5 Kerja Part-Time Anda Boleh Cuba Sebagai Pelajar Universiti
Hidup berdikari sebagai pelajar universiti memang agak mencabar lebih-lebih lagi dari soal kewangan.
Dengan kos pembelajaran dan perbelanjaan harian yang semakin meningkat, melakukan kerja sambilan sememangnya pilihan yang tidak asing bagi sesetengah pelajar universiti.
Kalau anda ingin membuat duit sampingan, ini adalah 5 kerja sambilan yang anda boleh mohon dengan serta-merta:
1. Perniagaan Dropship
Perniagaan dropship membolehkan anda untuk berniaga tanpa perlu menyimpan produk.
Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang masih belajar kerana ia tidak memerlukan modal yang banyak.
Cara Untuk Mula:
Beli produk yang anda ingin promosikan dan hubungi penjual barang untuk proses dropshipping.
Kami sarankan anda untuk menjual barang-barang yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti makanan, produk kosmetik dan kecantikan atau pakaian.
Produk-produk ini boleh membawa keuntungan maksimum!
Sebagai drop-shipper, anda tidak terhad untuk mempromosikan satu jenis produk atau jenama sahaja.
Anda boleh mempromosikan barang sebanyak yang anda mampu asalkan ianya selamat digunakan oleh orang ramai.
Anggaran Kadar Pendapatan: RM200 hingga RM500 sebulan
2. Servis Printing
Mesti ada rakan-rakan yang pernah minta tolong untuk mencetak assignment pada saat-saat akhir kan?
Jika anda mempunyai printer, ini adalah masanya untuk anda jadi penyelamat bagi rakan-rakan di universiti!
Servis ini sememangnya menguntungkan, lagi-lagi kalau dah hampir penghujung semester.
Cara Untuk Mula:
Anda boleh iklankan servis printing kepada rakan sekelas dahulu.
Jika sudah yakin, anda boleh cuba menghantar mesej pengumuman di dalam WhatsApp ke rakan-rakan lain.
Kerja ini tidaklah terlalu menguntungkan namun ia masih dapat membantu untuk menambah duit poket.
Anggaran Kadar Pendapatan: RM100 hingga RM200 sebulan
3. Tutor Dalam Talian
Sebagai tutor sambilan di dalam talian, anda hanya perlu mengajar pelajar melalui Google Meet atau Zoom.
Tak perlu keluar bilik pun!
Cara Untuk Mula:
Jika anda tidak mempunyai pengalaman dalam mengajar, anda boleh mencuba untuk menjadi tutor bagi kanak-kanak tadika atau pelajar sekolah rendah.
Setelah anda sudah lebih yakin, anda boleh cuba mengajar pelajar sekolah menengah pula!
Anggaran Kadar Pendapatan: RM25 hingga RM45 sejam berdasarkan subjek
4. Pemandu Ride-Hailing
Jika anda pelajar universiti yang berusia 21 tahun ke atas dan mempunyai kereta, ini adalah peluang paling menguntungkan untuk anda:
Daftarlah sebagai rakan pemandu Lalamove!
Anda boleh mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove untuk menjana pendapatan secara sambilan!
Cara Untuk Mula:
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda boleh menjana pendapatan dengan menghantar barang atau pelanggan.
Untuk menghantar pelanggan, anda mestilah berumur 21 tahun ke atas. Anda boleh menyemak syarat-syarat asas di bawah:
5 Syarat-Syarat Untuk Menjadi Rakan Pemandu Lalamove Ride
Cara-Cara Untuk Menjadi Rakan Pemandu Lalamove Ride
Jika anda berusia 18 tahun ke 21 tahun dan ingin menjana pendapatan sambilan, anda masih boleh menyertai Lalamove sebagai rakan pemandu.
Anggaran Kadar Pendapatan: RM50 hingga RM100 sehari berdasarkan jumlah pesanan
5. Personal Shopper
Anda suka ber ‘window shopping’ di hujung minggu?
Jom tukarkan hobi ini kepada pekerjaan yang menguntungkan!
Anda boleh cuba menjadi personal shopper pada bila-bila masa yang anda inginkan.
Sebagai personal shopper, anda hanya perlu mengiklankan servis anda kepada orang ramai, mengambil pesanan dan membeli barang bagi pihak mereka.
Anda juga boleh menawarkan servis ini pada musim jualan murah dengan bayaran caj perkhidmatan.
Lagi ramai pelanggan yang anda dapat, lebih banyak pendapatan yang anda boleh jana!
Cara Untuk Mula:
Gunakan media sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook untuk mengiklankan servis anda.
Jangan lupa juga untuk sentiasa bersedia dengan jualan murah seperti jualan akhir tahun, Black Friday atau perayaan.
Anggaran Kadar Pendapatan: RM50 hingga RM100 sehari
Tambah Duit Poket Dengan Lalamove
Jadi, kerja sambilan mana yang anda lebih suka?
Apa-apa pun kerja yang anda ingin lakukan, kami dah senaraikan pekerjaan part-time yang fleksibel dan tidak mengganggu kehidupan anda sebagai pelajar universiti.
Jika anda berminat ingin menjadi salah seorang rakan pemandu Lalamove, anda boleh mendaftar melalui link di bawah: