Misi Poket Penuh: 4 Tips Untuk Naik Ke Tempat Teratas
Hai rakan pemandu Lalamove!
Dengan peraduan Misi Poket Penuh, anda boleh ambil job seperti biasa dan berpeluang untuk menang hadiah terkumpul sehingga RM25,000.

Setiap minggu, laman web Misi Poket Penuh akan dikemas kini dengan SEPULUH pemandu di tempat teratas.
Kalau anda masih belum lihat nama anda tersenarai, baca blog ini untuk lihat 4 rahsia anda boleh naikkan ranking dan menang peraduan Misi Poket Penuh!
1. Pilih Lokasi Strategik

Jangan tunggu job di kawasan sunyi. Sebaliknya, tunggu job di kawasan seperti:
- Kawasan kedai alat ganti kenderaan
- Kawasan pejabat
- Kawasan restoran popular
Lebih banyak permintaan pesanan, lebih mudah untuk anda dapat job masuk!
Tip: Sertai saluran WhatsApp rasmi Lalamove untuk maklumat lanjut mengenai kawasan hotspot di Lembah Klang.
Untuk penghantaran: Saluran WhatsApp Lalamove Driver Malaysia
Untuk Ride: Saluran WhatsApp Lalamove Ride Malaysia
2. Faham Waktu Puncak
Kalau nak buat duit lebih, masa memang segalanya.
Tip: Cuba selidik kawasan dan waktu paling sibuk di tempat yang anda selalu ambil job. Setiap tempat ada corak pesanan yang tersendiri.
Bila dah tahu rentak, anda boleh rancang perjalanan dan waktu puncak yang anda boleh fokus.
3. Kekalkan Rating Anda

Ramai rakan pemandu tak sedar yang rating tinggi boleh bagi banyak manfaat.
Macam mana nak mengekalkan rating tinggi?
✅ Sentiasa on-time
✅ Hubungi pelanggan jika ada masalah atau kelewatan
✅ Jaga barang pelanggan dengan baik
✅ Layan pelanggan dengan sopan
Walaupun nampak mudah, tetapi ia boleh memberi impak yang besar kepada anda sebagai seorang rakan pemandu.
4. Sentiasa Konsisten Dan Berdisiplin
Ini tip paling berkesan.
Untuk kumpul pesanan terbanyak, anda harus konsisten dalam mengambil job.
Apa yang anda boleh buat:
✅ Buat target job pada waktu pagi, petang atau malam
✅ Sediakan masa berehat untuk kumpul tenaga
✅ Susun perjalanan
Ingat, jangan give up separuh jalan. Nnanti anda yang rugi!
Nak Poket Penuh? Inilah Peluang Anda

Dengan peraduan Misi Poket Penuh, anda boleh jadikan pendapatan yang anda inginkan menjadi realiti.
Mulakan dengan langkah kecil, perbaiki servis sedikit demi sedikit dan lama-lama anda sendiri akan nampak hasilnya.
Jadi, anda dah bersedia nak naik ke tempat teratas dalam peraduan Misi Poket Penuh?
Jom kita kayuh dan sama-sama naik!
