Peraduan Moving Memories Bersama Lalamove: Cara Menangi Servis Perpindahan
Berpindah ke tempat baru memang mencabar.
Tidak kira sama ada anda ingin berpindah ke rumah baru, membantu ibu bapa berpindah berdekatan dengan anda atau mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
Walau apa pun sebabnya, setiap perpindahan adalah satu permulaan yang baru.
Dan disebabkan ini, Lalamove telah memperkenalkan peraduan Moving Memories bersama Lalamove, satu peraduan di mana anda berpeluang untuk mendapatkan servis perpindahan yang ditaja sepenuhnya oleh Lalamove!
Ini apa yang anda perlu tahu tentang Moving Memories bersama Lalamove:
Apa Itu Moving Memories Bersama Lalamove?

Moving Memories bersama Lalamove adalah peraduan untuk meraikan orang ramai dan cerita di sebalik setiap perpindahan.
Sebagai salah satu platform yang menyediakan servis perpindahan di Malaysia, Lalamove ingin membantu mereka yang memerlukan dengan menaja servis perpindahan.
Kalau anda atau sesiapa saja memerlukan bantuan perpindahan, ini mungkin peluang anda!
Apa Jenis Cerita Yang Anda Boleh Kongsikan?
Banyak cerita yang anda boleh kongsikan dengan kami. Kadang-kadang, cerita yang menyentuh hati datang dari momen harian.
Contoh idea cerita yang anda boleh rujuk:
1. Pindah Rumah

Setiap isi rumah ada sebab tersendiri untuk berpindah rumah.
Mungkin ada cerita tentang ibu bapa anda yang ingin berpindah dari kampung ke bandar atau sebaliknya.
Atau cerita anda sebagai pasangan pengantin baru yang akhirnya berpindah ke rumah baru bersama-sama.
Walau apa pun sebabnya, setiap rumah pasti ada cerita berbeza-beza dan mungkin cerita anda berbaloi untuk dikongsi!
2. Pindah Pejabat

Perniagaan yang sedang berkembang memerlukan ruang yang lebih besar untuk terus beroperasi.
Kongsikan cerita tentang pekerja anda yang semakin bertambah dan memerlukan ruang kerja yang lebih besar.
Atau cerita tentang Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan tempat yang lebih baik untuk terus memberi bantuan kepada komuniti.
Kongsikan kepada kami makna perpindahan ini kepada pekerja anda dan harapan yang ingin dicapai di ruang kerja yang baru.
3. Sokongan Perniagaan

Di sebalik setiap perniagaan pasti dipenuhi dengan kerja keras.
Kalau anda seorang penjual kek dari rumah dan ingin berpindah ke kedai, seorang peruncit kecil yang ingin menambah cawangan ke tempat baru atau seorang peniaga yang nak bawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi, kami bersedia nak dengar cerita anda!
Anda boleh kongsikan tentang cabaran yang dihadapi, pencapaian yang telah capai dan mengapa perpindahan ini penting untuk perniagaan anda.
Cerita anda mungkin akan memberi inspirasi kepada mereka di luar sana!
4. Perpindahan Pelajar

Proses perpindahan mungkin sedikit mencabar bagi sesetengah pelajar kerana ia memerlukan sedikit bajet.
Kalau anda seorang pelajar, anda boleh berkongsi cerita tentang:
- Perpindahan ke kampung halaman selepas tamat pengajian
- Perpindahan ke universiti buat kali pertama
- Perpindahan ke bandar lain untuk latihan industri
Tidak kisah apa pun cerita anda, kami nak dengar!
Cara-Cara Untuk Sertai Moving Memories Bersama Lalamove
Ikuti langkah-langkah di bawah jika anda ingin menyertai peraduan ini:
Langkah 1
Jadi pengguna Lalamove.
Pastikan anda adalah pengguna Lalamove ketika tempoh peraduan.
Kalau anda pengguna Lalamove sedia ada, anda boleh terus ke Langkah 2.
Langkah 2
Kongsikan cerita perpindahan anda.
.jpg?width=350&height=700&name=MS%20-%20Moving%20Memories%20With%20Lalamove%20(1).jpg)
Isi borang peraduan dan kongsikan cerita anda.
Nak jadikan cerita anda lebih menarik dan diingati? Kongsikan sekali gambar-gambar yang berkaitan!
Cerita anda mestilah asli, kreatif dan dapat memberi kesan emosi.
Nota: Cerita anda mesti dihantar bermula dari 12 Oktober 2026 sehingga 8 November 2026.
Langkah 3
Biar Lalamove dengar cerita anda.
.jpg?width=350&height=700&name=ENG%20-%20Moving%20Memories%20With%20Lalamove%20(2).jpg)
Pihak Lalamove akan menyemak penyertaan dan memilih tiga kisah terpilih berdasarkan kriteria.
Pemenang yang terpilih akan diumumkan oleh pihak Lalamove melalui emel.
Nota: Pemenang akan diumumkan selepas 30 November 2026.
Langkah 4
Bersedia untuk tajaan perpindahan anda!
.jpg?width=350&height=700&name=ENG%20-%20Moving%20Memories%20With%20Lalamove%20(3).jpg)
Setiap pemenang akan menerima tajaan penuh untuk penghantaran Lalamove pada hari perpindahan.
Pemenang boleh memilih sendiri tarikh dan masa yang sesuai dengan jadual mereka.
Nota: Servis perpindahan yang ditaja mesti diselesaikan sebelum 6 Disember 2026.
Setiap Perpindahan Ada Ceritanya
Setiap kotak yang dibawa menyimpan sesuatu yang istimewa dan setiap perpindahan membawa kenangan tersendiri.
Dengan Moving Memories Bersama Lalamove, anda berpeluang menerima bantuan untuk memulakan langkah baru.
Jom jadikan kisah perpindahan anda satu kenangan yang bermakna bersama Lalamove!
