5 Syarat-Syarat Untuk Menjadi Rakan Pemandu Lalamove Ride

featured image

Adakah anda sudah mendengar berita tentang servis terbaru kami?

Ya!

Lalamove sudah mengembangkan sayap ke industri e-hailing.

Tapi, kami tak boleh lakukan ini tanpa anda, rakan pemandu yang kami hargai!

 

Apakah Manfaat Yang Menanti Anda?

Dengan Lalamove, anda boleh menjana pendapatan di mana-mana dan pada bila-bila anda mahukan!

Terpulang kepada anda sama ada ingin membawa penumpang pada hujung minggu atau antara waktu rehat makan tengah hari.

Daripada tak buat apa, lebih baik anda keluar dan isi masa anda dengan sesuatu yang menguntungkan.

Betul tak?

Bermula pada 4 Disember 2024 hingga 7 Februari 2025, hanya 5% komisen akan ditolak bagi setiap pesanan 'Perjalanan' yang anda lakukan.

Sebelum itu, jom tengok 5 syarat-syarat untuk menjadi rakan pemandu Lalamove Ride:

 

1. Warganegara Malaysia & Berumur 21 Tahun Ke Atas

 

lalamove driver wearing orange getting ready to pick up passenger (1)-1

 

Untuk menjadi rakan pemandu kami, anda mestilah berumur 21 tahun ke atas.

Sorry! Adik-adik lepasan SPM kena tunggu lagi 2-3 tahun okay?

Tapi, jangan lupa cuba untuk mendaftar kalau dah capai had umur minimum tau!

 

2. Mempunyai Lesen Memandu Yang Sah

lesen memandu untuk rakan pemandu lalamove malaysia-1Perkara paling penting anda perlu ada kalau nak jadi rakan pemandu kami… 

Mestilah kena ada lesen memandu yang sah!

Kalau belum renew, cepat pergi renew!

Kalau belum ada lesen, jom daftar di pusat latihan memandu berdekatan rumah anda sekarang.

 

3. Mempunyai Lesen PSV

PSV license-1

 

Sebagai rakan pemandu Lalamove Ride, mempunyai lesen PSV atau  Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam amatlah penting.

Dengan lesen ini, anda boleh membawa penumpang ke destinasi mereka tanpa sebarang kerisauan!

Jika anda seorang rakan pemandu Lalamove sedia ada dan tidak mempunyai lesen PSV, tiba masanya untuk anda dapatkan lesen berkenaan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.

 

4. Mempunyai Kereta Yang Berumur Kurang Dari 15 Tahun

lalamove car

Sejak 2013, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah melaksanakan had umur kenderaan untuk ride-hailing.

Kereta yang telah melebihi had umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai kenderaan ride-hailing.

Bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh APAD, Lalamove komited untuk mematuhi peraturan bagi memastikan keselamatan pemandu dan juga penumpang.

Jadi, permohonan dengan kereta yang telah melebihi had umur akan ditolak oleh Lalamove.

 

5. Mempunyai Insurans Tahunan E-Hailing

 

vehicle insurance icon

 

Menjadi rakan pemandu Lalamove Ride bermakna anda mempunyai tanggungjawab tersendiri.

Oleh itu, amatlah penting untuk anda memiliki insurans tahunan e-hailing untuk melindungi anda dan penumpang jika terdapat kejadian tidak diingini.

Insurans e-hailing ini adalah tambahan untuk insurans kenderaan anda yang boleh dicarum melalui syarikat insurans kenderaan.

Ia juga haruslah diperbaharui setiap tahun.

Dengan memiliki insurans ini, anda bukan sahaja mematuhi syarat-syarat sah pemandu e-hailing, malah dapat memastikan keselamatan semua penumpang dalam kenderaan. Termasuk diri anda!

 

Senang Kan Nak Jadi Rakan Pemandu Kami?

So, macam mana?  Anda memenuhi syarat-syarat yang diperlukan tak?

Kalau ada, cepat daftar dan jadi rakan pemandu kami sekarang!

Anda juga boleh dapat ganjaran sehingga RM1000 bila anda rujuk kawan-kawan untuk sertai Lalamove tau!

Bukan itu saja, ada banyak lagi manfaat yang anda boleh dapat bila jadi rakan pemandu Lalamove.

Jom sign up cepat!

Klik Sini Untuk Daftar Sekarang

 

Read more