Cara Untuk Mendaftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove Di Kedah

Dia mai dah, Lalamove mai dah!
Hangpa tau dak yang Lalamove kini dah ada di Kedah?
Lepas ni lebih mudah la hangpa nak jana pendapatan sampingan.
Mai sini kami tunjukkan cara-cara untuk mendaftar sebagai rakan pemandu:
Langkah 1: Muat Turun Aplikasi Lalamove Driver
Sebelum anda memulakan proses pendaftaran, anda harus memuat turun aplikasi Lalamove Driver kami melalui App Store atau Google PlayStore.
Hangpa jangan tersilap ya! Pastikan untuk memuat turun aplikasi Lalamove Driver seperti gambar yang tertera di bawah:
Sebelum kita mulakan, jom semak jika anda memenuhi syarat-syarat dibawah:
✅ Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berwarna BIRU
✅ Berumur 18 tahun ke atas
✅ Mempunyai lesen memandu dan lesen GDL bagi pendaftaran jenis kenderaan Van atau Lori
✅ Memiliki kenderaan sendiri
Langkah 2: Isikan Maklumat
Selepas anda selesai memuat turun aplikasi Lalamove Driver, anda boleh mula mengisi maklumat yang diminta.
Penting: Bagi pendaftaran rakan pemandu Lalamove Kedah, anda harus memilih ‘Penang’ sebagai kawasan anda.
Tapi hangpa tak perlu risau, job di negeri Kedah akan tertera di dalam aplikasi!
Langkah 3: Lengkapkan Pendaftaran
Seterusnya, anda perlu mencipta akaun Lalamove Driver anda seperti berikut:
1. Masukkan Nama Dan Kod Rujukan
Tip: Daftar Lalamove dengan kod rujukan kawan untuk dapat bonus sehingga RM280. Rujuk di sini.
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Dan Tarikh Lahir
3. Masukkan Nombor Plat Kenderaan
4. Ikuti Sesi Latihan Online Lalamove
5. Muat Naik Dokumen Sokongan
Anda perlu memuat naik dokumen sokongan seperti Gambar Profil, Gambar Kenderaan, Gambar Kad Pengenalan dan Gambar Lesen Memandu.
Tip: Ikuti tips mudah lulus ini apabila mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove.
Kemudian hantar!
Langkah 4: Tunggu Proses Semakan
Setelah semuanya selesai, pendaftaran anda akan disemak oleh pihak kami.
Penting: Proses semakan akan mengambil masa 2-5 hari bekerja.
Jika pendaftaran anda berjaya, pihak Lalamove akan menghubungi anda bagi pembayaran deposit dan pemasangan sticker jika anda pemandu kenderaan Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori yang ingin mendapatkan lebih faedah.
Mai Pakat Daftar Ramai-Ramai
Macam mana? Mudah je kan nak daftar sebagai rakan pemandu Lalamove?
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda juga boleh menikmati manfaat hebat seperti insurans percuma, makanan dan minuman, penyelenggaraan kenderaan dan macam-macam lagi.
Hangpa tunggu apa lagi? Lekaih daftar!
P/S: Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya ini, jom tonton filem pendek Lalamove yang bertajuk "Secukupnya Raya Ini" di bawah: