Food Delivery

3 Cara Lalamove Boleh Memudahkan Hidup Anda

featured image

Kalau kita flashback macam mana penghantaran pada awal 90-an beroperasi, selalunya perkara pertama yang kita teringat ialah penghantaran surat, dokumen dan bungkusan oleh perkhidmatan pos dan syarikat-syarikat kurier tradisional.

Lain pula ceritanya kalau cerita bab food delivery masa zaman tu. Ada di antara kita yang sempat merasa food delivery service yang hanya wujud untuk restoran-restoran fast food, terutamanya penghantaran piza.

Tetapi, dengan kemajuan teknologi dan ekonomi digital hari ini, khidmat penghantaran bukan saja sekadar untuk menghantar barang dari titik A ke titik B. Teknologi aplikasi telefon pintar dan rangkaian internet yang semakin maju telah mengubah cara-cara kita melihat dan menguruskan penghantaran.

Lalamove adalah salah satu syarikat teknologi di Malaysia yang membawa perubahan dalam industri logistik. Dengan ciri-ciri penghantaran dalam masa sejam, GPS tracking, sistem rating, dan pembayaran kredit, kehidupan seharian boleh menjadi lebih mudah!

Bagaimana sebenarnya Lalamove boleh memudahkan kehidupan seharian kita semua?

 

1. Hantarkan Barang Dari Rumah Ke Lokasi Anda

Dah sampai ofis, lepas tu baru perasan terlupa bawa laptop charger. Bateri laptop dah sampai tahap 12%.

Nak pinjam kawan-kawan punya, tak compatible pula. Kalau patah balik ke rumah untuk ambil balik, mesti makan masa. Macam mana tu?

 

Terlupa barang

 

Jangan risau, Lalamove kan ada!

Request je rider kami ambilkan charger dari rumah dan hantarkan kepada anda di ofis. Satu je syarat - kena ada orang di rumah untuk passkan charger tersebut ke rider kami!

 

2. Hantar Barang Ke Serata Semenanjung Malaysia

Kini, bandar liputan Lalamove merangkumi Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Kalau korang tinggal dan bekerja di bandar ini, korang boleh guna Lalamove untuk hantar barang dalam bandar korang.

Tapi, kami tak berhenti setakat itu saja.

Hantaran jarak jauh ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan Lalamove

Anda juga boleh menghantar dengan semua kenderaan kami (kecuali Motosikal dan Kereta) ke mana-mana saja di Semenanjung Malaysia dari bandar liputan kami. 

 

3. Tempah Lori, 4 x 4 atau Van Untuk Berpindah

Perlu berpindah esok dan mencari pembantu untuk angkat perabot, tapi tak tahu nak bermula di mana?

Selain penghantaran dengan motosikal dan kereta, Lalamove juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan Lori Besar 17-kaki, Lori Sederhana 14-kaki, Lori Kecil 10-kaki, Van Besar 9-kaki, Van 7-kaki dan Pikap 4 x 4. Siap boleh tempah pembantu kalau perlu mengangkat barang-barang besar dan berat.

 Lori dan van Lalamove

 

Kalau anda perlukan khidmat berpindah untuk masa akan datang atau pada saat-saat akhir, jangan lupa untuk menempah lori, 4 x 4 atau van dengan Lalamove!

Bagaimana? Anda sudah bersedia untuk memenuhi 3 keperluan di atas ini dengan Lalamove? Muat turun aplikasi kami sekarang dan Lalamove-kan saja!

Lalamovekan Urusan Harian Saya

Read more

Anda sudah bersedia?

Muat turun aplikasi kami untuk penghantaran hari sama yang terpantas