9 Aktiviti Percuma Untuk Anda Lakukan Di KL (Dengan Lalamove Ride!)
Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan tempat menarik dan PERCUMA yang boleh anda kunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan.
Dengan adanya Lalamove Ride, sekarang anda dah boleh menikmati perjalanan ke tempat percuma dengan tambang yang mesra poket!
Tertanya-tanya dimanakah tempat percuma yang boleh anda kunjungi? Jom kita lihat senarai di bawah:
1. Joging Di Taman Tasik Perdana
Kalau anda memerlukan tempat untuk berehat dari kota yang sibuk, Taman Tasik Perdana adalah tempatnya.
Dikelilingi dengan alam semula jadi yang indah, anda boleh berjoging atau berkelah untuk menenangkan minda.
Bukan hanya sesuai untuk tempat beriadah, anda juga boleh mengadakan sesi bergambar konvokesyen atau perkahwinan tau!
Terdapat juga Tugu Negara dan Taman Orked dan Bunga Raya yang terletak berdekatan taman ini.
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Jangan lupa untuk memakai krim pelindung matahari dan bawa air minuman sebelum anda masuk ke taman. Untuk mengelakkan masalah parkir, pesan sahaja Lalamove Ride dengan kami!
2. Ambil ‘OOTD’ Di Pintasan Saloma
Pintasan Saloma adalah jambatan untuk pejalan kaki yang menyambungkan Kampung Baru dengan pusat bandar.
Jika anda belum pernah ke sini, pastikan untuk datang pada waktu petang atau malam untuk menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan.
Jangan lupa untuk bergambar dengan Pintasan Saloma apabila lampu LED dinyalakan ya!
Alamat: 9, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Dah penat bergambar? Jom ajak kawan atau keluarga anda untuk singgah makan Tomyam di Kampung Baru.
3. Lawat Seni Lokal Di Balai Seni Negara
Adakah anda seseorang yang meminati seni lukisan dan reka bentuk?
Jika ya, ini adalah petanda untuk anda melawati Balai Seni Negara!
Balai Seni Negara sering mempamerkan seni-seni Malaysia dari pelbagai medium seperti lukisan, reka bentuk dan macam-macam lagi.
Alamat: Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, 2, Jalan Temerloh, Off, Jln Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Semak laman web mereka untuk melihat pameran yang sedang berjalan.
4. Makan-Makan Di Jalan Alor
Terkenal dengan kehidupan malam yang ceria, Jalan Alor sememangnya salah satu tempat yang diminati oleh pelancong dan warga lokal.
Di sini anda akan menjumpai pelbagai masakan bertaraf dunia dengan harga yang berbaloi seperti masakan Melayu, Cina, Thai, Vietnam dan Indonesia.
Kalau tak nak makan, nak OOTD sahaja pun boleh!
Ada juga yang cakap Jalan Alor ini adalah syurga bagi mereka yang meminati makanan laut! Betul ke?
Alamat: Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Jalan di sini agak sesak terutama pada waktu petang, jadi jangan rosakkan hari anda. Pesan lah Lalamove Ride untuk perjalanan yang mudah!
5. Mendaki Di Taman Tugu
Tempat mendaki yang mesra pemula ini boleh dikatakan tidak banyak diketahui umum.
Dengan suasana yang tenang dan laluan mendaki yang dijaga dengan baik, Taman Tugu adalah tempat sempurna bagi mereka yang sukakan alam semula jadi.
Tahukah anda bahawa terdapat spesis pokok terancam seperti Keruing, Meranti dan Mersawa berada di dalam hutan ini?
Jom terokai Taman Tugu pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan!
Alamat: 94-1, Pesiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Jika anda baru saja menjinakkan diri dalam aktiviti mendaki, Taman Tugu adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan sebagai permulaan kerana laluannya yang mudah.
6. Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur City Gallery
Di Kuala Lumpur City Gallery, anda boleh bergambar dan berjalan-jalan sambil melihat sejarah dan menikmati keunikan seni bina bangunan di Malaysia.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat diorama (model 3D) bangunan bersejarah di Malaysia yang indah seperti bangunan Sultan Abdul Samad dan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.
Setelah anda selesai mengamati galeri tersebut, jangan lupa untuk akhiri perjalanan anda dengan bergambar bersama tanda ‘I ❤️ KL’!
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Walaupun kedai roti dan pastri KLCG yang terkenal telah berpindah ke tempat lain, anda masih boleh kunjungi kafe yang berdekatan seperti Kafe Piccadilly dan Kafe Kleptokrat.
7. Lepak-Lepak Di Dataran Merdeka
Selepas anda selesai mengunjungi Kuala Lumpur City Gallery, anda boleh berjalan sedikit ke Dataran Merdeka untuk menikmati keindahan bangunan Sultan Abdul Samad di depan mata.
Jika anda tunggu sehingga malam, anda akan dapat menikmati bangunan Sultan Abdul Samad yang dipenuhi dengan lampu dan berlatarbelakangkan Menara Kuala Lumpur seperti di dalam gambar.
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Jangan lepaskan peluang untuk menyertai apa-apa festival makanan atau konsert yang diadakan di Dataran Merdeka.
8. Janji Temu Romantik Di River Of Life
Satu lagi tempat percuma terletak berdekatan Dataran Merdeka:
River Of Life adalah projek pengindahan tepi sungai dengan air pancut dan pencahayaan yang dilancarkan pada tahun 2017.
Waktu terbaik untuk melawati kawasan ini adalah pada waktu petang atau malam ketika ianya dipenuhi lampu LED yang berwarna-warni.
Pssttt… Dekat sini pun anda dah boleh berjanji temu dengan kesayangan dengan bertemankan sungai yang indah.
Alamat: Jalan Benteng, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Untuk keselamatan anda, elakkan berseorangan di tempat ini pada waktu malam kerana kawasan ini agak gelap.
9. Lawati Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Tahukah anda di dalam muzium ini terdapat terowong yang bernilai RM1 juta?
Ya, betul! Jika anda kunjungi muzium ini, anda akan dapat melihat wang ringgit yang bernilai 1 juta.
Selain itu, terdapat juga lima galeri berlainan yang boleh anda kunjungi seperti Galeri Numismatik, Galeri Kewangan Islam, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi dan Galeri Kanak-Kanak.
Anda boleh layari laman web mereka untuk mengetahui tentang pameran terkini!
Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Anda tidak dibenarkan membawa sebarang beg ketika masuk ke dalam muzium kecuali telefon bimbit dan dompet.
Jom Jalan-Jalan Di KL Bersama Lalamove Ride
Dah tahu aktiviti apa anda nak lakukan hujung minggu ini?
Haa pilih je dari senarai di atas.
Sama ada anda nak ber ‘me time’, keluar dengan kawan atau keluarga, biar Lalamove bawa anda ke destinasi!
Nikmati perjalanan yang mudah dan cepat bersama kami. Jom pesan sekarang!