Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pemandu Lalamove Di Pantai Timur
Demo tahu dok yang Lalamove dah maghi Pata Timo?
Selepas ini lebih mudah orang-orang di Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk menjana pendapatan!
Jom kami tunjukkan cara-cara untuk mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove:
Langkah 1: Muat Turun Aplikasi Lalamove Driver
Sebelum anda memulakan proses pendaftaran, anda harus memuat turun aplikasi Lalamove Driver kami melalui App Store atau Google PlayStore.
Anda jangan tersilap ya! Pastikan untuk memuat turun aplikasi Lalamove Driver seperti gambar yang tertera di bawah:Sebelum kita mulakan, jom semak jika anda memenuhi syarat-syarat dibawah:

✅ Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berwarna BIRU
✅ Berumur 18 tahun ke atas
✅ Mempunyai lesen memandu dan lesen GDL bagi pendaftaran jenis kenderaan Van atau Lori
✅ Memiliki kenderaan sendiri
Langkah 2: Isikan Maklumat

Selepas anda selesai memuat turun aplikasi Lalamove Driver, anda boleh mula mengisi maklumat yang diminta.
Pilih 'Pantai Timur Malaysia' jika anda menetap di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Kemudian, pilih jenis kenderaan yang anda miliki.
Langkah 3: Lengkapkan Pendaftaran
Seterusnya, anda perlu mencipta akaun Lalamove Driver anda seperti berikut:
1. Masukkan Nama Dan Kod Rujukan
Tip: Daftar Lalamove dengan kod rujukan kawan untuk dapat bonus sehingga RM280. Rujuk di sini.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Dan Tarikh Lahir

3. Masukkan Nombor Plat Kenderaan

4. Ikuti Sesi Latihan Online Lalamove

5. Muat Naik Dokumen Sokongan
Anda perlu memuat naik dokumen sokongan seperti Gambar Profil, Gambar Kenderaan, Gambar Kad Pengenalan dan Gambar Lesen Memandu.
Tip: Ikuti tips mudah lulus ini apabila mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove.
Kemudian hantar!

Langkah 4: Tunggu Proses Semakan
Setelah semuanya selesai, pendaftaran anda akan disemak oleh pihak kami.
Penting: Proses semakan akan mengambil masa 2-5 hari bekerja.
Jika pendaftaran anda berjaya, pihak Lalamove akan menghubungi anda bagi pembayaran deposit dan pemasangan sticker jika anda pemandu kenderaan Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori yang ingin mendapatkan lebih faedah.
Pakat Maghi Daftor Ramai-Ramai Belake!
Macam mana? Mudah je kan nak daftar sebagai rakan pemandu Lalamove?
Banyak manfaat yang anda boleh dapat apabila menjadi rakan pemandu Lalamove, antaranya:
- Masa bekerja yang fleksibel
- Program insentif dan ganjaran
- Insurans percuma
- Diskaun bagi penyelenggaraan kenderaan, makanan dan minuman
Dan banyak lagi…
Demo tunggu gapo lagi?
