Panduan Lengkap Untuk Rakan Pemandu Lalamove Di Pantai Timur

featured image

Bagi yang belum tahu, perkhidmatan Lalamove kini sudah tersedia di Pantai Timur!

Ya, penghantaran hari yang sama dan pantas kini boleh dinikmati oleh mereka yang menetap di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ini kali pertama anda dengar tentang Lalamove? Jangan risau.

Jom kami terangkan apa itu Lalamove dan mengapa anda perlu menyertai sebagai salah seorang rakan pemandu.

 

Apa Itu Lalamove?

 

rakan pemandu Lalamove dan pelanggan

 

Lalamove ialah platform penghantaran on-demand yang menghubungkan pelanggan dengan rakan pemandu melalui aplikasi Lalamove.

Pelanggan boleh membuat pesanan dan rakan pemandu boleh menerima pesanan tersebut secara manual melalui halaman pesanan dalam aplikasi Lalamove Driver.

Kini, servis Lalamove boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia dan Kuching, Sarawak dengan beberapa negeri sebagai pusat seperti:

  • Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor)
  • Melaka
  • Johor dan Daerah Berdekatan
  • Penang dan Negeri Utara
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)

Jadi, rakan pemandu Lalamove di Pantai Timur berpeluang untuk mengambil pesanan di dalam daerah atau pesanan jarak jauh.

 

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Sertai Lalamove Sebagai Rakan Pemandu

Kos sara hidup yang semakin meningkat memberi cabaran kepada ramai keluarga di daerah Pantai Timur Malaysia.

Sama ada di Kelantan, Terengganu atau Pahang, ramai orang kini mencari peluang untuk menambah pendapatan tanpa perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada atau mengorbankan masa bersama keluarga.

Ini adalah sebab mengapa rakan pemandu di Pantai Timur wajib menyertai Lalamove:

 

1. Pendapatan Tambahan Mengikut Masa Sendiri

 

jana pendapatan tambahan

 

Bukan semua orang mempunyai jadual kerja yang sama.

Ada yang bekerja syif, ada yang berniaga sendiri dan ada juga yang sudah bersara tetapi masih ingin kekal aktif bekerja.

Bagi yang belum tahu, salah satu kelebihan menjadi rakan pemandu Lalamove ialah fleksibiliti.

Rakan pemandu boleh memilih sendiri bila ingin mengambil job Lalamove mengikut masa terluang yang ada.

Maksudnya, anda boleh menjana pendapatan tambahan tanpa perlu terikat dengan jadual kerja tetap.

 

2. Bantu Ringankan Perbelanjaan Keluarga

 

perbelanjaan keluarga

 

Perbelanjaan keluarga bukan sahaja melibatkan makanan dan bil utiliti.

Setiap tahun, ibu bapa perlu menyediakan bajet untuk yuran sekolah, buku, pakaian seragam, kelas tuisyen dan pelbagai keperluan lain untuk anak-anak.

Dengan adanya sumber pendapatan tambahan, anda dapat mengurus kewangan keluarga dengan lebih baik.

Ada yang menggunakan hasil job Lalamove untuk membayar ansuran bulanan kenderaan, membeli keperluan sekolah anak-anak atau menambah simpanan masa hadapan.

Walaupun setiap orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza, peluang menjana pendapatan tambahan boleh menjadi salah satu langkah untuk mencapai matlamat.

Tip: Dengan job Lalamove pun anda boleh gembirakan anak-anak!

 

3. Peluang Job Yang Pelbagai

 

pelbagai jenis penghantaran

 

Antara penghantaran yang boleh dilakukan dengan Lalamove adalah:

  • Bungkusan dan parcel
  • Barangan runcit
  • Makanan
  • Perabot dan peralatan rumah
  • Peralatan perniagaan
  • Tempahan daripada usahawan dan peniaga tempatan

Kepelbagaian penghantaran ini membuka peluang kepada mereka yang memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, pikap 4x4, van atau lori untuk mendapatkan job Lalamove yang sesuai.

 

4. Menyokong Perniagaan Tempatan Di Pantai Timur

 

perniagaan dari rumah

 

Pantai Timur terkenal dengan pelbagai perniagaan kecil dan sederhana.

Daripada peniaga makanan, butik pakaian, kedai peralatan elektrik hinggalah kepada peniaga dalam talian, banyak usahawan memerlukan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan mudah.

Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda bukan sahaja berpeluang menjana pendapatan, malah dapat membantu perniagaan tempatan menghantar barang mereka kepada pelanggan.

 

5. Sesuai Untuk Pelbagai Golongan

 

pelbagai golongan yang menjadi rakan pemandu Lalamove

 

Mungkin ramai yang masih menganggap bahawa bekerja sebagai rakan pemandu perlu dilakukan sepenuh masa.

Hakikatnya, anda boleh jadi rakan pemandu dan hanya ambil job ikut keperluan masing-masing.

 

Kalau anda:

✅ Individu yang ingin tambah pendapatan selepas waktu kerja

✅ Peniaga yang mempunyai masa lapang selepas selesai berniaga

✅ Pesara yang masih ingin aktif bekerja

✅ Graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan

✅ Individu yang ingin memanfaatkan kenderaan sedia ada

✅ Ibu tunggal yang ingin menyara keluarga

 

Tidak kira anda daripada golongan yang mana, fleksibiliti ini membolehkan anda merancang sendiri masa bekerja.

 

Syarat Untuk Sertai Lalamove Sebagai Rakan Pemandu

Untuk menjadi rakan pemandu Lalamove, anda hanya perlu memiliki:

  1. Kad pengenalan berwarna biru atau kelabu
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Lesen memandu yang sah
  4. Lesen GDL yang aktif (bagi pendaftaran jenis Van atau Lori)
  5. Kenderaan seperti Motosikal, Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori

 

Cara-Cara Untuk Mendaftar

Jom kami tunjukkan cara-cara untuk mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove:

 

Langkah 1

 

logo lalamove driver app

 

Anda harus memuat turun aplikasi Lalamove Driver kami melalui App Store atau Google PlayStore.

 

Langkah 2

 

Cara Nak Daftar Rakan Pemandu Lalamove Di Pantai Timur-1

 

Isi maklumat yang diminta.

Pilih 'Pantai Timur Malaysia' jika anda menetap di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kemudian, pilih jenis kenderaan yang anda miliki.

 

Langkah 3

Cara Nak Daftar Rakan Pemandu Lalamove Di Kedah - 2

 

Cipta akaun Lalamove Driver anda dan lengkapkan pendaftaran.

 

Langkah 4

Hantar permohonan dan tunggu proses semakan.

Penting: Proses semakan akan mengambil masa 2-5 hari bekerja.

Nota: Untuk langkah-langkah yang lebih terinci, rujuk di sini.

 

Mudoh Jah Nok Jadi Rakan Pemandu Lalamove!

Bagi anda yang menetap di daerah Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu atau Pahang, anda dah tak perlu pening kepala macam mana nak jana pendapatan tambahan!

Jika pendaftaran anda berjaya, pihak Lalamove akan menghubungi anda bagi pembayaran deposit dan pemasangan sticker jika anda pemandu kenderaan Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori yang ingin mendapatkan lebih faedah.

Pakat maghi daftor ramai-ramai belake!

Ambil Job Lalamove Di Daerah Pantai Timur

 

Read more