Panduan Lengkap Untuk Misi Poket Penuh Lalamove

featured image

Dah beraya sakan, shopping, pergi open house. Mesti poket tu dah kering kan?

Kalau anda dah terlebih berbelanja, jangan risau! Ini masanya untuk tebalkan semula poket.

Bagaimana?

Mestilah dengan peraduan Misi Poket Penuh!

Dengan peraduan ini, anda berpeluang untuk membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM25,000!

Jom baca lebih lanjut:

 

Apa Itu Peraduan Misi Poket Penuh?

Misi Poket Penuh adalah peraduan yang dibuka untuk semua rakan pemandu Lalamove, tidak kira yang sedia ada atau yang baru mendaftar.

Peraduan ini bermula pada 1 April 2026 hingga 30 April 2026. Rakan pemandu yang melengkapkan pesanan terbanyak sepanjang tempoh kempen berpeluang untuk memenangi hadiah tunai yang gempak!

Lalamove vehicles

Sebanyak 50 pemenang yang melengkapkan pesanan terbanyak akan dipilih berdasarkan enam kategori seperti dibawah:

  • Motosikal
  • Kereta
  • Kereta (Lalamove Ride)
  • Pikap 4x4
  • Van
  • Lori

 

Siapa Yang Boleh Menyertai Peraduan Ini?

Peraduan ini dibuka kepada semua rakan pemandu Lalamove baru dan sedia ada yang berdaftar untuk servis penghantaran atau ride.

Tak kira anda dari Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Kuching atau Penang, anda dialu-alukan untuk menyertai!

Ini adalah syarat-syarat untuk menyertai sebagai rakan pemandu Lalamove:

  1. Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan Biru
  2. Berumur 18 tahun keatas bagi pemandu penghantaran dan 21 tahun keatas bagi pemandu Lalamove Ride
  3. Mempunyai kenderaan (Motosikal, Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori)
  4. Mempunyai lesen memandu yang sah
  5. Mempunyai lesen PSV bagi pemandu Lalamove Ride

Anda belum mendaftar? Jom daftar sekarang melalui butang dibawah:

Daftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove

 

Apakah Hadiah Yang Ditawarkan?

Bagi setiap pesanan yang anda selesaikan semasa tempoh peraduan akan dikira sebagai satu penyertaan.

Contoh:

Selesaikan 50 pesanan = 50 penyertaan

Selesaikan 100 pesanan = 100 penyertaan

50 pemenang dengan pesanan terbanyak akan dipilih seperti dibawah:

 

Hadiah Misi Poket Penuh

Nota: Rakan pemandu teratas dengan pesanan terbanyak dari setiap kategori kenderaan akan dikemas kini dalam carta mingguan.

 

Bagaimana Untuk Menyertai Peraduan?

Langkah 1

Driver App Registration BM

Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove melalui aplikasi Lalamove Driver.

Kalau anda dah mendaftar, terus pergi ke Langkah 2.

 

Langkah 2

Screenshot - Misi Poket Penuh

Klik butang dibawah untuk pergi ke halaman rasmi Misi Poket Penuh.

Daftar Peraduan Misi Poket Penuh 

Kemudian, isi maklumat yang diminta seperti dibawah:

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Jenis Kenderaan Yang Berdaftar
  • Nombor Plat Kenderaan Yang Berdaftar
  • Nombor Telefon
  • Muat naik tangkap layar profil akaun Lalamove Driver anda

Nota: Pastikan maklumat yang diisi sepadan dengan maklumat yang terdapat di dalam akaun Lalamove Driver anda.

 

Langkah 3

Screenshot 2 - Misi Poket Penuh

Tunggu pengesahan selepas pendaftaran dihantar.

Anda akan menerima notifikasi di dalam aplikasi Lalamove Driver selepas penyertaan Misi Poket Penuh anda disahkan.

 

Isi Poket Dengan Lebih Pendapatan

 

happy lalamove driver (2)

Pendapatan selepas Raya? Semua boleh dengan Misi Poket Penuh!

Sambil anda jana pendapatan harian, jangan lupa untuk sertai peraduan ini juga untuk jana lebih banyak.

Jom gandakan pendapatan selepas Raya sekarang!

 

Sertai Peraduan Misi Poket Penuh Sekarang

 

Read more