Cuti Sekolah Dah Habis? Ini 4 Cara Nak Hadap Jem Tanpa Stres!
Cuti sekolah memang waktu paling best bila anda menetap di Lembah Klang. Jalan lengang, jadi kalau anda bangun lewat sikit pun tak jadi masalah untuk pergi kerja.
Tapi bila cuti dah habis, realiti kembali… trafik sesak, LRT dan MRT penuh, semua orang berpusu-pusu nak masuk semula kerja atau ke kampus.
Kalau anda kerja di pejabat atau seorang pelajar, mesti anda tahu betapa mencabarnya waktu ini.
Kami ada beberapa tips untuk membantu anda menghadapi pagi yang sibuk tanpa membuat anda hilang mood!
1. Bersiap Lebih Awal

Bunyi memang cliche. Tapi kalau anda bersiap 15-20 minit lebih awal boleh buat perbezaan besar.
Anda ada masa untuk mengambil sarapan ringan dan bersiap tanpa kelam-kabut.
Dan paling penting, boleh elakkan stres awal pagi yang boleh rosakkan mood sepanjang hari.
2. Rancang Perjalanan

Dengan trafik yang makin sesak lepas cuti sekolah, amat penting untuk anda tahu laluan terbaik.
Gunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze untuk menyemak keadaan trafik sebelum keluar rumah.
Kalau anda naik pengangkutan awam seperti bas, LRT atau MRT pula, cuba keluar lebih awal untuk elakkan waktu puncak.
Jangan lupa untuk semak aplikasi MyRapid PULSE untuk berita terkini tentang penjadualan tren.
3. Pilih Cara Perjalanan Yang Lebih Fleksibel

Apa nak buat kalau anda dah penat memandu atau bersesak dalam tren?
Mungkin sudah tiba masa untuk anda cuba alternatif yang lebih selesa. Salah satu pilihan yang anda boleh cuba ialah dengan Lalamove Ride.
Dengan Lalamove Ride, anda boleh:
- Tempah ride dengan mudah melalui aplikasi Lalamove
- Harga berpatutan tanpa risau harga waktu puncak
- Elakkan tekanan mencari parking atau bersesak
- Sambung tidur sementara sampai ke destinasi (ini paling best!)
4. Jangan Skip Sarapan

Walaupun anda rushing nak keluar kerja atau ke kampus, jangan pernah skip sarapan!
Sarapan membantu anda meningkatkan fokus dan tenaga. Sebab tu penting untuk anda bangun dan bersiap awal.
Tak perlu makanan berat, cukup roti bakar, pisang atau oat sudah mencukupi. Kalau tak sempat, anda boleh tapau dan makan semasa dalam perjalanan.
Redah Waktu Puncak Dengan Lalamove Ride

Bila cuti sekolah berakhir, kehidupan kembali sibuk dan jalan raya pun kembali sesak.
Sama ada nak pilih bersiap awal atau guna servis pengangkutan seperti Lalamove Ride, semua bergantung pada keselesaan anda.
Kalau nak mudah, mestilah naik Lalamove Ride!
Semoga hari anda lebih lancar dan selamat kembali ke rutin harian!

