Setiap Perpindahan Ada Kisahnya
Moving Memories ialah hadiah Lalamove untuk insan di sebalik setiap perpindahan. Ceritakan kisah anda untuk kami menaja perpindahan.
Kisah Apa Yang Layak?
Bagaimana Untuk Menang?
Tiga kisah terpilih akan menerima perpindahan yang ditaja oleh Lalamove. Lihat langkah-langkah di bawah.
Kelayakan
1. Peraduan “Moving Memories” (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Lalamove Malaysia Sdn. Bhd. (“Lalamove”).
2. Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna berdaftar Lalamove baharu dan sedia ada yang merupakan warganegara Malaysia atau pemegang status pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia (“Pengguna”).
3. Individu-individu berikut adalah tidak layak sama sekali untuk menyertai atau memenangi peraduan ini:
(a) Pekerja, pegawai, pengarah, dan ahli keluarga terdekat Lalamove, syarikat induk, anak syarikat, syarikat bersekutu, atau agensi yang dilantik.
(b) Pengguna yang menghantar penyertaan di luar Tempoh Penghantaran Cerita.
(c) Pengguna yang akaun Lalamove mereka telah digantung, dibatalkan, ditamatkan, atau ditandakan atas aktiviti penipuan.
Tempoh Peraduan & Penghantaran
1. Peraduan ini berlangsung dari 12 Oktober 2026, jam 00:00 (GMT+8) hingga 30 November 2026, jam 23:59 (GMT+8) (“Tempoh Peraduan”).
2. Pengguna mesti menghantar penyertaan mereka antara 12 Oktober 2026, jam 00:00 (GMT+8) dan 8 November 2026, jam 23:59 (GMT+8) (“Tempoh Penghantaran”). Penghantaran yang diterima selepas 8 November 2026 tidak akan dilayan.
3. Lalamove berhak secara mutlak untuk meminda, melanjutkan, memendekkan, atau menamatkan Tempoh Peraduan atau Tempoh Penghantaran atas budi bicara mutlaknya tanpa sebarang notis terlebih dahulu atau ganti rugi.
Penyertaan & Keperluan Peraduan
1. Penyertaan hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui laman web rasmi Peraduan Lalamove Moving Memories.
2. Untuk layak, Pengguna mestilah:
(a) Menjadi pengguna Lalamove yang berdaftar sepanjang Tempoh Penghantaran.
(b) Menghantar cerita asal yang memperincikan sebab mereka berpindah dan kenangan yang berkaitan dengan perpindahan tersebut melalui portal rasmi peraduan dalam Tempoh Penghantaran.
3. Setiap Pengguna hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja. Penyertaan mestilah karya asal yang dicipta oleh peserta dan tidak melanggar mana-mana hak milik intelektual atau hak peribadi pihak ketiga.
Pemilihan & Pengumuman Pemenang
1. Pemenang akan dipilih oleh panel hakim yang dilantik oleh Lalamove berdasarkan keaslian cerita, kreativiti, impak emosi, dan kesesuaian dengan tema kenangan berpindah (moving memories).
2. Tiga (3) pemenang akan dipilih secara keseluruhan.
3. Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau e-mel dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tamat Tempoh Penghantaran.
4. Pemenang mesti membalas dan mengesahkan penerimaan hadiah dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam selepas dihubungi. Kegagalan untuk berbuat demikian dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan pembatalan kelayakan, dan Lalamove berhak memilih pemenang alternatif.
5. Pemenang akan diumumkan secara rasmi di Aplikasi Lalamove, laman web rasmi, dan platform media sosial rasmi selepas 30 November 2026.
6. Lalamove tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab termasuk maklumat hubungan yang tidak tepat, gangguan rangkaian, atau kegagalan pemenang untuk maklum balas.
Butiran Hadiah & Keperluan Pengeluaran (Produksi)
1. Setiap seorang daripada tiga (3) pemenang akan menerima satu (1) pakej Perkhidmatan Pindah Lalamove ditaja penuh.
2. Dengan menerima hadiah, setiap pemenang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sesi penggambaran video yang dikendalikan oleh pasukan produksi Lalamove semasa proses perpindahan rumah.
