Apa Makna Merdeka Bagi Muzaisyam?

Kalau anda fikir rakan pemandu Lalamove hanya menghantar barang, sebenarnya mereka buat lebih daripada itu.
Baru-baru ini, kami telah membawa salah seorang rakan pemandu bertuah kami untuk…
Mencanting batik sempena bulan kemerdekaan ini!
Normuzaisyam Mohamed atau lebih mesra dikenali sebagai Muzaisyam adalah seorang rakan pemandu Van Besar 9-kaki dan peniaga pasar malam.
Muzaisyam memang teruja bila kami membawanya ke Jadi Batek, sebuah studio seni yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Batik Warisan Budaya Kita
Muzaisyam yang berasal dari Gua Musang, Kelantan ini bukan calang-calang orang.
Walaupun ini adalah kali pertama dia mencuba untuk mencanting batik, tetapi dia tidak terlihat canggung ketika memegang alat canting.
Corak batik yang dia pilih juga bukan yang biasa-biasa. Muzaisyam memilih corak bunga raya, salah satu simbol kebangsaan yang penuh makna!
Sepanjang sesi mencanting batik, kami sempat berbual santai dengan Muzaisyam.
Bila ditanya apa erti kemerdekaan, jawapan yang diberikan cukup ringkas tetapi sangat mendalam.
“Hidup harmoni berbilang kaum dalam negara yang sama,” katanya sambil tersenyum.
Sebagai anak Malaysia, Muzaisyam bangga dengan negara ini yang dipenuhi dengan pelbagai nikmat.
Contohnya seni batik Malaysia yang unik dan warisan kebanggaan negara.
Kata Muzaisyam, warisan seperti ini lah yang patut kita banggakan dan kekalkan sampai bila-bila kerana ini adalah identiti negara kita.
Hidup Dalam Negara Berbilang Kaum
Selain dari menjadi rakan pemandu Lalamove, Muzaisyam juga seorang peniaga pasar malam.
Dengan bantuan isteri dan anak sulung, Muzaisyam berniaga pelbagai jenis kasut dan selipar, dari saiz kecil untuk kanak-kanak hingga ke saiz besar untuk orang dewasa.
Perniagaan ini memberi peluang kepada Muzaisyam untuk berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, latar belakang dan juga bangsa.
Kata Muzaisyam, dia turut mengalami keharmonian yang sama sebagai rakan pemandu Lalamove.
Yang paling seronok apabila Muzaisyam dapat berurusan dengan pelanggan Lalamove dari negeri-negeri berbeza.
Satu cerita yang Muzaisyam kongsikan adalah ketika dia menghantar durian Black Thorn ke seorang pelanggan berbangsa Cina dari Pulau Pinang.
“Selama ni saya tak pernah rasa durian Black Thorn, sebab harga sekilo pun boleh mencecah RM100.
“Tapi berkat pelanggan saya yang baik hati, dia bagi 3kg durian Black Thorn untuk saya bawa balik makan dengan keluarga,” kata Muzaisyam.
Inilah bukti kemesraan rakyat Malaysia, tak kira bangsa dan agama.
Kemerdekaan Muzaisyam Bersama Lalamove
Sebelum mencuba Lalamove, Muzaisyam hanya bergantung 100% dengan pendapatan perniagaan pasar malamnya.
Tetapi, sejak COVID-19 melanda pada tahun 2020, segalanya berubah bagi Muzaisyam dan keluarga.
“Sekarang berniaga di pasar malam pun slow. Dulu boleh dapat RM1,000 sehari, tapi sekarang nak dapat RM400 sehari pun agak susah,” tambahnya.
Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove.
Dari situ Muzaisyam bangkit, sehingga boleh melunaskan hutang dan menambah pendapatan hingga empat ke lima angka sebulan.
Bayangkan, Muzaisyam mampu menyara keluarga dan berpeluang mengejar hobinya iaitu melancong!
“Kalau ada job pergi Johor, saya boleh pergi singgah makan Nasi Lemak Lobster yang terkenal tu. Kadang-kadang saya bawa juga isteri saya ikut, boleh enjoy sambil bekerja,” cerita Muzaisyam dengan penuh semangat.
Dari Pulau Pinang ke Terengganu, Muzaisyam telah jelajah hampir seluruh Semenanjung Malaysia hanya sebagai rakan pemandu Lalamove.
Bekerja Sambil Berseronok
Dengan Lalamove, Muzaisyam bebas memilih sumber rezeki yang boleh menampung kehidupannya sekeluarga.
Merdeka bukan sekadar bendera atau perarakan. Ia juga tentang peluang, usaha dan harmoni yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau latar belakang.
Adakah anda juga suka memandu, melancong dan berjumpa orang baru seperti Muzaisyam?
Jom sertai Lalamove dan alami sendiri pengalaman bekerja sambil berseronok!