berbeza daripada yang diisytiharkan, Rakan Pemandu boleh meminta pindaan melalui Platform atau proses lain yang dibenarkan secara nyata oleh Lalamove. Perubahan yang dicadangkan dan apa-apa caj tambahan hendaklah dimaklumkan kepada dan diluluskan oleh anda sebelum kerja tambahan dilaksanakan. Penilaian Rakan Pemandu terhadap kerja yang diperlukan tidak, dengan sendirinya, memberikan kebenaran untuk mengenakan caj tambahan.
Jika anda tidak memilih Perkhidmatan Pembantu semasa membuat pesanan, Rakan Penghantar mempunyai budi bicara untuk meneruskan pesanan atau meminta anda membatalkan pesanan dengan baik. Sila ambil maklum bahawa semua klausa di atas terpakai sekiranya Rakan Penghantar memutuskan untuk meneruskan pesanan.
8. Rakan Pemandu boleh menolak atau menghentikan bantuan yang terjejas jika semunasabahnya perlu kerana barangan, keadaan akses, tenaga kerja atau peralatan yang tersedia menjadikan kerja tersebut tidak selamat, menyalahi undang-undang atau di luar skop perkhidmatan yang disahkan. Jika boleh dilaksanakan, sebabnya akan dijelaskan kepada anda dan alternatif yang tersedia akan dibincangkan melalui Platform atau sokongan pelanggan. Pembayaran caj tambahan tidak mewajibkan Rakan Pemandu melaksanakan kerja yang tidak selamat atau dilarang.
9. Jika Bantuan Mengangkat dan Membawa tidak dipilih semasa pesanan dibuat, Rakan Pemandu tidak diwajibkan untuk menyediakannya. Sebarang permintaan berikutnya tertakluk pada kelayakan, ketersediaan, keperluan pengendalian yang selamat serta pindaan yang diluluskan kepada skop perkhidmatan dan caj sebelum bantuan bermula.
10. Jika bantuan tidak dapat diteruskan, pihak-pihak boleh bersetuju dengan alternatif yang dibenarkan, meneruskan bahagian pesanan yang tidak terjejas atau membatalkan pesanan mengikut dasar pembatalan yang berkenaan. Caj bagi kerja yang telah diselesaikan, apa-apa fi pembatalan dan pengendalian caj bagi bantuan yang tidak dilaksanakan akan ditentukan mengikut dasar yang dimaklumkan sebelum pengesahan pesanan dan Undang-undang Terpakai. Anda boleh mengemukakan pertikaian caj atau isu perkhidmatan melalui sembang langsung sokongan pelanggan Lalamove.
11. Bantuan Mengangkat dan Membawa disediakan oleh Rakan Pemandu. Lalamove menyediakan Platform yang membolehkan perkhidmatan tersebut diminta dan diatur. Peruntukan liabiliti dalam Terma Am terpakai, tertakluk pada Terma Perkhidmatan ini dan Undang-undang Terpakai. Tiada apa-apa dalam Terma Perkhidmatan ini mengecualikan atau mengehadkan apa-apa hak, remedi atau liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan secara sah.