3. Pemenang mesti memberi kebenaran akses kepada pasukan produksi Lalamove ke premis asal dan premis destinasi pada tarikh perpindahan yang dipersetujui untuk merakam video, audio, dan mengambil foto proses perpindahan tersebut.
4. Tarikh pelaksanaan perkhidmatan pindah rumah yang ditaja adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara Lalamove dan pemenang, tetapi mesti dijadualkan dan diselesaikan sebelum 6 Disember 2026.
5. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, tidak boleh dikumpul, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai, kredit, atau perkhidmatan lain.
6. Lalamove berhak membatalkan hadiah sekiranya pemenang enggan mengambil bahagian dalam pengeluaran video yang ditetapkan atau gagal bersetuju dengan tarikh penggambaran.
7. Perkhidmatan disediakan atas dasar sebagaimana adanya. Lalamove tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kelewatan, atau kerugian yang dialami semasa proses perpindahan melebihi perlindungan perkhidmatan standard.
Hak Media & Hak Milik Kandungan
1. Dengan menghantar cerita, Pengguna memberikan Lalamove lesen yang kekal, bebas royalti, di seluruh dunia, dan tidak eksklusif untuk menyunting, mereproduksi, menerbitkan, memaparkan, dan mengedarkan cerita yang dihantar dalam mana-mana media bagi tujuan pemasaran dan promosi.
2. Semua foto, video, rakaman audio, dan bahan di sebalik tabir yang dirakam semasa proses perpindahan yang ditaja (“Kandungan Produksi”) adalah kekal menjadi hak milik intelektual eksklusif Lalamove.
3. Pemenang memberi hak penuh kepada Lalamove untuk menyunting, mengadaptasi, menyiarkan, dan menerbitkan Kandungan Produksi di saluran media luar, platform digital, televisyen, laman web rasmi Lalamove, dan saluran media sosial di seluruh dunia tanpa sebarang bayaran tambahan, semakan, atau kelulusan lanjut daripada pemenang.
Terma & Syarat Umum
1. Penyertaan dalam Peraduan ini menandakan penerimaan penuh dan tanpa syarat terhadap Terma dan Syarat ini.
2. Lalamove berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang memanipulasi proses penyertaan, mengemukakan penyertaan berunsur penipuan atau kandungan yang menyinggung perasaan, menyalahi undang-undang atau melanggar hak mana-mana pihak ketiga, atau melanggar Terma dan Syarat ini.
3. Lalamove berhak, atas alasan yang munasabah, untuk meminda Terma dan Syarat ini atau mengubah butiran hadiah, dengan syarat perubahan tersebut tidak menjejaskan peserta secara material, dan akan memaklumkan peserta tentang sebarang perubahan melalui saluran komunikasi rasmi Peraduan. Sekiranya sesuatu hadiah tidak lagi tersedia atau tidak dapat disediakan secara munasabah, Lalamove boleh menggantikannya dengan hadiah yang mempunyai nilai yang setara atau lebih tinggi.
4. Sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang, Lalamove, pegawai, pekerja, dan ejennya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan diri, atau kerosakan harta benda yang dialami oleh peserta atau pemenang sehubungan dengan Peraduan ini atau penggunaan/penggambaran hadiah kecuali setakat yang disebabkan oleh kecuaian, penipuan atau salah laku sengaja mereka. Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini yang mengecualikan atau mengehadkan apa-apa liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan di sisi undang-undang.
5. Pemenang bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi Lalamove daripada tuntutan pihak ketiga, kerugian, liabiliti, ganti rugi dan kos guaman yang munasabah yang timbul akibat pelanggaran Terma dan Syarat ini, kecuaian atau salah laku sengaja oleh pemenang berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan, penerimaan atau penggunaan hadiah, atau penyertaan dalam penggambaran produksi, kecuali setakat yang disebabkan oleh kecuaian, penipuan atau salah laku sengaja Lalamove.
6. Keputusan Lalamove berhubung dengan pentadbiran Peraduan, penghakiman, pemilihan pemenang dan pengagihan hadiah adalah muktamad dan mengikat, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai. Sebarang rayuan atau surat-menyurat berhubung dengan penghakiman atau pemilihan pemenang tidak akan dilayan. Tiada apa-apa dalam klausa ini yang mengehadkan hak statutori atau remedi undang-undang mana-mana peserta.
7. Terma dan Syarat ini dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai setiap masa.