Soalan Lazim

Bagaimanakah kami boleh membantu anda?

1. homepage-banner-vector

Opsyen Akaun

Bagaimana hendak menetapkan semua kata laluan saya?

Klik "Terlupa Kata Laluan" dalam Lalamove Driver App dan anda menerima kod pengesahan yang akan dihantar kepada nombor daftar untuk menetapkan semula kata laluan. Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan di 03-7688 6555 untuk bantuan lanjut

Bagaimana hendak mengemaskinikan maklumat kenderaan saya?

Untuk mengemaskini maklumat kenderaan anda, sila hantar e-mel ke info.kl@lalamove.com dengan mengepilkan gambar kenderaan anda dari hadapan, tepi dan belakang. Letakkan "MENGEMASKINI KENDERAAN" sebagai subjek emel anda.

Bagaimana hendak mengemaskinikan maklumat bank saya?

Untuk mengemaskini maklumat bank anda, anda perlu mengakses "Dompet" dan "Maklumat Bank" di dalam Lalamove Driver App. Anda boleh kemaskini maklumat bank di sini.

Bagaimana hendak mengemaskinikan nombor telefon saya?

Anda perlu mengubungi Khidmat Pelanggan di nombor 03-7688 6555 untuk mengemaskini nombor telefon anda.

Ratings

Bagaimana saya boleh beri rating kepada pelanggan saya?

Selepas penghantaran, pergi ke "Rekod" dan klik pesanan yang berkenaan untuk memberi rating kepada pelanggan

Menerima Pesanan

Bagaimana harga bayaran dikira?

Harga bayaran dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran dan juga jenis kenderaan

Bolehkah saya menerima lebih dari satu pesanan?

Ya, anda boleh menerima pesanan untuk masa akan datang atau pesanan segera

Maklumat apa yang saya boleh lihat?

Anda boleh melihat alamat dan nombor telefon pelanggan anda sebaik saja anda menerima pesanan

Bagaimana saya mengubungi pelanggan?

Selepas anda tap "Ambil Pesanan", pesanan tersebut akan diberikan kepada anda. Anda boleh melihat nama dan nombor telefon pelanggan anda. Selain itu, anda boleh mengubungi pelanggan anda melalui butang "Hubungi Pelanggan".

Bagaimana saya boleh membatalkan pesanan saya?

Anda perlu mengubungi Khidmat Pelanggan di nombor 03-7688 6555 untuk membatalkan pesanan anda.

Menjalankan Pesanan

Apa yang saya perlu buat jika barang belum bersedia untuk diambil?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan di nombor 03-7688 6555.

Melengkapkan Pesanan

Apa yang saya perlu buat jika penerima belum bersedia untuk menerima penghantaran?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan di nombor 03-7688 6555.