Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Lesen PSV E-Hailing | Lalamove Ride

featured image

Berita baik buat semua pemandu Kereta di luar sana!

Lalamove Ride akhirnya tiba di kawasan Lembah Klang. Ini bermakna anda boleh membawa penumpang dan menjana pendapatan lebih sebagai rakan pemandu Lalamove Ride.

Untuk menjadi pemandu e-hailing yang sah di Malaysia, anda perlu memiliki lesen PSV (Public Service Vehicle).

 

Apa itu lesen PSV (Public Service Vehicle)?

 

PSV license-1

 

Lesen PSV (Public Service Vehicle) adalah lesen khas yang diperlukan oleh pemandu di Malaysia untuk mengendalikan kenderaan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan e-hailing.

Lesen ini dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan wajib dimiliki oleh pemandu yang membawa penumpang untuk bayaran.

Jika anda tiada lesen PSV, anda tidak dibenarkan untuk membawa pemandu!

 

Apakah jenis-jenis lesen PSV?

  1. PSV E-Hailing: Untuk pemandu perkhidmatan e-hailing seperti Lalamove Ride.

  2. PSV Bas: Untuk pemandu bas, termasuk bas sekolah, bas kilang dan bas awam.

  3. PSV Teksi: Untuk pemandu teksi.

 

Apakah langkah-langkah untuk memiliki lesen PSV?

Pastikan anda ikut langkah-langkah untuk memiliki lesen PSV anda.

Ini bukan sahaja dapat memastikan anda mempunyai latihan dan tanggungjawab sebagai pemandu, malah dapat memberi keyakinan kepada penumpang bahawa pemandu yang membawa mereka adalah sah dan terlatih.

Jom lihat langkah-langkah di bawah:

 

1. Dapatkan Surat Pengesahan Kesihatan:

Hadir ke klinik atau hospital yang diiktiraf untuk melakukan pemeriksaan kesihatan Lesen PSV.

Kemukakan Borang JPJ L8A anda kepada klinik. Anda boleh muat turun Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Vokasional JPJL8A untuk diisi dengan lengkap oleh doktor perubatan anda.

_Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Vokasional JPJL8A

Klik Untuk Muat Turun Borang JPJL8A

 

2. Selesaikan Kursus PSV E-Hailing:

Hadiri kursus latihan PSV di sekolah memandu atau pusat latihan yang diiktiraf oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

Pastikan anda bawa:

  • Borang JPJL8A yang telah diisi dengan lengkap

  • Resit pembayaran konsultasi perubatan (Asal)

  • Salinan MyKad dan Lesen Memandu (kedua-dua bahagian depan & belakang)

Kursus ini biasanya berlangsung selama 6 jam dan merangkumi aspek keselamatan, undang-undang jalan raya dan perkhidmatan pelanggan.

Hadir tepat pada masa atau kelewatan anda boleh menyebabkan slot anda perlu dijadualkan pada hari lain!

Setelah berjaya menamatkan Latihan PSV dan anda akan diberikan:

  • Sijil JPJ L2C (Sijil Latihan)

  • Maklumat Pendaftaran

 

3. Dapatkan Lesen PSV:

Untuk memohon untuk lesen PSV, anda boleh bertanya kepada institut memandu berdekatan anda jika mereka boleh mengendalikan proses pendaftaran Lesen PSV untuk anda.

Anda juga boleh daftar di mana-mana Pejabat JPJ di negeri yang sama anda menghadiri Latihan PSV anda.

Sila bawa dokumen berikut untuk mendaftar Lesen PSV:

  • Asal dan salinan MyKad (NRIC) anda

  • Lesen Memandu (CDL) asal dan salinan fotostat anda

  • Borang Perubatan JPJL8A (diisi oleh klinik). Lampirkan bersama-sama Resit Pemeriksaan Kesihatan berserta cop dan tandatangan klinik

  • Sijil L2C JPJ (Sijil Latihan). Sijil ini sah untuk 1 tahun sahaja.

  • Maklumat Pendaftaran

  • Foto bersaiz 1 × 25mm × 32mm dengan latar belakang putih

Setelah permohonan anda disahkan, ambil Lesen PSV rasmi anda di Pejabat JPJ yang anda daftarkan.

 

Bersedia Untuk Menjadi Pemandu Lalamove Ride

Lesen PSV adalah penting untuk memastikan bahawa pemandu pengangkutan awam dan e-hailing di Malaysia memenuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.

Ia juga dapat melindungi penumpang dan memastikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam dikendalikan oleh pemandu yang berkelayakan dan bertanggungjawab.

Jika anda sudah memiliki lesen PSV E-hailing, ini bermakna anda juga bersedia untuk menjana pendapatan tambahan bersama Lalamove!

Anda juga boleh membawa pulang 95% tambang pendapatan bagi setiap pesanan 'Perjalanan' dari 4 Disember 2024 hingga 7 Februari 2025.

Jom daftar sekarang!

 

Daftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove Ride

Read more