Cara Untuk Mendaftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove Di Perak

featured image

Apa khabar, orang Perak?

Kome semua mesti dah tau yang Lalamove kini udoh selamat sampei di negeri Perak.

Walaupun Lalamove masih belum ada Pusat Pemandu di Perak, anda masih boleh mendaftar sebagai pemandu dan ambil pesanan untuk menjana pendapatan!

Bak kata rakan pemandu Lalamove di negeri-negeri lain, memang mudah le nak jana pendapatan sampingan bila ada Lalamove ni!

Jom kami tunjukkan cara-cara untuk daftar sebagai pemandu:

 

1. Muat Turun Aplikasi Lalamove

Wajib untuk kome ada aplikasi Lalamove Driver dalam smartphone ya.

Inilah aplikasi mudah alih yang anda akan gunakan untuk mengambil dan menghantar pesanan.

Cari je “Lalamove Driver” di App Store atau Google PlayStore. Pastikan anda download app dengan stereng di bawah:aplikasi lalamove driver di app store atau google playstore

2. Isikan Maklumat

laman daftar sebagai rakan pemandu dalam aplikasi mudah alih lalamove driver

Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor telefon, jenis kenderaan dan lain-lain.

Sebelum anda mendaftar, pastikan anda memiliki lesen memandu yang sah!

 

3. Pilih ‘Penang’ Sebagai Kawasan Anda

pilih penang bila anda ingin mendaftar sebagai rakan pemandu di perak

“Eh, kenapa Penang?”

Ya, mungkin kedengaran agak pelik.

Tapi seperti yang dimaklumkan tadi, Lalamove masih belum ada Pusat Pemandu di Perak.

Jadi anda boleh pilih ‘Penang’ sebagai kawasan dalam laman pendaftaran.

Jangan risau, job di negeri Perak akan muncul dalam app!

 


4. Lengkapkan Pendaftaran

Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan dihubungi oleh pihak Lalamove untuk melengkapkan pendaftaran anda.

Ini termasuk mengikuti sesi latihan online, memuat naik dokumen penting dan pembayaran deposit.

Setelah semuanya selesai, pendaftaran anda akan disemak dan diluluskan dalam tempoh beberapa hari.

Semudah itu sahaja!

Anda boleh mula mengambil pesanan di kawasan Perak seperti di bawah:

senarai pesanan lalamove di negeri perak seperti ipoh dan taiping

 

Selamat Datang Ke Lalamove Perak!

 

pemandu lalamove hantar hadiah kepada customer di depan pintu memakai jacket lalamove warna oren

 

Sekarang anda sudah tahu cara-cara untuk daftar sebagai rakan pemandu Lalamove.

Mesti kome semua dah tak sabar nak ambil job di kawasan-kawasan Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar dan banyak lagi!

Sebagai rakan pemandu Lalamove, kome semua boleh menikmati pelbagai ganjaran. Bukan setakat buat duit sampingan je!

Ajak Rakan-Rakan Anda Sertai Lalamove, Boleh Dapat Duit!

Dah Jana Pendapatan? Lihat Cara Untuk ‘Cash Out’ Duit Anda

Cuba Tengok Sini, Ada Banyak Benefits Lah Jadi Driver Lalamove Ni!


Klik Untuk Mendaftar Sebagai Rakan Pemandu Di Perak

Read more