Lalamove Driver Bonanza 2.0: Inilah Tips Untuk Pandu Bak Juara
Lalamove Driver Bonanza kini kembali! 🤩
Memang best kan?
Bagi 12 rakan pemandu Lalamove yang bertuah, impian sememangnya menjadi kenyataan apabila mereka membawa pulang hadiah RM1,000 baucar minyak Shell!
Oleh itu, kami menjemput mereka untuk berkongsi tips dan cara-cara mereka memenangi Lalamove Driver Bonanza.
Pastikan anda dapat baca dengan teliti. Anda mungkin pemenang seterusnya yang kami cari!
Parthiban A/L Munian, Pikap 4x4
Bagaimana pengalaman anda menjadi seorang rakan pemandu Lalamove setakat ini?
Adik saya pernah beritahu saya bahawa lebih baik kerja sendiri berbanding bekerja dengan majikan.
Bila saya jadi rakan pemandu ni, customer selalu panggil saya “BOSS!”
Memang rasa hebat sebab mereka menghargai saya. Pelanggan juga selalu berikan tips untuk saya!
Bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove memberi pelbagai manfaat seperti bekerja mengikut jadual sendiri, peluang pendapatan tanpa had dan diskaun untuk servis kenderaan.
Apakah motivasi anda untuk menang peraduan ini?
Selain daripada menjana lebih pendapatan, Lalamove juga mempunyai misi penghantaran yang mengalakkan saya untuk mempertingkatkan khidmat penghantaran.
Matlamat harian saya adalah untuk menyelesaikan 11 pesanan penghantaran.
Dengan mindset yang betul, saya boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM130 sehari.
Mohd Saffuan Bin Mohd Ariffin, Van Besar 9-kaki
Apakah tips yang anda boleh bagi untuk memenangi Lalamove Driver Bonanza?
Untuk memenangi peraduan ini, saya telah merancang perjalanan saya semasa membuat penghantaran.
Ini dapat membantu saya menjimatkan masa dan minyak kenderaan.
Penting untuk rakan pemandu menetapkan sasaran yang tinggi dan mesti rajin menghantar pesanan.
Kita mesti menjadi lebih proaktif untuk mengambil job sebanyak mungkin. Saya menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM400 sehari.
Bagaimana anda ingin membelanjakan hadiah baucar minyak Shell RM1000?
Hadiah utama ini dapat mengurangkan kos minyak kenderaan kerana saya selalu mengisi minyak petrol bagi Toyota Hiace dengan RM50 setiap hari.
Oleh itu, baucar minyak Shell RM1000 dapat membantu saya menjimatkan kos pengangkutan dan saya dapat mengisi minyak petrol sebanyak 20 kali!
Adakah anda akan menjemput keluarga atau rakan-rakan anda untuk menyertai Lalamove Driver Bonanza pada masa akan datang?
Ya! Adik beradik saya sedang mencari peluang untuk menjana lebih pendapatan. Saya akan mengesyorkan peraduan ini kepada mereka.
Muhammad Hendra Susanto Bin Haris, Lori Kecil 10-kaki
Bagaimana anda mendapat tahu tentang Lalamove?
Saya selalu percaya bahawa sesuatu perkara berlaku ada sebabnya dan saya memang bersyukur atas segala-galanya.
Hingga sekarang, saya masih berhutang budi kepada kawan baik saya yang mengesyorkan peluang ini kepada saya.
Tujuan saya mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove kerana saya juga ingin menjana lebih pendapatan.
Mengapa anda menyertai Lalamove Driver Bonanza?
Inilah kali pertama saya bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove sejak Oktober 2023.
Saya rasa kita bukan selalu dapat peluang ini untuk menjana lebih pendapatan.
Peraduan ini adalah salah satu orang kata “Bonus” dan saya sentiasa mencari motivasi untuk menjana pendapatan yang tinggi.
Sejujurnya, saya tak sangka saya boleh menang!
Kalau nak berjaya, anda mesti menjadi rajin bekerja dan yakin anda boleh mencapai apa jua impian!
Jom Sertai Lalamove Driver Bonanza!
Tahniah kepada semua pemenang Lalamove Driver Bonanza!
Anda terlepas untuk menyertai peraduan ini?
Anda masih berpeluang untuk menyertai Lalamove Huat A Driver Bonanza!
Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM1,000!